Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Salam Ramadhan 1441H

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sumber : Beautifulnara  Dikesempatan ini, SS ingin mengucapkan Selamat Menghidupkan Pesta Ibadah sepanjang Ramadhan Al-Mubarak 2020 . Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.  "Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan temukanlah kami dengan Lailatul Qadr. Amiin Yaa Rabbal Alaamiinn..."  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Amatlah rugi jika Ramadhan kali ini  tiada beza dengan bulan-bulan yang lain.  Pilihlah keberuntungan ini"

Terima kasih Ninja Blogging !!!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google Entri kali ini merupakan pos penghargaan kepada The Ninja Blogging atas kesudian menjawab persoalan yang asyik bermain di minda SS sewaktu nak reply komen rakan-rakan blogger. SS sekadar bertanya macam mana nak reply comment setiap orang kat blog SS macam blog Ninja Blogging. Kemudian Ninja Blogging membalas di komen entri SS. Rupanya Ninja Blogging dah buat satu entri tutorial khas untuk tujuan itu. Sebenarnya simple je, tapi maklumlah SS ni bukan pandai sangat nak godek-godek setting, takut salah godek nanti ternganga SS . Apa pun, terima kasih sekali lagi Ninja Blogging kerana telah permudahkan urusan SS dalam berblog ini sekaligus menceriakan hidup SS. Terus lompat bintang 45kali. Heh heh heh... Terima kasih sekali lagi, The Ninja Blogging!  Terima kasih meluangkan masa di blog ini. "Kita permudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita pula. Aamiin."

Kerana stress...

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Simptom depresi daripada Medical News Today. Dah hampir seminggu tak jenguk blog. Minggu ni jiwa raga SS tak berapa sihat. Biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apatah lagi kita sebagai manusia kan? Baru ni SS ada terima satu berita yang menggugat perasan sikit, rasa stress sangat. Nak keluar tak boleh, musim PKP. Nanti kena tangkap masuk lokap, no, no, no! . Maka bertabahlah di rumah.  Kemudian, dua hari tu SS kena migrane . Allahu. Dah lama juga SS tak kena migrane sebenarnya. Tapi kali ni dia punya sakit mencabar betul. Migrane kali ni rasa yang paling teruk di dunia pernah SS alami. Rasa macam nak pecah kepala SS dibuatnya. Apa lagi? Terpaksa la SS berehat saja di rumah. Laptop dan handphone memang tak boleh nak hirau sangat. Makan ubat dan rest.  Esok, lusa, tulat, kepala dah ok. Cuma emosi saja yang belum stabil. Makanya SS pun melancarkan aktiviti mengemas rumah. Tiga h...

Kudapan TTC : Buah Delima

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Buah delima adalah salah satu buah kegemaran SS.  Buah delima ni merupakan makanan sunnah (kegemaran Rasullullah s.a.w)  dan mempunyai sentimental value dalam hidup SS. 

Hikmah Kluster Tabligh COVID19

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni, jadual tidur SS memang ke laut, susah betul nak tidur malam-malam. Tak boleh jadi ni. Nanti dah kerja, takut jadi kebiasaan pula tidur lewat. Asalnya tadi, SS tak berhajat nak blogging. Cadang nak rest je. Tapi mata ni tak mau lelap. Nak tengok TV, tak ada mood lagi. Makanya berhuhu laa.. Taip laa entri kejap memandangkan dalam kepala ni tak boleh rehat lagi dari memikirkan isu COVID19 ni. Adakah SS overthinking?. Google SS teringat pada awal-awal isu COVID19 dalam negara kita hari tu. Kecoh pasal kluster tabligh ni. Membangkitkan kemarahan netizen bila kluster tabligh ni masih ramai yang enggan tampil untuk check-up. Waktu tu, kedai-kedai belum dihadkan operasi sehingga jam 7.00 petang sahaja. Nak dijadikan cerita, seorang kawan SS bernama Haziq (bukan nama sebenar) menceritakan perbualan dua orang pakcik di sebuah warung berhampiran rumah dia untuk dinner. ...

HAURA by RAM

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Macam mana life terperap dalam rumah hari ni? Mana yang bosan tu, pasti makan-tidur, makan-tidur kan? Ada juga yang bermalasan, ada juga yang malas tapi terpaksa jadi rajin untuk mengelak kebosanan. Rugi jika tidak manfaatkan sebaiknya masa yang berkualiti di rumah. SS percaya rakan-rakan SS semuanya kreatif-kreatif bila terperap dalam rumah kan?. SS baru tamatkan sebuah novel daripada penulis kegemaran SS iaitu Tuan Ramle Awang Mursyid (RAM). SS memang kagum dengan penghayatan beliau sehingga boleh memanipulasi fikiran pembaca melalui karyanya. Mitos pun, kita boleh rasa benda tu benar-benar berlaku. Sejarah walau direka, seperti ia benar-benar wujud.  Beliau merupakan Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Setiap karya beliau pasti ada aksi yang real dalam imaginasi pembaca seperti situasi tu berlaku di depan mata dan melibatkan pembaca sekali dalam dunia maya itu. Biasanya apa yang pembaca teka tidak akan...

Quality Rest

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Google Hari ni Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kita yang ke berapa ek? SS dah lost count . Hehehe... Last kerja hari tu 17 Mac 2020. 5 hari lagi genap sebulan SS Stay At Home . Dulu-dulu selalu tertanya-tanya pada diri, bila laa dapat cuti free lama-lama sikit untuk SS betul-betul cukup rehat. Kerja SS ni, kebanyakkannya dari pagi sampai ke malam. Kebiasaannya jam 10.00 atau 11.00 malam baru selesai tugas. Kadang-kadang jam 2.00 pagi baru balik. Jarang-jarang sekali memang tak sempat balik, dan stay back kat pejabat saja. Pendek kata, macam tak ada life dah. Balik rumah, siap-siapkan kerja rumah sikit sebanyak, dan terus tidur sebab otak dah penat. Bila otak penat, badan bertambah laa penat. Tapi sejak 2020 ni, SS sebenarnya dah berazam untuk balik paling lewat jam 7.00 malam. Kalau dapat check out kerja jam 5.00 petang memang SS excited sangat laa .... Tahun ni memang azam nak lebihkan rehat untuk ...

Tuna Wrap Garing

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Sekali lagi aku bagitau, memasak bukan kepakaran aku, tapi sis try... huhuhu... terimalah seadanya ye... Just untuk penuhkan masa, update entry dan simpan sebagai dokumentasi sendiri dalam blog ini... agihtteewww. Kali ini, mempersembahkan, Tuna Wrap.

Strong & Independent

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Adakah hidup ini satu pilihan? Ya, bukan pilihan kita. Tapi pilihan Pencipta. Maka hiduplah kita yang telah dipilih ini, di bumi ciptaanNYA. Hidup yang kita tempuh juga ada banyak pilihan. Setiap pilihan ada jalan ceritanya. Setiap pilihan ada pahit manisnya. Setiap pilihan ada cabarannya. Itulah rencah kehidupan. Hari-hari yang kita lalui tak selalunya indah. Setiap ketidakindahan itu sebenarnya terkandung hikmah. Untuk kita yang sentiasa berfikir dan kepadaNYA kita berserah. Aku bermuhasabah. Hidup ini tidak mudah. Namun mengapa aku masih bertahan? Ku teliti dan amati jauh ke dalam diri. Sebenarnya Allah dah cukupkan semangat dalam diri. Serulah semangat itu agar kita menjadi seorang yang kuat dan tabah. Lalu aku edit satu gambar aku. Aku letakkan perkataan : "Strong & Independent" Aku perhati. Ya, selagi mana kita kekal berfikiran positif. Selagi it...

Petua Ubati Sakit Sendiri

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Tahun ni ketara sangat aku kerap sakit-sakit yang kadang-kadang aku sendiri tak boleh terima. Ye lah, yang sebenarnya aku ni dah meningkat usia.. Dah tua. Sebab tu badan dah bagi signal suruh rehat tu. Bila dipaksa-paksa kerja siang malam itu lah jadinya. Google So, kat sini aku nak share sikit beberapa petua yang aku dapat dari kawan aku. Ye laa, petua ni kan amalan orang-orang tua dulu-dulu. Tak ada doktor. Bahan untuk rawat diri pun ada disekeliling. Lagipun aku tengok bahan-bahannya mudah dapat dan memang biasa guna dalam masakan dan minuman. Tak ada laa petua pelik-pelik ye. Ni antara sakit-sakit yang kerap juga aku rasa sejak akhir-akhir ini. Badan kebas & kejang urat Petanda : Tanda awal angin ahmar Petua : Minum air kelapa 3 hari berturut untuk lembutkan urat. Bangun pagi rasa nak pitam. Petanda : Darah beku dalam kepala Petua : Amalkan makan buah masam-masam untuk cairkan ...

TTC's Recipe : Sup Ayam Kampung Organik

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Macam biasa, sebelum terus membaca entry aku ni, kot ye pun, jawab laa dulu salam aku tu.... hehhee. Sebenarnya, memasak ni bukanlah kepakaran aku. Sebab tu tak banyak aku nak share resepi. Benda bukan bidang kan. Tapi tak apa lah, demi ilmu aku kongsi kan juga. Persembahan masakan aku tak adalah cantik macam blogger lain. Korang jangan kecam aku eekk... heheheh.

TTC's Story #2: Period Ting Tong II

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... Entri kali ni bersambung dari cerita Period Ting Tong. 2010 - (26 tahun) period aku start ting tong (tidak konsisten). Pattern ting tong adalah 2,3 bulan sekali baru period. Mungkin kerana perubahan hormon akibat pertukaran kerja, kurang rehat dan stress. Aku ada scan dan doktor bagitau rahim aku tak ada masalah. Doktor pun tak sarankan aku makan ubat kerana takut memberi kesan sampingan yang lain.

Hipokrit : Tak Perlu Sempurna

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Bahan yang santai untuk muhasabah diri. Nak berubah tak perlu tunggu nak sempurna semuanya. Just, change your mindset. Antara intipati yang menari lebih kurang begini : Be yourself. Be yourself yang sering disebut-sebut kononnya bersikap jujur dan tidak hipokrit terhadap manusia lain.  Ya, kita boleh jadi diri sendiri tetapi fikirkan kesan positif dan negatif kepada diri sendiri dan sekeliling. Nak jadi diri sendiri, Tapi jangan lupa diri itu Allah yang cipta. Nak jadi diri sendiri, Jangan lupa nafas kita pun pembelian dari Allah. Nak jadi diri sendiri, Jangan lupa bumi yang dipijak milik Allah. Nak jadi diri sendiri, Jadilah! Tapi, jadilah diri sendiri yang diredhai Allah Hidup di dunia ada amanah yang akan disoalkan kelak. Kerana itu adalah hikmah untuk melakukan kebaikan di bumi Tuhan. Orang hipokrit adalah mereka yang tidak cuba melakukan kebaikan sebagai ganti do...

SSn1