Skip to main content

Rindu Pejabat

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Hari ni terpaksa masuk pejabat 3 jam untuk siapkan dokumen. Tempat kerja SS dah benarkan untuk masuk pejabat dan pinjam aset untuk Work From Home (WFH). Bermula hari ini sehingga 19 Mei 2020 sahaja. Pergerakkan keluar masuk perlu direkodkan. Tapi, SS tak ada apa nak bawa balik pun, cuma nak selesaikan kerja berkaitan kewangan sikit. Bab kewangan ni tak boleh dilengah-lengahkan. 

Tapi keluar saja dari kawasan rumah lebih kurang dalam jam 10.00 pagi, uish, banyak juga kereta. Pandang kiri kanan, pasaraya, Mr.DIY, 7-Eleven, pejabat J&T berbaris orang beratur untuk urusan masing-masing. Berniat juga lepas balik kerja nak singgah freshmart. Nampaknya niat tidak kesampaian. SS masih takut nak terdedah sangat.

Tapi cuaca, Subhanallah. Kalau dulu selalu nampak kelabu je... tapi kali ni keluar rasa udara segar, pandangan pun jelas. Ini salah satu hikmah Allah turunkan makhluk Corona tu kan?  SS belanja sikit gambar kawasan tempat kerja untuk tatapan umum. SS kerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ni permandangan di tasik. Selalunya petang-petang ramai orang jogging dan senaman kat sini. Suasana yang tenteram. Memang salah satu terapi SS juga. Nun di sana tu, adalah perpustakaan. 


Ini pula laluan pelajar. Sebelah kanan adalah Kolej Kediaman, dan sebelah kiri adalah fakulti. Jadi, kalau pagi-pagi tu, memang meriah la mahasiswa bergerak berkumpulan ke fakulti masing-masing. SS rindu suasana tu.


Ini salah satu mercu tanda. Tempat ni biasanya dijadikan port mahasiswa bergambar sempena graduasi. Mercu ini di bulatan yang sebesar-besar alam kat UMP depan kompleks pentadbiran.

UMP ni terletak di Pekan, Pahang. Di sini adalah kampus induk. Satu lagi kampus di Gambang,Kuantan. Kampus Pekan ni masih setahun jagung. Jadi masih banyak lagi pelan pembangunan yang belum dibangunkan. Jadi, persekitaran masih kosong, masih lengang, masih terasa jauh di antara salah satu bangunan. UMP ni dekat dengan pantai, jadi cuaca di sini kalau panas memang lain macam bahangnya. Tapi yang best suasana dalam kampung dan lebih aman.

Sepanjang waktu PKP ni, ini first time SS drive seorang diri jauh dari rumah. Lebih kurang 20 minit perjalanan. Rasa janggal pula bawa kereta, macam baru-baru pandai drive. Hehehhee...

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Bersedialah dengan perubahan."

Comments

  1. Baru tahu ada UMP Cawangan Pekan. Sekali pergi Gambang Waterpark tu nampaklah papan tanda untuk ke UMP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Yang kt Pekan tu induk. Yang Gambang dah jadi cawangan. Yang famous tu yang Gambang, sebab lokasi kat tol Ktn-KL. Yang Pekan, kedudukkannya di luar bandar. hehehe. Walau kerap bertugas Pekan-Gambang, SS tak pernah mandi-mandi kat Gambang Waterpark tu. hehehe

      Delete
  2. wah
    nampak bersih jer udara dekat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ketara kan? Tak ada pulak gambar before PKP. Waktu tu tak terjangkau nak fikir akan dapat udara bersih mcm ni..

      Delete
  3. ump pekan tu kampus induk? oh bukan gambang ye yang besar tu? konfius pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang kat Gambang, Tapi sekrang ramai dah pindah ke Pekan. Pusat Pentadbiran Utama pun di Pekan. Pekan dah jadi Induk sekarang.

      Delete
  4. Salam kenal Selamat bekerja semula SS...
    Seronok juga bila kerja kat ofis kurang orang kan... boleh bekerja sambil santai santai hihi....
    Bila tak serabut dgn manusia maka pandangan pun nampak tenang je kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah laa, betul tu... hati rasa tenteram je. Nak buat kerja pun berfokus.

      Delete
  5. Salam kenal SS. Tq sudi follow akk, akk bls follow sini ye. Dan selamat meneruskan tugas yg diamanahkan dan selamat menjalani ibadah puasa😊

    ReplyDelete
  6. Sy 1st day msuk kerja setlh lma wfh..klam kelibut segala..plan nk setel mcm2..last2 x jdi...focus 1 kerja yg tertngguh smpi 1 hri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham perasaan tu. Maklumlah lama tak masuk office. dasyat jugak penangan PKP ni kan. hehehe

      Delete
  7. pernah lalu kampus Gambang masa naik bas rapid ke Bukit Gambang resort...view menarik, cuaca pun elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul. Biasanya orang senang nak cari Kampus Gambang tu.

      Delete
  8. seronoknya kalau tempat kerja/study dekat ngan pantai. Suka tengok pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, seronok. Students pun selalu berkelah n buat aktiviti kat pantai, cuma cuaca dalam kampus agak panas lain mcm bila angin pantai ni. pakai sunblock pun mcm tak jamin sgt. hehehe

      Delete
  9. abe kie sempat ke sek kelmarin sbb temankan anak yg nak ambik buku2 dia. tenang je di sek. x sabar nak mengajar mcm biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tenang je kan. Semoga cepat2 berakhir virus ni.

      Delete
  10. Kita pun dah lama tak drive keta. Walau hanya ambik anak kat sekolah. Lama la lagi budak duduk rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan. Tahun depan baru mereka masuk sekolah. Sekarang ni hanya pelajar SPM & STPM saja yang boleh ke sekolah, kan.

      Delete
  11. kita keluar juga ..wakil ketua keluarga beli barang ..hahha

    ReplyDelete
  12. memang nampak bersih udaranya dengan langit yang biru dan berawan..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.