Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Jejak Bumi Palestine

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Kali ni nak cerita pasal buku bertajuk 'The Girl in Tunnel' sebuah travelog seorang gadis Melayu berumur 16 tahun di bumi Palestine atas panduan daripada Mejar (B) Mohammad Qayyum B A.Badaruddin.  Ulasan aku begini : Buku ini tidak menjadi kegemaran aku. Cerita dari gadis ini tidaklah berada sehingga mukasurat akhir. Beliau pun baru pertama kali menulis. Tapi aku cuma beranggapan bahawa dia dengan telus menceritakan tentang pengalamannya ke tanah Palestine. Jadi mungkin dengan bersahaja atau dengan penulisan gaya sekolah. Apa pun yang penting adalah penceritaannya. Walaubagaimana pun, aku kagum dengan gadis 16 tahun ni. Muda-muda lagi dah dapat jejak Palestine. Rezeki dia kan. Jauh dari sudut hati aku, aku berhajat juga nak ke sana. In Shaa Allah satu hari nanti ke, kan? Mana laa tahu. Keseluruhan buku ini dapat juga menjawab segala persoalan aku tentang k ehidupan masyarakat Palestine sewaktu berdepan ujian....

MH370 Masih Misteri

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t......  Bagi memanfaatkan kebaikan Stay At Home sempena musim wabak Covid19 ni, salah satunya adalah menghidupkan kembali hobi aku iaitu membaca. Memang dah lama tak spend time untuk membaca.  Aku ni spesis pantang jejak kedai buku. Bau buku tu selalunya akan menggoda aku untuk sambar juga 2,3 buku.. haiisshh... kesudahannya bertingkat-tingkatlah buku-buku yang menunggu giliran untuk dibaca. Jadi sesuailah dengan musim terperap kat rumah ni, kita habiskan bacaan buku-buku yang terbeli tu ye, kawan-kawan.  Bila terpandang buku ni kat rak, teringat aku pada peristiwa MH370. Krew dan penumpang pesawat MH370 yang hilang dari radar ketika penerbangan ke Beijing pada Mac 2014. Bulan ni genap 6 tahun peristiwa itu. Aku masih terkesan dengan apa yang menimpa pesawat tu. Bagi aku sampai sekarang masih tidak dapat menjawab kemana hilangnya pesawat tu. Memang misteri. Buku ini menggoda aku dengan lencana 'Nation...

TTC's Story #1: Period Ting Tong

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t...... Sumber : Google Tahun 2020 ni, usia perkahwinan nak masuk 8 tahun. Masih hidup berdua dengan suami dan masih gigih ikhtiar zuriat. Tengah musim Perintah Kawalan Pergerakkan ni, terfikir pula aku nak buat entry pasal Trying To Conceive (TTC). Just macam share story pengalaman, perasaan dan ikhtiar aku. 

Review Filem : Sid & Aya

Bismillahirahmanirrahim ..... Assalamualaikum w.b.t...... Cuti sempena COVID19 hari ke-5. Well, bagus juga cuti lama ni, rajin sikit nak taip entry walau pun sehali sekali. Memadai. Kali ni nak share salah satu movie yang aku tengok untuk memanfaatkan masa di rumah. Kali ni, oleh kerana IFLIX kasi tengok cerita-cerita free, makanya apalah salah untuk kita download app IFLIX kot-kot ada cerita-cerita yang berkenan untuk ditonton.. ye dak? Sempat lagi kalau uols nak download tu. Klik je sini : IFLIX , keluar laa website-nya. Tak yah susah-susah nak search dah.. heheh  Godek punya godek nak sesuaikan dengan mood aku, akhirnya aku decide untuk tengok satu cerita Filipina. Katanya Not A Love Story, jadi apa??? Menarik minat aku untuk explore.  Sid dan Aya ni adalah nama watak dalam filem ni. Sebuah cerita ditulis dan arahan Irene Villamor. Hero : Dingdong Dantes sebagai Sid Heroin : Anne Curtis sebagai Aya. Nak je aku ucapkan tahniah kepada penulis, pengar...

Hikmah Kuarantin COVID19

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...... From : Google Hari ke-4 kena kuarantin akibat Covid19. Tapi aku belum ada rasa bosan lagi. Maybe sebab aku dapat rehat yang cukup, hidup yang balance sebab tak terikat dengan masa. No rushing. Buat je apa rasa nak buat kat rumah ni dan tenang. Antara aktiviti yang membuatkan aku masih rasa boleh hidup dan tak bosan adalah : Masak :  bersama suami / untuk suami Makan :  bersama suami / untuk family Tidur :  bersama suami / me time Facial :  me time Taip entry blog :  me time Baca buku/novel :  me time Tengok movie :  me time / bersama suami Well, maybe juga sebab aku ni banyak fikir. Duk rumah pun otak ni memang tak berhenti-henti fikir. Macam-macam laa... tambahan pula hati memang ada rasa risau tentang apa yang berlaku disekeliling kita sekarang. Cuma buat masa tengah taip entry ni, aku nak lari sikit dari kerisauan. Aku patut rest dari fikir semuanya dan bagi m...

PANIC COVID19

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Sumber : Google COVID19. Tak tahu laa macam mana nak gambarkan lagi keadaan dan situasi nya sekarang. Boleh je Google pasal ni, banyak info-info yang kita dapat.  Setenang-tenang aku, aku sangat terasa akan semua orang punya aura panic tu. Aku bekerja di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Kerja aku terlalu dekat dengan mahasiswa. Dorang yang aku anggap macam adik-adik aku dah.  Semalam arahan untuk mahasiswa balik. Cuti semester yang sepatutnya awal April, diawalkan bermula esok. Biasanya cuti semester mahasiswa akan balik kampung masing-masing. Jadi bila diumumkan esok adalah cuti. Aku dapat rasakan panic-nya students ni. Mana nak cari tiket, nak cari transport. Bukankah kat luar itu lebih tinggi risikonya? Allahu. Tiba-tiba keluar pula arahan perlu dapatkan borang dari pejabat polis terdekat sekiranya ingin pulang merentas negeri/daerah. Allahu. Sampainya students aku kat balai polis, baris...

Sakit Dada Jam 3 Pagi

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Aku ni spesis burung hantu. Berjaga malam. Tapi nak kata tidur siang hari tak juga sebab siang hari memang sibuk urusan di tempat kerja. Tapi malam hari tidak pula aku ni jenis tidur awal. Kata mak memang dari kecil aku ni spesis berjaga malam. Ok fine. Bukan tak pernah tidur awal, pernah je tidur awal seumur hidup ni. Banyak kali tidur awal. Cuma kadang-kadang. Kebiasaannya memang tidur jam 2.00 pagi atau lebih. Bergantung pada keadaan. Semalam adalah keadaan yang jarang-jarang itu. Jam 11.00 malam dah mengantuk. Badan dah terasa penat. Tapi jam 3.00 pagi aku terjaga. Dada kiri aku sakit. Terasa sampai ke belakang badan. Nafas, seperti biasa cuma agak tidak selesa. Tangan kiri kanan terasa sedikit kebas. Aku mula rasa risau. Makin risau makin terasa sesak.  Aku cuba tenangkan diri. Change mindset, tidak ada apa yang berlaku. Mungkin terlalu lama tidur mengiring. Aku sedapkan hati. Kemudian aku sam...

Politik Negara

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t..... Aku bukanlah seorang yang fanatik dengan cerita-cerita ahli politik negara mahupun luar negara. Cukup sekadar ambil tahu. Apa yang lalu lalang di media sosial mengenai ahli-ahli politik negara, aku kurang berminat. Aku tak kenal mereka directly in person. So aku tak boleh nak kata ahli politik ni begini, ahli politik itu begitu.  Bila berborak dengan kawan-kawan, masing-masing utarakan pandangan masing-masing mengenai apa yang berlaku dengan kerajaan dan ahli politik. Aku juga tidak terkecuali menyatakan pandangan aku. Cuma setakat itu sahaja. Tapi rata-rata yang aku dengar, yang aku baca kebanyakkannya adalah bicara perkara-perkara negatif tentang parti, kerajaan dan individu ahli politik. Sebenarnya aku kurang berminat untuk mendengar perkara yang negatif. Jadi aku lebih suka mendiamkan diri dan tadah telinga sahaja. Itu lebih baik. Tapi dalam banyak-banyak kawan di media sosial aku cuma jumpa 2 orang sahaja sah...

Demam Rindu

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t...... Satu hari, suami pergi outstation atas urusan kerja. Aku dah biasa, kalau dia tak outstation, aku pula yang selalu outstation. Begitulah kehidupan kami. Barulah rindu-rinduan, ye dak? Ok. Kesahnya, 1 hari aku dah rasa badan lemah, tak larat. Mata mula terasa panas dan pedih. Kerongkong dah mula terasa sakit dan kering. Aku kerap minum air.  Demam rindu agaknya . Hehehee... Wujud ke demam rindu? Aku rasa badan terkejut. Sebelum ni aku memang aktif kerja malam. Tapi sebulan dua ni bila students cuti, makanya aku banyak rest dan manfaatkan waktu malam aku kat rumah saja. Jadi bila students dah mula masuk belajar, dan serta merta aku jadi sibuk dari pagi sampai tengah malam, aku rasa badan aku terkejut menyebabkan aku terus demam. Suhu diambil pada jam 12.00 malam Aku tak tau suhu demam ni berapa. Aku rasa kalau 38 darjah celcius baru demam kot. Jadi kalau setakat 37 something ni biasa laa ko...

SSn1