Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Hari ni Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kita yang ke berapa ek? SS dah lost count. Hehehe... Last kerja hari tu 17 Mac 2020. 5 hari lagi genap sebulan SS Stay At Home. Dulu-dulu selalu tertanya-tanya pada diri, bila laa dapat cuti free lama-lama sikit untuk SS betul-betul cukup rehat. Kerja SS ni, kebanyakkannya dari pagi sampai ke malam. Kebiasaannya jam 10.00 atau 11.00 malam baru selesai tugas. Kadang-kadang jam 2.00 pagi baru balik. Jarang-jarang sekali memang tak sempat balik, dan stay back kat pejabat saja. Pendek kata, macam tak ada life dah. Balik rumah, siap-siapkan kerja rumah sikit sebanyak, dan terus tidur sebab otak dah penat. Bila otak penat, badan bertambah laa penat.
Tapi sejak 2020 ni, SS sebenarnya dah berazam untuk balik paling lewat jam 7.00 malam. Kalau dapat check out kerja jam 5.00 petang memang SS excited sangat laa.... Tahun ni memang azam nak lebihkan rehat untuk bagi ruang dan spend time bersama diri sendiri dan family.
Agaknya termakbul doa SS nak rehat lama-lama kat rumah sejak Coronavirus mula menyerang Malaysia. Bukanlah kerana wabak ini yang SS harapkan, tapi setiap yang berlaku itu SS percaya pasti ada hikmah dari Allah. Jadi, semenjak PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini belum ada istilah jemu atau bosan dalam hidup SS. Alhamdulillah. Boleh baca entri ni :Hikmah Kuarantin.
COVID19 bukan calang-calang wabak. Virus yang tak nampak dengan mata kasar. Kalau nampak dia berkeliaran, senang kita nak lari. Dah laa tak nampak, boleh membawa maut. Allahu. SS terbaca satu status di aplikasi Whatsapp kawan SS. "Dulunya dapat tahu Coronavirus di negara China, sekarang dah sampai kepada jiran belakang rumah." Allahu, SS pun tak tahu nak komen macam mana.
Pada mulanya Covid19 hanya menyerang golongan berusia 50 tahun ke atas, atas faktor kelemahan sistem imunisasi tubuh. Tapi akhirnya ni berita yang kita terima, kanak-kanak pun terkena. Juga atas faktor kelemahan sistem imun.
SS mendoakan rakan-rakan SS sekeluarga semuanya dilindungi dari wabak Covid19. Amiin Yaa Rabb. Wabak ini tidak akan menular tanpa izin dari Allah, bersangka baiklah kepada Allah. Rahmatnya meliputi seluruh alam. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pencipta & Perancang.
Stay safe at home.
#kitajagakita
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Paling penting, kerap cuci tangan dengan sabun di rumah".
stay safe ya sis! betul, wabak ni ada juga bagi hikmah and also negative side. InsyaAllah it wont last forever! Happy RMO too! Take care ye!! <3
ReplyDeleteJaga diri baik2 ye as Jaga kesihatan 👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeleteSenyum saya membacanya,,...PKP hingga ke 28/4 ya tuan SS
ReplyDeletehari ini dah hari ke 27 kita berkurung dalam rumah..
ReplyDeleteTake care SS.. manfaatkan peluang untuk berehat sebaiknya..
Semoga wabak covid 19 ini berlalu pergi dengan cepat.. Aamiin..
Setuju SS. Saya pun seronok je duduk rumah sebab di office letih dah menghadap perangai manusia yang beraneka ragam (baca politik pejabat). Jadi di rumah ni happy je walaupun penat juga la memasak hari-hari (saya tak gemar memasak sangat, hehe). Apa pun semuanya memang ada hikmah. Salam kenal.
ReplyDeleteInsyaAllah! Kita sama2 memutuskan rantaian covid19 agar kita boleh bebas kembali ke sana ke sini (•‿•)
ReplyDeleteSalam perkenalan, SA singgah sini melawat rumah....SA pun WFH...adakala takde apa task nak kena buat pun..adakala banyak task sampai x sempat nak masak...nasib parent faham..nasib gak sempat balik umah ni..kalau tak sempat hari tu sure dah mereput kat rumah sewa...
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni ada ja aktiviti2 yang boleh saya buat dirumah..kalau tak ada bosan jugak hihi:)
ReplyDeleteye SS.. kakak pun dapat rehat time PKP ni lah.. kalau tak ke sana, ke sini.. hee~ apa pun kena sentiasa positif supaya tak tertekan dengan new routine.. kan.. semoga SS baik baik saja..
ReplyDeleteMudah2an wabak ini cepat berlalu
ReplyDelete