Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Simptom depresi daripada Medical News Today.
Dah hampir seminggu tak jenguk blog. Minggu ni jiwa raga SS tak berapa sihat. Biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apatah lagi kita sebagai manusia kan? Baru ni SS ada terima satu berita yang menggugat perasan sikit, rasa stress sangat. Nak keluar tak boleh, musim PKP. Nanti kena tangkap masuk lokap, no, no, no!. Maka bertabahlah di rumah.
Kemudian, dua hari tu SS kena migrane. Allahu. Dah lama juga SS tak kena migrane sebenarnya. Tapi kali ni dia punya sakit mencabar betul. Migrane kali ni rasa yang paling teruk di dunia pernah SS alami. Rasa macam nak pecah kepala SS dibuatnya. Apa lagi? Terpaksa la SS berehat saja di rumah. Laptop dan handphone memang tak boleh nak hirau sangat. Makan ubat dan rest.
Esok, lusa, tulat, kepala dah ok. Cuma emosi saja yang belum stabil. Makanya SS pun melancarkan aktiviti mengemas rumah. Tiga hari SS mengemas. Dan rasanya aktiviti mengemas ni akan diteruskan pada minggu ini.
~Mengimbau kenangan lalu,
Ini memang salah satu tabiat SS sejak remaja lagi. Bila stress, atau rasa serabut tak tau sebab apa maka SS akan mengemas rumah. Contohnya bila gaduh dengan kawan ke, kena marah dengan mak ke, subjek tak score ke, SS akan balik rumah dan terperap dalam bilik sambil mengenang nasib diri sampai dah rasa blank, waktu itulah semangat nak mengemas tu datang. Tapi, tengok mood SS laa juga, ada masa kemas dapur, ada masa kemas bilik, ada masa kemas ruang tamu. Paling banyak kemas bilik sendiri dan ruang tamu je. Aktiviti kemas-mengemas ni, bukan setakat sapu-sapu, lap-lap je tau! Aktiviti ni paling puas hati bila dapat ubah susun atur dalam rumah. Makanya suasana rumah SS akan sentiasa berubah-ubah terutamanya bilik SS. Bila difikir-fikir balik, entah macam mana SS dulu boleh alihkan almari yang berat-berat tu sendiri. Kuatnya kudrat dulu-dulu. Bilik SS wajib sebulan sekali akan bertukar kedudukan perabut dan segala apa yang ada. Kadang-kadang menambah hasil-hasil seni di dinding seperti kata-kata motivasi untuk muhasabah diri. Dulu, SS rajin melukis. Jadi setiap bulan, mesti ada kata-kata motivasi yang akan tampal kat dinding.
Sekarang?
Sekarang dah kurang buat kerja-kerja berat sejak dah ada suami. Dia sajalah yang buat kalau SS nak alihkan apa-apa. Cuma memandangkan PKP ini SS di rumah mertua, makanya kami seisi keluarga mengemas segenap ruang yang ada. Sambil-sambil tu, diselitkan dengan aktiviti masak memasak dan makan-makan sambil mengeratkan bonding sesama ahli keluarga.
SS pernah terbaca bahawa mengemas rumah dapat hilangkan stress. Dan SS akui perkara itu. Terbukti berkesan. Stress sebegini akan memberi kebaikan kepada kita dan orang-orang sekeliling. Mengalihkan tumpuan dan memberi ruang supaya otak kita dapat berfikir dengan stabil. Tak salah kalau kita nak berduka lara. Sebagai manusia, kita memang akan lalui detik sedih berulang-ulang kali dalam hidup. Itu adalah perkara normal. Cuma, apa yang membezakan adalah mindset kita. Sampai bila kita nak hidup bersedih, murung dan terkurung? Tak bagus untuk diri sendiri. Jadi, lakukan sesuatu yang lebih memberi manfaat pada kita.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Stress ini ada dua jalan iaitu yang memudaratkan dan memberi kebaikan.
Jadi, jalan mana yang mahu dipilih?"
setuju juga sebab lepas mengemas nampak semuanya tersusun terus rasa stress tu macam hilang gitu je dan terus ada mood/idea baru :)
ReplyDeleteSetuju...saya kalau lepas tengok pokok2 bunga mesti rasa tenang sahaja..
ReplyDeleteTERLUPA STRES KALAU ADA JE KERJA YG DIBUAT
ReplyDeletesama dengan housemate kita, kalo dia stress, nanti habis satu rumah dia kemas...hahahahh
ReplyDeleteKirimkan doa dari jauh..semoga urusan dipermudahkan...bagus shift minda utk control stress..semoga semuanya kembali normal..
ReplyDeleteSS punya suami siapa? Kerengge?
ReplyDeleteOk uncle berseloroh ye.... hehehe
Sayavdah bosan memang mengemas tapi takdelah alih-alih perabot. Puas hati kalau takde habuk, barang tersusun.
ReplyDeletesemoga semuanya baik2 belaka buat SS , aamiin
ReplyDeleteOfficemate CP pun ada sorang yang perangai macam ni. Kalau dia stress atau marah, balik rumah mesti dia akan kemas rumah untuk hilangkan stress atau hilangkan rasa marah dia :)
ReplyDeleteSalam Semut Senyum. Saya dah jawab soalan SS di post terbaru. Link kat bawah 😊
ReplyDeletehttps://theninjablogging.blogspot.com/2020/04/tutorial-boleh-pilih-untuk-reply-di.html
Sha kirimkan doa dari jauh..
ReplyDeleteSemoga urusan SS dipermudahkan..