Skip to main content

Khayal




Assalamualaikum semua...

Hari ni just nak share sikit pasal aku khayal. Ops jangan fikir bukan-bukan. Sebenarnya aku jadi khayal sebab tak cukup tido semalam. Aku ni ikotkan insomnia juga. Sebab dah terbiasa kerja sampai lewat malam. Masuk sebulan dua ni, students cuti dan aku banyak masa rehat. Seronok laa sebab hidup rasa lebih tenang.

Tapi, mcm mana boleh tak cukup tidur tu?. Malam tu, aku kerap terjaga. Tak tahu lah, kenapa. Terganggu betul tidur aku. Tidur kejap, terjaga! Tidur kejap, terjaga! Memang terasa penat. Esok pula nak kerja.

Pastu bila dah macam-macam usaha buat nak tidur balik dah tak boleh tidur. Tepuk-tepuk tilam, tepuk-tepuk bantal, wuduk... baca-baca ayat sikit, still tak boleh tidur. Baca buku, main phone, still tak boleh tidur..

Tup-tup tengok dah pukul 5.30 pagi. Hmmh, tak de harapan dah nak cuba tidur lagi. Hari tu memang aku niat nak puasa, so terus laa bersahur. Solat semua, siap-siap pergi kerja. Hari tu memang awal aku masuk kerja berbanding hari-hari biasa. Tapi, waktu tu semangat lagi. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi, baru sejam masuk pejabat, aku dah rasa tingtong tingtong kepala ni. Rasa melayang-layang je... Mula rasa mengantok. Tapi tak kan nak tidur kat office pula. Aku ni dah laa ada lawatan tapak ke dewan dengan pegawai-pegawai lain. Keterampilan aku tak boleh laa nampak lesu dan mata sembab. So, aku kena make up sikit laa muka ni.. Tapi jujur, badan aku rasa lemah sangat.

Akibat menahan mengantuk yang keterlaluan, kepala aku dah mula rasa pening-pening. Khayal tahap maksimum. Kepala berat. Pula tu, aku puasa jadi badan memang terasa lemah. Kepala aku tak boleh masuk apa-apa dah (tak boleh berfikir dengan baik). Pantang duduk sikit mula nak tersengguk-sengguk. Dasyatnya penangan bila tak cukup tidur. 

Aku ada swafoto.. kononnya nak tengok laa reaksi sendiri untuk pura-pura cergas dalam lawatan nanti. Tapi tak sangka aku boleh terlelap beberapa saat time swafoto tu. Bila tengok balik, lucu pula rasa. Gambar sedang menahan diri dari mengantuk dan gambar terlelap beberapa saat tu. Masa tu sejujurnya aku tak boleh bendung dah rasa mengantuk ni. Kepala ni rasa pusing-pusing je. Pening. Sampai petang tu mula rasa nak muntah. Angin ke apa tak pasti lah. Yang pasti, aku memang pertahankan rasa mengantuk melampau tu. Berat gila kelopak mata ibarat kalau letak batang mancis pun, batang mancis boleh patah. Kepala, ni dah rasa hanyuuutttt... melayang-layang....

Mengantuk! Mengantuk! Nak tidur manaaaa...? Mengantuk! Mengantuk! Tolong lah saya.....



Bahaya tak cukup tidur ni. Dia punya khayal memang di luar jangkaan. Jadi tingtong tingtong. Kerja tak fokus, otak tak boleh nak fikir. Orang cakap apa pun tak berapa nak masuk. Nak drive balik rumah itu, paling mencabar. Aku mengantuk waktu drive. Aku risau microsleep. Membahayakan nyawa tu. Tapi tetap kena pertahankan. Ikutkan nak je berhenti tepi jalan atau mana-mana untuk lelapkan mata, tapi memandangkan perlu balik awal untuk persiapan iftar, ku gagahi jua.

Balik rumah, siap masak, iftar, buat kerja-kerja sikit lepas Isyak terus collapse. Lena.



"Pentingnya dapatkan tidur yang cukup lebih-lebih lagi bila kita dah meningkat usia. 
Qailullah adalah sebaik-baik rehat."


Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.