Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Satu lagi bahan bacaan musim PKP ini. Kita sedia maklum bahawa ahli sufi ini adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar iman dan taqwa.
Perjalanan hidup mereka mengikut cara hidup Rasullullah s.a.w. Mengamalkan cara hidup yang sederhana dan tidak terpengaruh dengan kemewahan dan keseronokkan dunia. Hidup mereka adalah untuk akhirat. Pendek kata, hidup mereka mengutamakan Allah S.W.T berbanding yang lain sehingga Allah mengutamakan mereka dengan yang lain. Diberikan kelebihan-kelebihan mereka, sesuai dengan amalan para sufi ini.
Mereka adalah golongan yang berani kerana tidak takut mati.
Mereka adalah golongan yang pemurah kerana tiada langsung sifat kedekut.
Mereka adalah golongan yang pemaaf kerana tidak pernah rasa terluka oleh kesalahan insan.
Mereka adalah golongan yang tiada hasad kerana akal dan hati hanya kepada Yang Maha Haq.
Bibir mereka sentiasa dibasahi zikrullah. Hati mereka sentiasa bergantung sepenuhnya kepada Allah walaupun untuk urusan yang kecil apatah lagi urusan yang besar. Ada diantara mereka digelar ahli zuhud. Allahuakhbar, hebatnya mereka.
Sebelum ini, SS pernah mengikuti ceramah dan bengkel mengenali ahli sufi. Sejujurnya, ada banyak perkara yang tak tercapai akal SS untuk memahami ahli sufi. Hebatnya golongan ini, sehingga SS rasa kita ni, sekerdil-kerdil hamba. Tidak tergambar bagaimana kehidupan mereka dengan amalan-amalan yang membuatkan SS tidak mampu berkata-kata. Speechless. Masyaa-Allah. Sebab itu, Allah memberi kelebihan kepada ahli sufi ini. Walaupun punya kelebihan, golongan ini tetap merendah diri. Mereka sentiasa sedar manusia sebagai hamba Allah yang akan pulang bersama jasad berbalut tanah.
Buku ini menghimpukan kisah-kisah kelebihan ahli sufi. SS suka buku-buku yang menceritakan kisah-kisah begini. Namun, ada beberapa kisah yang tidak dapat SS dicapai akal SS. Walau 4-5 kali ulang baca kisah yang sama, masih tidak tercapai akal. Buku ini pun turut memaklumkan bahawa ada kisah yang sukar dicerna akal. Malah ada kisah yang langsung tidak masuk akal. Waallahu'alam.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
benar sekali ayat seribu dinar, sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, akan diberi kelapangan dan rezeki yg tidak disangka-sangka..Allahu wani'mal wakil...
ReplyDeleteSubhanallah... Terima kasih atas peringatan ini... Janji Allah itu, pasti.
Deletewaalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteSama2 sebarkan kebaikan... =D
DeleteMemang luar biasa peristiwa dan keadaan yang berlaku. Suka juga baca terutama Ibrahim Adham.
ReplyDeleteIbrahim Adham salah satu yang termasyur.
Deletetak pernah baca buku segini...:)
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
Boleh laa try2 baca sebagai santai2 yang memberi manfaat=)
DeleteALHAMDULILLAH AHLI SUFI KEKASIH ALLAH
ReplyDeleteSubhanallah. Hebatnya mereka.
Deletebestnya. nanti aklau ada rezeki, nak carilah buku ni
ReplyDelete