Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t......
From : Google |
Hari ke-4 kena kuarantin akibat Covid19. Tapi aku belum ada rasa bosan lagi. Maybe sebab aku dapat rehat yang cukup, hidup yang balance sebab tak terikat dengan masa. No rushing. Buat je apa rasa nak buat kat rumah ni dan tenang.
Antara aktiviti yang membuatkan aku masih rasa boleh hidup dan tak bosan adalah :
- Masak : bersama suami / untuk suami
- Makan : bersama suami / untuk family
- Tidur : bersama suami / me time
- Facial : me time
- Taip entry blog : me time
- Baca buku/novel : me time
- Tengok movie : me time / bersama suami
Well, maybe juga sebab aku ni banyak fikir. Duk rumah pun otak ni memang tak berhenti-henti fikir. Macam-macam laa... tambahan pula hati memang ada rasa risau tentang apa yang berlaku disekeliling kita sekarang. Cuma buat masa tengah taip entry ni, aku nak lari sikit dari kerisauan. Aku patut rest dari fikir semuanya dan bagi masa untuk diri aku dan suami. Yes!
Antara hikmah yang terkesan untuk aku selepas kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan ini :
NIKMAT REHAT
Aku dapat berehat sepuasnya. Kalau tak, aku memang kerja siang sampai lewat pagi. 8.00pagi sampai 2.00pagi. Seperti membuat dua kerja di tempat kerja. Ada masa memang penat melayan karenah sesetengah pelajar yang cerdik pandai kurang adab dan tak ikot peraturan. Sekurang-kurangnya pada waktu ini, selain fizikal, emosi dan minda lebih banyak rehat.
NIKMAT DI SISI SUAMI.
Dapat duk rumah luangkan masa bersama suami. Buat aktiviti sama-sama, bergurau-senda, berlawak jenaka... bukankah itu lebih indah dan menabung pahala?.
NIKMAT LUPAKAN KERJA PEJABAT.
Waktu kuarantin ini, aku memang tak fikir langsung pasal urusan kerja. Alhamdulillah segala tugas aku dah siapkan sebelum work from home hari tu. So, lepas tu, aku stay je kat rumah dengan mood standby kalau-kalau ada urusan atau arahan kerja dari boss. Syukur buat masa ni belum ada. Tapi syukur juga sebab aku lebih bersedia dari awal.
NIKMAT ME-TIME
Inilah antara nikmat yang paling dirindui. So, waktu ini aku tidak terikat dengan masa. Anytime aku boleh buat aktiviti indoor yang aku suka.
NIKMAT IBADAH.
Selain perkara wajib... kita punya banyak masa untuk ibadah-ibadah sunat yang lain.Kata seorang kawan, "Allah nak kita berhenti berfikir hal duniawi sekejap. Kalau dulu solat pun terkejar-kejar, sekarang boleh solat dengan tenang. Kalau dulu banyak benda nak fikir, sekarang ni boleh skip 2,3 urusan".
NIKMAT JIMAT.
Alhamdulillah. Baru 4 hari ni pun dah terasa sangat-sangat bersyukur. Kereta baru sekali bergerak minggu ni. Itupun tak jauh, kedai runcit dalam kampung je. Minyak makin murah. Itu pun baru sekali je isi minyak minggu ni. Nak beli barang? 4 hari ni, baru sekali keluar duit dari dompet. Shopping online? Oh, aku tidak begitu. Jarang sangat aku shoppin online. Tapi bukan kali ni.
NIKMAT UDARA BERSIH
In shaa allah, udara lebih segar, sungai lebih bersih, alam lebih tenteram, bumi kian sihat.
"Nikmatilah peluang ini selagi ada.
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk manusia yang berfikir"
banyak kebaikkannya bila PKP ini..
ReplyDeletePaling best bila dapat spend banyak masa dengan keluarga..