Skip to main content

TTC's Story #1: Period Ting Tong

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t......

Sumber : Google

Tahun 2020 ni, usia perkahwinan nak masuk 8 tahun. Masih hidup berdua dengan suami dan masih gigih ikhtiar zuriat. Tengah musim Perintah Kawalan Pergerakkan ni, terfikir pula aku nak buat entry pasal Trying To Conceive (TTC). Just macam share story pengalaman, perasaan dan ikhtiar aku. 

Sebelum nikah dulu, aku ada juga terfikir tak nak ada komitmen anak dalam tempoh setahun, kononnya dalam tempoh tu aku  nak sesuaikan diri dengan status isteri sebelum upgrade ke status ibu. Tapi itu dalam fikiran aje lah. Lepas kahwin macam tak sabar pula nak ada baby. Adik-adik aku excited tanya pasal ni. Then kalau ada students aku yang nak kahwin, awal-awal lagi aku dah pesan jangan ada niat nak lengahkan rezeki anak. Aku macam menyesal juga sebab pernah terlintas perkara tu.

Then, sebulan, dua bulan, tiga bulan dan hari-hari seterusnya, ntah berapa banyak Urine Pregnant Test (UPT) yang aku dah belanjakan untuk tengok aku pregnant or not. Dan jawapan masih negatif. Aku tak putus-putus tanya pada diri aku. Apa silap aku? Apa kelemahan aku? Apa yang perlu aku betulkan?

Aku tengok balik kitaran haid aku. Masa zaman anak dara dulu, aku memang kerap tak datang period. Biasanya 2-3 bulan baru sekali datang. Pernah aku pergi klinik sakit puan kat bandar Kuantan tu. Klinik tu famous laa kat Kuantan untuk rawatan sakit puan dan hospital bersalin. Tapi ada yang aku dapat dari klinik tu amat mengecewakan aku.

Setelah nama aku dipanggil masuk bilik doktor. Aku ketuk pintu dan masuk.
Aku : 
Assalamualaikum.
Doktor :
Walaikummussalam. Sakit apa?
(kelihatan seorang doktor lelaki telah bersedia berdepan dengan pesakitnya.
Di sisinya setia seorang jururawat yang turut sama kelihatan bersedia)  
Aku :
Doktor, saya dah 2-3 bulan tak datang period. Sayaaa...
(belum sempat aku habiskan ayat, doktor tu dah menyampuk).  
Doktor : 
Hah, kenapa awak takut sangat kalau period tak datang. Bukan masalah besar pun tak datang period.
(Intonasi doktor itu sedikit menekan. Aku jadi keliru.
Tak pernah pula aku pergi klinik dapat layanan macam ni).

Aku : 
Saya cuma nak tahu apa masalah.....
(sekali lagi memotong dialog aku)

Doktor :
Awak tak perlu risau kalau tak datang period dua tiga bulan. Bukan masalah besar pun. Normal la tu. Kenapa awak takut sangat. Baguslah tak period, tak perlu nak bazirkan pad berbulan-bulan.
(Aku terkesima dengan jawapan doktor dan aku ambil keputusn untuk mengalah).

Aku :
Terima kasih doktor.

Peristiwa itu sangat memberi kesan dalam hidup aku. Kemudian aku tak pergi klinik mana-mana dah. Aku rasa ok kot kalau tak period. Normal la kot. Kemudian, setelah kahwin, terbalik pulak hormon aku. Sebulan, panjang pula tempoh haid sehingga melebihi 15 hari. Ok, ini luar biasa. Dan aku mencari klinik untuk explaination dan rawatan.

Akan bersambung...
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


"Perjalanan hidup ini lebih bermakna bila diuji".

Comments

  1. sabar ye.
    jgn putus asa utk berdoa.
    ada anak, dugaan.
    tiada anak, dugaan.
    Allah tu Maha Adil tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Saya pun selalu ingatkan diri saya tentang lumrah ini.

      Delete
  2. Salam perkenalan..
    Sha follow sini..

    Sha pun ada masalah yang sama masa belum kahwin.. Period memang tak normal tapi Alhamdulillah.. Masa dapatkan rawatan, doktor tu maklumkan jangan bimbang lepas buat rawatan.. Katanya tak ada masalah apa.. Cuma kalau lepas kahwin masih tak normal baru dia suruh dapatkan rawatan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh mcm tu. terima kasih jugak atas perkongian. rasa lebih bersemangat skrg.

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.