Skip to main content

Kudapan TTC : Buah Delima

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Buah delima adalah salah satu buah kegemaran SS. Buah delima ni merupakan makanan sunnah (kegemaran Rasullullah s.a.w) dan mempunyai sentimental value dalam hidup SS. 

SS masih ikhtiar zuriat. Tahun ni adalah tahun ke-8. SS masih tidak berputus asa. Jadi, makan buah delima adalah salah satu buah yang digalakkan kepada sesiapa yang ikhtiar zuriat. Banyak khasiatnya. Boleh ke blog Jiwa Sihat untuk mengetahui detail pasal buah delima ni.

Buah delima yang SS makan kali ni tak merah sangat, kecewa sikit. Kalau warna merah tu, semangat sikit SS nak makan. Tapi tak apa lah. Tetap buah delima ini makan dengan niat sebagai penawar dan ikhtiar zuriat. 

Seorang kawan SS pernah bagitau yang biji buah delima ini adalah penawar penyakit. Dia sarankan untuk SS makan sebiji buah delima, kerana kita tak tahu isinya yang mana merupakan penawar penyakit yang ada dalam tubuh badan kita. Wallahualam. Jadi, kalau makan buah delima ni memang selfish la, tak leh kongsi. Heh heh heh. Kalau nak share, kena kupas sebiji lagi. Baru adil dan saksama, ye dak? 

Apa yang sentimental value tu? Masa kecil dahulu sewaktu SS tinggal di Alor Star, Kedah, nenek SS ada tanam pokok delima berhampiran pagar rumah. Pokok delima tu kerap berbuah. Setiap kali masak, SS pasti petik dan makan tak jemu-jemu. Jadi, setiap kali makan buah delima, mesti teringat pokok delima di halaman rumah tu. Sekarang SS dah jauh merantau. Rumah tu pun family dah jual sebab kami dah tak menetap di sana. Jadi, semua tu adalah kenangan terindah untuk SS. Al-Fatihah untuk nenek SS, Fatimah binti Mohidin.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Pada keduanya (dua syurga) terdapat buah-buahan, 
serta pohon-pohon kurma dan delima."
(Ar-Rahman : 68)



Comments

  1. Sedap tu bagus utk darah...teringat arwah mak.mama. suka dia makan buah ni

    ReplyDelete
  2. wahai ss dimna butang follow blog kamu?hehe

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan Allah akan anugerahkan rezeki terindah buat SS. In shaa Allah. Yang penting ada usaha dan ikhtiar. Selebihnya tawakal dan doa banyak-banyak.

    ReplyDelete
  4. sedapnya buah dari syurga ...didoakan impi tercapai

    ReplyDelete
  5. rumah saya pun ada pokok delima ni..sentiasa berbuah sampai kitorang nak makan pun tak sempat tapi bila dah tua jadi macam makin xelok rupa buahnya last2 abah tebang..bila teringat balik kat dia sayangnya laahai..

    ReplyDelete
  6. buah delima memang banyak khasiatnya...tapi tak berapa suka makan sebab tak reti nak telan dengan biji dia tu...air jus delima - ya, suka minum...hahahah

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan buah delima. Musim pkp ki lagi lamalah tak dapat makan buah delima

    ReplyDelete
  8. Sedap nye buah delima.
    Feveret Cik Pya juga ni :)

    ReplyDelete
  9. kudapan yang terbaik nie

    menyihatkan juga

    ReplyDelete
  10. Buah delima semua bermanfaat.
    Kulit boleh buat ubat sakit perut dan bisul.

    ReplyDelete
  11. usaha, doa & tawakkal..semoga dimakbul Allah..aamiin..

    Betul..kena makan sebiji delima..takleh kongsi kalau niat utk berubat..

    ReplyDelete
  12. sedap sangat lama kak ana tak makan buah delima ni :)

    ReplyDelete
  13. Semoga usaha yang berterusan akan di kurniakan anak anak yang soleh dan solehah... Aminnnn

    ReplyDelete
  14. buah delima ni ada disebut dlm Al Quran. jd mestilah byk fadhilatnya.
    jom join segmen di blog abe ki?
    tq

    ReplyDelete
  15. Ialah Mrs. A pun ada terbaca kalau makan buah delima tak boleh kongsi sebab kita tak tahu mana satu butir-butir delima tu yang jadi penawar hiks!
    Mrs.A doakan SS akan dikurniakan zuriat InSyaAllah yang penting usaha, doa dan tawakal jangan putus asa.

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum SS.

    MasyaAllah. moga dimurahkan rezki SS + dkurnia kesabaran dlm mhadapi ujian Allah ni.Aamiin
    yaya pun ada ahli keluarga yang da lama jg kawen tapi belum ada rezki lagi. xpe SS. husnuzon selalu. tiap perkara yang berlaku ada hikmah dariNYA dan pasti itu yang terbaik utk SS sekeluarga. asalkan jangan putus asa doa, tawakal ok. usaha yg termampu.

    Allah tu Maha Mendengar, Maha Melihat ^_^

    ReplyDelete
  17. Delima ni kena makan dengan biji ke tidak sebenarnya?

    Semoga dimurahkan rezeki SS ya. Amin

    ReplyDelete
  18. Semoga dikurniakan rezeki anak buat SS dan suami. Aamiinn...

    ReplyDelete
  19. semoga yang baik2 saja untuk SS ..cheers.

    ReplyDelete
  20. Boleh saya dapatkan no contact untuk bagi hadiah untuk ikhtiar hamil?

    Boleh baca sini untuk info produk
    https://theninjablogging.blogspot.com/2020/03/bismillahirrahmanirrahim.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS dah sent kat contact blog NB sambil blur...blur...

      Delete
  21. Makanan ni bagus buah delima..terbaik

    ReplyDelete
  22. Kesukaan ini.. Ralit kalau makan buah delima ini..

    ReplyDelete
  23. Selalunya buah delima yang kulit pucat rasanya lebih manis.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.