Skip to main content

The Kampung Boy oleh Lat

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Sambil-sambil Bekerja Dari Rumah (BDR) ni, sambil-sambil tu terapi minda dengan bahan bacaan santai. Tapi, kali ni tak ada lah nak baca sangat sebab buku ini lebih kepada wordless. Patutnya pos entri ni hari Rabu lepas kan? Sempena Wordless Wednesday. Lama dah tak buat. Zaman muda remaja dulu suka juga buat Wordless Wednesday dalam entri. Tapi tak apa lah, tujuan SS buat entri ini pun sekadar untuk berkongsi bahan bacaan sahaja.

Siapa tak kenal dengan karya hebat dan popular hingga ke luar negara. Kampung Boy karya penulis dan pelukis bernama Lat. Dulu-dulu selalu keluar televisyen. SS tak pasti sekarang masih ada dalam kaca televisyen atau tak?. SS beli buku ni pun sebab nak simpan buat koleksi untuk cucu cicit SS nanti. Hehehe, jauh berangan walaupun SS masih ikhtiar hamil. Tak salah kan? Mana tahu, angan-angan Ramadhan menjadi kenyataan. Amiinn.. Berbalik pada buku ini karya Lat ni sampai ke peringkat antarabangsa dan menang pelbagai anugerah. Sebuah karya yang mencerminkan corak kehidupan masyarakat Melayu Malaysia. Ada situasi yang SS pernah alami dan nampak waktu kecil-kecil dahulu, ada juga pengalaman yang lebih berusia dari SS. Dan kebanyakkan pengalaman itu, hampir ditelan zaman. Maka, itu yang menjadikan karya Datuk Mohammad Nor bin Mohd Khalid ini istimewa dengan mendokumentasikan pengalaman itu untuk generasi baru.

Buku ni SS jumpa kat kedai buku Popular. Tapi dalam English. Kalau dapat beli yang Bahasa Melayu, lagi feel dia punya penceritaan. Buku ini menjadi salah satu buku kesayangan SS. Baiklah, SS belanja sikit isi dalam buku ini ye. 




Terima kasih sudi meluangkan masa di blog ini.
"Datuk Lat merupakan abang kepada pengarah filem & penulis skrip terkenal tanahair,
iaitu Mamat Khalid yang popular dengan Filem Hantu Kak Limah."



Comments

  1. Pernah ada buku ni. Tak ingat bahasa apa, rasa Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. Ada buku ni kt rumah..ada Town Boy jg..

    Sekrg ni tgk kt tv Astro Ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan. Memang kena simpan utk cerita kat anak cucu pulak ni.

      Delete
  3. Wak masih ada beberapa koleksi karya Datok Lat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah.. bagusnya wak... memang kena simpan bahan2 begini kan wak.

      Delete
  4. CP ada beberapa koleksi Datok Lat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan bebaik tu CP... boleh buat kenangan tu.

      Delete
  5. Wahh menarik sekali untuk dibaca, dan ingin sekali memilikinya

    ReplyDelete
  6. rasa mcm pernh baca buku ni..tapi di mana ya? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh.. baca di mana tu.... di library atau di kedai buku? heheh

      Delete
  7. hari ni baru tau penulisnya adik beradik dengan pengarah filem Hantu Kak Limah...

    ReplyDelete
  8. ya Allah kartun favourite nih. dulu siap beli dvd dia lagi tengok dengan kawan2. kalau buku takde jumpa pulak. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dulu mmg terpacak depan tv laa semata nak tengok cerita ni. Sekrang ni dah jarang tengok tv. Bukunya laris sgt. Rezeki laa kalau jumpa tu.. terus pejam mata bayar n bawak balik hehehe.

      Delete
  9. suka majalah kartun ni, skrg pun tak pasti ada ke tak versi baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti pasal versi baru tu ada lagi atau tak... Tapi kalau jumpa, tak rugi beli.

      Delete
  10. SS, Marsha pun suka kartun Lat ni dari kecik. Evergreen kartun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kartun ni mendapat tempat di hati semua orang.

      Delete
  11. Eh beli mana ni. Kartun Kampung Boy karya Lat ni memang suka tengok tau. Macam macam gelagat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat Kedai Buku Popular. heheh, ada sekali pergi, jumpa versi BM dan ada 3,4 buku. masa tu lengah2kan lagi.. cdg nak beli next time. pastu next time tu pi cari dah tak ada.. sadis betul.kemudian next time lagi pergi, ada yang English. itu pun, satu ni je... beli je lah buat simpanan.

      Delete
  12. dulu suka tengok kartun dia dekat astro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pulak tak pasti masih ada ke tak de kt astro.

      Delete
  13. wahhh kartun fevret masa kecik ni haha... tiba-tiba rindu childhood :')
    .
    Btw, selamat hari raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannnn.. mula laa menggamit memori silam githeewwww

      Delete
  14. Oo baru.mama Tau diorg adik beradik rupanya

    ReplyDelete
  15. fav kartun izzati!! izzati selalu kuasai tv sebab tunggu kartun ni je hehe. sekarang dah takde dah. :( hoping mostly kids now can watch and know how amazing this masterpiece is... <3

    ReplyDelete
  16. thank you join birthday giveaway haritu,

    https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/keputusan-birthday-giveaway-anisa-anuar.html

    ReplyDelete
  17. dulu masa kecik2 selalu tgk cerita nie. best sgt. jalan penceritaan simple dan best..

    ReplyDelete
  18. suatu hari nnt bakal jadi barang rare ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ewan ,tak rugi beli buat koleksi.

      Delete
  19. Dulu macam pernah baca buku komik ni. tapi tak ingat dah kat mana. suka tengok kartun dan dialog komik ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.