Skip to main content

TTC's Recipe : Sup Ayam Kampung Organik

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Macam biasa, sebelum terus membaca entry aku ni, kot ye pun, jawab laa dulu salam aku tu.... hehhee. Sebenarnya, memasak ni bukanlah kepakaran aku. Sebab tu tak banyak aku nak share resepi. Benda bukan bidang kan. Tapi tak apa lah, demi ilmu aku kongsi kan juga. Persembahan masakan aku tak adalah cantik macam blogger lain. Korang jangan kecam aku eekk... heheheh.

Ok. Aku tak berniat nak taip entry panjang lebar di waktu siang ni. Banyak kerja lagi nak buat ni sejak jadi surirumah sepenuh masa pada musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni. Semua gara-gara coronavirus tu lah. Dendam betullah aku dengan virus tu! Huh! 

Ok ok ok... kang panjang lebar aku membebel pasal corona tu. Kenapa aku namakan dia TTC's Recipe?. Itu aku akan cerita dalam next entry aku. Buat masa ni aku share masakan je dulu, okey.


Sup Ayam Kampung Organik.

Bahan-bahannya :
  1. Ayam kampung organik
  2. Kobis bunga
  3. Lobak
  4. Kentang
  5. Daun sup
  6. Bawang merah 3 biji
  7. Bawang putih 3 ulas
  8. Minyak zaiton (untuk masak)
  9. Air
  10. Kurma 1 biji
  11. Garam secubit
Cara masak :
  1. Panaskan minyak zaiton
  2. Tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau.
  3. Masukkan air & kentang.
  4. Tunggu sampai mendidih.
  5. Masukkan kesemua bahan yang lain (kecuali garam) dan reneh sampai kentang rapuh.
  6. Tutup api dan tabur secubit garam sebagai perasa.
Dah siap...! Senang, kan?. 

Untuk buat sup, aku suka letak akar daun sup. Basuh bersih-bersih dan masukkan dalam masakan. Ayam pula, di mana-mana pasaraya boleh dapatkan 1 paket ayam kampung organik ni. Cuma harga dia agak mahal. Kat tempat aku RM18.00 utk 1 paket. 



Akan bersambung... 
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Happy Blogging! >___<

"Barang yang bagus biasanya agak mahal dari kebiasaan".

Comments

  1. ada la aida tgk kat tv, guna akar daun sup, akar daun ketumbar.
    aida x pernah plak guna, SS.
    sure lebih sedap ekk :)

    ReplyDelete
  2. Aah.. SS pandai guna akar daun tu pun resepi dari ibu mertua.. Lagi terasa sup dia... boleh laa cuba daripada buang mcm tu je kan... =D

    ReplyDelete
  3. Ayam kampung, rebus kosong aje pun sedap

    ReplyDelete
  4. Suka sup ayam macam nie.. Ada macam-macam sayur..
    Rasa dia akan jadi lain ye kalau bubuh akar daun sup tu..
    Nak cuba jugalah nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.