Skip to main content

Wujudkah cinta?

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t......



Aku tidak percaya pada kewujudan sebuah cinta secara semulajadinya sesama manusia berlainan jantina. 
Cinta boleh dipupuk. 
Dia tak kan lahir sendirinya. 
Semuanya aku belajar disekeliling aku.
Cinta pada awalnya boleh jadi akan merosakkan. 
Cinta yang dipupuk biasanya lebih terikat dengan tanggungjawab. 
Cinta, kadang-kadang mampu menjadikan si cerdik kepada si bodoh.
Aku dah tengok semuanya yang berlaku disekeliling aku. Semuanya buat jadi pengajaran.
Ntah la... bagiku tiada cinta dalam dunia yang tiba-tiba datang secara semulajadi dalam 2 jiwa berbeza. 


Kemudian, aku berkenalan dengan seseorang melalui telefon. Budak baik. Kemudian berjumpa. Berkenalan - berkawan - bercinta. Cinta itu datang setelah kami berkawan selama 1 tahun. Cinta kami bertaut sehingga tahun ke-4 sahaja. Itu ku kira cinta pertama. Yang benar-benar suka. Yang benar-benar belajar tentang tanggungjawab dan belajar berkongsi rasa dan memahami antara satu sama lain. Yang benar-benar telah mencipta impian untuk hidup bersama. Tapi tiada jodoh. Syukur kami masih berkawan sampai sekarang. 

Adakah cinta terjadi dikalangan sahabat sendiri? 
Tak mustahil kerana sahabat adalah orang yang paling mengenali kita. 
Selepas cinta pertama ku itu, lahir pula cinta kedua bersama seorang sahabat baik. 
Persahabatan kami telah 8 tahun. Mustahil kami tak kenal hati budi dan perangai-perangai buruk satu sama lain. Tapi aku tidak bermula dengan cinta. Ini adalah Perkenalan - Persahabatan - Percintaan. 
Tapi lagi buruk keadaannya bila kami cuma 1 tahun sahaja bercinta. Putus dan mensia-sia persahabatan 8 tahun itu. 

Cinta semulajadi?
Mungkin pernah terjadi pada cinta pandang pertama. 
Aku kira itu adalah sebenarnya cinta yang semulajadi. 
Boleh rujuk cerita aku di entry ini Cinta Pandang Pertama.
Itu, bukan cinta.

Cukup 2 kali rasa cinta ini, aku menjadi serik.
Aku tidak lagi mahu bercinta. Ini lagi kukuh membuatkan aku 100% tidak percaya pada cinta yang lahir sendirinya. Cinta tetap perlu dipupuk. 2 kali bercinta membuat aku penat.
Aku berkata pada diri yang aku tidak mahu berkahwin. Aku cuma ingin bekerja dan fokus pada diri serta keluarga. Aku masih punya ramai kawan. Masih bahagia dengan diri sendiri. Sunyi itu biasa, tapi hidup perlu terus, kan? Tapi andai kata aku akan bernikah, aku punya target iaitu pada usiaku 27 tahun. Sekiranya lebih dari itu, aku nekad utk fokus pada prinsip ini.

Suami sekarang? 
Tidak juga bermula dari sebuah cinta. 
Aku lebih selesa pada sebuah persahabatan. Waktu itu, aku percaya persahabatan lebih suci dari percintaan. Lihat sahaja pengalaman bersama cinta pertama dan kedua aku. 
Teorinya : 
Cinta pertama : Percintaan yang bertukar menjadi persahabatan = positif
Cinta kedua : Persahabatan menjadi percintaan = negatif.

Berbalik pada kisah bersama suami dan prinsip aku untuk tidak mahu berkahwin. 
Aku cuma berkawan. Bersahabat pun jauh sekali. Dia memasang niat untuk bercinta. Tapi 3 kali aku reject dia atas alasan aku tidak boleh terima cinta lagi. Namun dia tidak putus asa. Sehingga waktunya tiba, dia bertanya aku untuk menghantar rombongan meminang di hujung minggu itu. Tapi ntah kenapa aku just jawab "ok". Aku waktu itu, just follow the flow. Dia siapkan semuanya. Sebelum majlis, aku banyak muhasabah diri tentang apa yang telah aku jawabkan.
Aku ini orangnya kata dikota, janji ditepati.

Waktu itu hatiku memujuk "kalau dah kawen nanti lebih banyak pahala yang boleh grab berbanding hidup sendiri." Waktu itu, aku dapat rasakan bahawa hati aku yang selama ini tertutup telah terbuka seluas-luasnya. The key word is PAHALA. 

Kemudiannya, bermula dari jawapan aku itu, aku terus berdoa setiap hari "andai dia adalah benar jodoh untuk aku, aku harap semuanya menjadi mudah." Setelah itu, aku memang berserah pada keadaan. Ya, betul, sepanjang hari menuju majlis, sentiasa dipermudahkan. Setelah bertunang, aku mula memupuk rasa cinta dan tanggungjawab, mempersiapkan diri menjadi seorang isteri.


Cinta?
Boleh dipupuk lalu dibaja, disiram sehingga mekar mewangi.



"Bukankah cinta itu adalah satu anugerah terindah untuk manusia?"


Comments

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.