Skip to main content

MH370 Masih Misteri

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t...... 

Bagi memanfaatkan kebaikan Stay At Home sempena musim wabak Covid19 ni, salah satunya adalah menghidupkan kembali hobi aku iaitu membaca. Memang dah lama tak spend time untuk membaca. 

Aku ni spesis pantang jejak kedai buku. Bau buku tu selalunya akan menggoda aku untuk sambar juga 2,3 buku.. haiisshh... kesudahannya bertingkat-tingkatlah buku-buku yang menunggu giliran untuk dibaca. Jadi sesuailah dengan musim terperap kat rumah ni, kita habiskan bacaan buku-buku yang terbeli tu ye, kawan-kawan. 


Bila terpandang buku ni kat rak, teringat aku pada peristiwa MH370. Krew dan penumpang pesawat MH370 yang hilang dari radar ketika penerbangan ke Beijing pada Mac 2014. Bulan ni genap 6 tahun peristiwa itu. Aku masih terkesan dengan apa yang menimpa pesawat tu. Bagi aku sampai sekarang masih tidak dapat menjawab kemana hilangnya pesawat tu. Memang misteri.

Buku ini menggoda aku dengan lencana 'National Bestseller', pastu tengok penulis seorang mejar, mesti ilmu dia berkisah kepada perkapalan dan ketenteraan. 

Bila dah baca sampai habis, ermmm... buku ini bukan buku kegemaran. Agak kecewa sebab tak dapat apa yang aku nak dari buku ni. Mungkin kerana awal-awal dah letak jangkaan yang tinggi. Lain yang diharapkan, lain yang dapat. Aku pula memang dicipta dari spesis yang walau pun buku ini tidak menarik minat aku, aku percaya yang aku akan dapat sesuatu dari buku ini. Makanya aku sedaya upaya untuk baca dari awal hingga akhirnya. Ilmu baru yang aku terima adalah pasal sejarah penerbangan dan lapangan terbang. Alhamdulillah.

Berbalik kepada cerita MH370 ni, aku pernah terfikir sesuatu. Tidak sahih, malah mungkin langsung tak munasabah. Bila terfikir kemana hilangnya pesawat tu, dan bermacam-macam idea yang keluar, sampaikan aku ni dah buat andaian sendiri. Aku rasa tak mustahil kalau sememangnya mereka disembunyikan oleh satu kuasa yang diizinkan Allah. Siapa tahu? Bangkai mayat pun tak jumpa-jumpa. Dengan segala kecanggihan yang ada dalam dunia ni pun masih tak mampu merungkai misteri ini. Mungkin juga aku kuat berangan kot. Cuma, andai mereka benar-benar telah pergi mengadap Ilahi, aku redha dan aku berdoa agar Allah tabahan hati keluarga mereka. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. 

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah, 
pasti ada hikmahnya untuk mereka yang berfikir".


Comments

  1. Bukan mudah membaca bahan yang tak menepati kehendak kita.. tapi bagus bila tetap dapat menghabiskan pembacaan.. faham sangat perasaan tu..

    ReplyDelete
  2. Owh, Sha Mohamed pun suka membaca ke. Itu lah, memang gigih nak habiskan.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.