Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Assalamualaikum w.b.t......
Kalau dah minat tu, memang tak boleh nak cakap apa la. Tambahan pula musim terperap dalam rumah sekarang ni. Makin menjadi-jadi aktiviti membaca novel ni. Novel ni adalah sambungan dari karya Anding Ayangan.
SS rasa, ini antara novel yang paling tebal kot. Atau mungkin, jenis kertas yang digunakan itu menyebabkan dia menjadi tebal. Boleh tahan juga la rasa tangan SS nak tampung berat buku tu. Sampai tergeliat pergelangan tangan. SS tak salahkan novel, sebenarnya cara SS yang membaca ni yang tak betul. Terbaring lah, tertiarap la, terngiring lah, macam mana tak terpeleot tangan tu. Tapi novel ni memang antara yang berat. Tangan SS pula insan yang lemah.
Walaupun tebal & berat, pengembaraan ini haruslah diterokai sehingga akhirnya. Cerita memang best. Dongengan yang memanipulasi fikiran seolah-olah ia wujud di bumi nyata. Macam biasa, membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid ni perlu fokus dan AMARAN jangan skip. Nanti buruk padahnya. Agittheew.
Maka, selesailah 308 muka surat jalan cerita dalam Anding Ayangan II ini. Bila sampai pengakhiran cerita yang bernoktah, SS terkejut "Eh, habis macam tu je ke? Tergantung?" Pertama kali baca novel seakan tiada penghujungnya. Rupanya baru tamat Episod Pertama. Hahahaa.... Memang surprise! Dongeng apa lagi ni?.
Apa yang best dalam Anding Ayangan II ni? :
30% : Cinta
80% : Konflik
60% : Suspen
40% : Aksi
50% : Keluarga
Apa pun, SS tak sabar nak tunggu sambungan berikutnya Anding Ayangan. Dah mula rindukan Furqan Ayubbi. Eh!
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Manfaatkan masa selagi punya kesempatan".
Cikbunga pon baca balik novel 7 hari menyintaimu😅😅
ReplyDeleteTime PKP ni lah kalau nak repeat pun kan. hehehe
DeleteRamlee awang murshid mmg penulis berbakat..karyanya unik
ReplyDeleteBetul tu cikgu,sgt unik.
Deleteaduuu ada sambungan lagi ek???
ReplyDeleteAah. Baca Anding Ayangan 2, katanya baru tamat episod pertama. Ntah laa berapa episod lagi. Adakah Anding Ayangan pun bakal menghantui mcm cerita Sunan?
Deleteberseni betul tandatangan penulis. =)
ReplyDeleteOrang seni lah katakan...
DeleteYang firs pun Sha tak baca lagi.. hehehe
ReplyDeleteKena baca tu. nanti nak keluar yang baru pula. Sempat la kejar.
Delete308 pages..banyak tu..
ReplyDeleteAah,tebal. krem jugak jari jemari ni. heheh
Deleteramai peminat novelis ni..novelnya laris dijual n ada sambungan kisahnya pada terbitan baru
ReplyDeleteYa, betul tu kak paridah.
DeleteMinta pinjam episod 1 nak baca.
ReplyDeleteErrr..... ehhehehe
DeleteTahniah! Membaca jambatan ilmu, membaca juga menjadikan daya imaginasi kita semakin tajam. Kakak pun sama, kalau dah mula baca novel memang tak berkalih tempat, sampai lenguh2 tangan pegang buku terutama yang tebal2 tu hihihiii.
ReplyDeleteLebih-lebih lagi musim PKP ni kak.. tepu sikit laa kepala ni terperap dalam rumah, tu yang kena asah otak n imaginasi, supaya kekal kreatif. hehe
DeleteDah lama CP tak baca novel
ReplyDeleteBoleh dah start baca Cik Pia.. Yang nipis2 pun tak pe...
Deletedah lama stop beli novel, last buku RAM pun beli few years back. rindu betul penulisan RAM. plot twist menarik, paling ada ilmu yang boleh dipelajari.
ReplyDeleteSEtuju!! Plot twist memang menarik.. itu sebab suka baca karya RAM disamping dapat ilmu2 baru.
Deleteconfirm novel ni best
ReplyDeleteramlee awang mursyid pula
Yup! sangat best! kena fokus betul2
DeleteTak pernah baca buku ni. Kurang sikit baca novel, prefer komik :)
ReplyDeleteKomik pun SS suka baca.. santai2... suka!
DeleteOh. Ada novel baru ke RAM? Lama dah tak follow karya beliau.
ReplyDeleteAah.. sentiasa ada yang baru. TAk lama lagi keluar yang baru pulak. Sementara tak keluar yang baru lagi, itu lah saya pulun habiskan novel2 RAM yang belum dibaca. ada laa 3,4 buah lagi. hehehe
DeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai pemenang Segmen Blog List Abam Kie. Untuk keterangan lanjut dan cara menuntut hadiah sila klik link di bawah. Terima kasih.
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2020/05/keputusan-segmen-pertukaran-bloglist.html
Alhamdulillah.. Terima kasih Abam Kie... SS dah respon kat whatsapp Abam Kie.
Delete