Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Satu hari, suami pergi outstation atas urusan kerja. Aku dah biasa, kalau dia tak outstation, aku pula yang selalu outstation. Begitulah kehidupan kami. Barulah rindu-rinduan, ye dak?
Ok. Kesahnya, 1 hari aku dah rasa badan lemah, tak larat. Mata mula terasa panas dan pedih. Kerongkong dah mula terasa sakit dan kering. Aku kerap minum air. Demam rindu agaknya. Hehehee... Wujud ke demam rindu?
Aku rasa badan terkejut. Sebelum ni aku memang aktif kerja malam. Tapi sebulan dua ni bila students cuti, makanya aku banyak rest dan manfaatkan waktu malam aku kat rumah saja. Jadi bila students dah mula masuk belajar, dan serta merta aku jadi sibuk dari pagi sampai tengah malam, aku rasa badan aku terkejut menyebabkan aku terus demam.
Suhu diambil pada jam 12.00 malam |
Aku tak tau suhu demam ni berapa. Aku rasa kalau 38 darjah celcius baru demam kot. Jadi kalau setakat 37something ni biasa laa kot. Suhu normal kan 36. kan? kan?
1 malam tu aku tak boleh tidur sebab terlampau sejuk. Apa lagi, berbungkus laa aku dalam sweater dan selimut. Menggigil-gigil. Aku terkenang juga musim Coronavirus sekarang ni. Mana laa tahu. Sebab kat tempat kerja aku dah mula didatangi pelajar dari China. Kemudian, teringat pula aku kat arwah Abam Bocey yang asalnya demam. Biasanya kita akan anggap demam biasa. Aku pun begitu. Kadang-kadang tak pergi klinik pun. Demam akan hilang sendiri. Kalau ada ubat, telan je. Esok dah ok. Tapi memandangkan wabak menular dan kejadian arwah Abam Bocey, aku bertambah susah hati. Ye lah, amalan tak banyak lagi ni oiiii...
Suhu diambil jam 2.00 pagi |
Terkejut juga laa aku bila suhu jam 2.00 pagi menghampiri 39 darjah celcius. Ini macam bukan calang-calang ni. Ini memang betul-betul demam ni... Ini bukan cobaaannnn.. Ini betul-betul. Makin laa macam-macam aku fikir. Ubat demam dah habis stok kat rumah. Makanya aku bertabah saja lah. Tapi still tak boleh tidur.
Suhu diambi jam 3.00 pagi |
Jam 3.00 pagi tu, adik lelaki aku call. Dia pun tak leh tidur sebab risaukan aku. Dia suruh aku snap suhu jam 3pagi tu. Suhu baru turun sikit. Aku dah syukur sangat dah. Dia dah mula suruh aku bersiap nak ambil aku bawak ke klinik. Terharunya aku. Tapi aku ok lagi. Cuma pening je. Aku pun tak nak susahkan dia. Jauh pula nak datang. Suami aku pun tak senang nak kerja. Tapi macam biasa lah, jawapan aku, aku masih boleh bertahan. Cukup laa aku tahu ada orang sayangkan aku. Dan seboleh-bolehnya aku tak mau susahkan mereka. Aku cuma perlu rehat saja ni. Jadi aku yakinkan hero-hero aku tu yang aku ok. Aku janji esok aku akan ke klinik.
Maka, keesokan harinya, aku pun pergi lah klinik seperti yang dijanjikan. Aku ni memang spesis kata dikota, janji ditepati. Tapi tengahari tu baru aku mampu bangun dan berfikir dengan waras. Sebelum tu, aku tingtong-tingtong je kepala. Aku pun pergi My Health Clinic. Salah satu klinik favourite sebab penerangan yang doktor-doktor kat situ sangat jelas, layanan baik, dan staf semua friendly. Cuma bayaran ubatan agak mahal. Tapi tak kisahlah, janji puas hati dan cepat sembuh. Sebelum ni aku pernah dah pergi satu klinik ni, staff dah laa tak friendly, pula tu doktor pula macam nak telan aku. Cakap meninggi suara. Tak faham aku. Tapi ye lah doktor pun manusia biasa, mungkin ada gaduh dengan laki dia kot, atau tengah period. Mungkin laa... hehee.
Sambung cerita tak My Health Clinic, mujur doktor perempuan. Macam biasa laa wajib check tekanan darah. Aku hulur tangan kiri. Doktor kata tekanan darah aku rendah sangat. Aku pun tak tanya pula berapa, dan tak tengok pula berapa. Doktor kata mungkin mesin dia rosak. Dia check kali ke-2, masih rendah. Doktor tak puas hati. Check lagi kali ke-3 dah tekanan tetap sama. Dia minta tangan kanan aku pula. Aku hulur dan kali ke-4 tekanan masih rendah. Doktor tanya staff kalau-kalau ada mesin lain. Tapi itu je mesin yang ada. Dan kali ke-5, dengan tangan kanan, suhu masih rendah. Doktor tak berani nak bagi aku balik. Katanya risiko. Dia pun pelik kenapa tekanan aku rendah sangat. Kemudian dia suggest masuk air sebotol. Aku ok je.
Terbaringlah aku lebih kurang setengah jam merehatkan diri. |
Dah lama juga tak kena cucuk ni. Kalau boleh memang tak nak. Bukan best pun. Tapi apakan daya. Kemudian, habis satu botol air, doktor check semula. Tekanan darah masih rendah. Doktor pelik. Nak kata mesin dia rosak, ada pesakit sebelum aku, ok je tekanannya. Kemudian waktu aku terbaring masuk air tu, ada pesakit lain juga, pun tekanan normal. Bila check aku, tekanan jadi rendah. Last kali ke-7 kalau rendah juga, doktor kata terima saja lah dengan redha yang tekanan darah aku memang rendah. Dan ya, masih tak berubah.
Doktor risau kalau aku tak boleh drive balik, kalau aku ada pening-pening. Alhamdulillah, aku masih kuat. Drive balik, makan ubat dan rest well. 2 hari tu je demam, dan lepas tu dah normal. Alhamdulilah.
"Robot pun sampai masa akan berhenti. Apatah lagi manusia yang punya fitrah alam. Allah dah jadikan manusia itu sebaik-baik makhluk. Amanah kita sendiri untuk menjaganya."
Comments
Post a Comment