Skip to main content

Bukankah suami dan isteri itu, punya dunia sendiri?

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Esok dah raya. 1440H/2019

Dah lama jejari tak menari menaip entri. Ada rasa yang membuak-buak minta dimuntahkan segala rasa yang ada dalam hati ni. Semalam terbaca status whatsapp rakan sepejabat yang berbunyi :

"Kita 9 tahun duduk sini..dia baru 11 hari nak duduk Ayer Keroh dah bising-bising! 😢 nak balik pun sebab raya, sebelum ni kita balik sendiri dengan anak-anak naik bas tak de pun nak menyusahkan dia!"
"Kita dah berkobar-kobar mood nak balik raya. Dia boleh buat perangai. Potong mood betullah! 😠"
"Cakap balik raya Ayer Keroh sampai raya 6 terus panas bontot!"
Sumber : Google

Mengimbau status whatsapp nya seminggu sebelum raya.

"Baju raya dah siap packing dah 😍"
"Tak sabar nak balik Ayer Keroh... dah plan macam-macam aktiviti dengan adik kakak💕💖" 
"Kakak, ko tunggu aku balik, kita buat kek batik sama-sama mcm dulu-dulu 😜" 

Jadi, situasi ni buat aku terfikir satu perkara. Paling penting dalam sebuah hubungan suami isteri adalah sikap toleransi antara satu sama lain. Bunyi klise kan? Biasa dengar kan? Tapi faham tak, apa itu toleransi? Toleransi tak antara kau suami isteri tu? 

Toleransi tu adalah sikap kerjasama antara satu sama lain. Bersatu padu, bersatu hati, mengalah juga mungkin... 

Dalam sesebuah perkahwinan, si suami merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Tapi cukupkah ilmu seorang suami bagi memimpin sebuah institusi kekeluargaannya sendiri? Jadi suami, bukan sekadar "kamu perlu ikot segala arahan aku, perlu ikot semua cakap aku". Itu mungkin suami, tapi bukan pemimpin yang disegani. Tapi itu adalah gaya seorang pemimpin yang diktaktor. Macam tiada belah ihsan, tidak memikirkan perasan orang lain. Tiada sifat empati dalam diri.

Si isteri, walau sudah berumahtangga, itu bukan tiket untuk kau kawal semua perkara dalam rumahtangga. Suami nak buat ni tak boleh, nak keluar tak bagi, nak jumpa kawan-kawan tak bagi, duduk rumah goyang kaki pun kena bising. Nak dia dengar leteren kau je ke hari-hari? Bukan begitu caranya ya. 

Suami isteri wajib menuntut ilmu bagi menjadi seorang suami isteri yang cemerlang dalam sesebuah rumahtangga. Zaman sekarang ni tak susah dah nak cari ilmu. Bengkel merata-rata, berbayar dan percuma. Perlu cari sahaja. Tak rugi cari ilmu untuk bina keluarga bahagia. Bukankah bahagia itu dambaan kita sebagai manusia? Jadi mencipta bahagia itu juga ada caranya.

Berbalik pada isu status whasapp di atas. Si isteri yang telah berhijrah, keluar dari hubungan keluarga yang sangat rapat, memulakan hidup baru sebagai isteri di kampung suami. 9 tahun usia perkahwinan mereka. Dikurniakan 2 orang anak perempuan. Yang pertama berusia 10 tahun, yang kedua berusia 8 tahun. Dalam tempoh sebuah perkahwinan yang hampir mencecah Fasa 2 itu, sudah tentu masih hebat ujiannya. Dan aku nampak ujian ini hanya sekecil-kecil ujian. Tapi untuk orang yang sedang menempuh ujian itu, pasti terasa itu adalah ujian yang besar dalam hidup. Cara mereka, memang akan balik beraya bersama keluarga si isteri setiap tahun. Cuma giliran diukur dengan sambutan hari raya pertama. Kemeriahan dan perasaan itu pasti berbeza. Tahun ini, giliran sambut hari raya pertama di kampung isteri. Dengan usia perkahwinan yang hampir 10 tahun, si suami nampaknya sedikit berubah bila mempersoalkan giliran ini. Para isteri pasti tersentuh hati. 

Kenapa si suami berubah? Sebenarnya, si suami ada buka restoran. Si suami terlalu fikirkan cara menjana pendapatan keluarga walaupun mereka adalah ibu bapa yang bekerjaya. Suami berhasrat untuk terus berniaga di hari raya, tapi si isteri tidak setuju. Suami pula enggan lama-lama di Ayer Keroh. Ini yang menyebabkan si isteri terasa hati. Sedangkan, si isteri sanggup tinggal bersama keluarga suami 9 tahun. Jadi, si isteri mula mengungkit. Sinonim kan perempuan dengan mengungkit bila tidak berpuas hati?. Alamak.. tak best laa macam ni kan? Bawa laa bincang elok-elok... yang penting bincang.

Aku sendiri tidak pasti bagaimana perselisihan itu berakhir. Yang pasti, si isteri dah sampai ke Ayer Keroh rujuk pada status whatsapp yang berbunyi :

"Sampai je Ayer Keroh, semua makanan dah terhidang hasil air tangan kakak ku. Terima kasih kak, untuk juadah iftar"
(Gambar buah gajus). "Buah gajus MIL bagi buah tangan untuk mak. 1st time nak cuba masak sendiri gajus masak lemak lada hitam.."
"Menu iftar hari ni ikan bakar sambal meletop, gajus masak lemak lada hitam, ikan goreng, mee goreng, air bandung cincau, air laici, vico ais. Indahnya bila bersama keluarga tersayang 💖"

Bila kita baca status kawan-kawan kita, automatik kita turut sama rasa aura apa yang disampaikan mereka. Betul? Status di atas, kita tahu si isteri ini sedang bahagia, sedang gembira. Sebab tu jugak, seminggu sebelum raya, dah siap packing baju. Ini maknanya betapa si isteri excited nak balik kampung, jumpa keluarganya, darah dagingnya.  So, bila si isteri tengah excited, jangan dibunuh perasaan itu. 

Kepada para suami atau isteri,
Beringat tau!
Selepas ijab dan kabul, status kawan kau tu akan bertukar menjadi suami/isteri kau.
Suami/isteri itu, bukan hamba, bukan orang suruhan,
bukan peneman semata-mata untuk hidup kau.
Kau kena beringat!
Sebelum bergelar suami/isteri kau, mereka punya dunia mereka.
Kebahagian dan kesedihan mereka.
Setelah menjadi suami/isteri kau, mereka mencipta satu dunia berbeza.
kau dan dia sama.
Punya hati, 
Punya rasa. 
Kita manusia kan? Allah ciptakan kita cukup indah. 
Tapi kenapa menyeksa jiwa raganya?
Kenapa mengongkong suami/isteri untuk berbahagia bersama dunianya?
Kita sentiasa ada pilihan. 
Baik atau buruk.
Kita tahu, kita boleh nilai.. 
Mana baik, mana buruk.
Selagi tidak bercanggah dengan agama, teruslah bagi sokongan.
Seandainya, dunia mereka buruk dan gelap, 
Maka, sudah tentu menjadi tanggungjawab kita suami/isteri membawa mereka ke satu dunia yang baik dan cerah. Ini adalah tuntutan.
Seandainya, dunia mereka sedia cantik dan indah, mereka bahagia,
Bukankah lebih molek memberi semangat agar mereka yakin bahawa dunia yang dicipta bersamamu itu, penuh makna dan hidup mereka dihargai?

Kita punya dunia kita.
Begitu juga mereka.
Kita mungkin tak boleh nak faham dunia mereka,
Begitu juga mereka yang sukar tafsir tentang dunia kita.
Sukar?
Mudahkan lah...
Baik atau buruk dunianya?
Adalah kita.
Bukankah bahagia mereka, bahagia kita juga? 
Jadi, sama-samalah membahagiakan.


Kembali berbincang.
Buka hati, buka minda.
Dengar pendapat masing-masing.
Luahkan rasa masing-masing.
Sehingga jumpa kata sepakat.
Inilah kemanisan dalam rumahtangga.

Semoga kita semua berbahagia. 

"Aku pun dah menetap di kampung suami. Sebelum kahwin lagi aku dah set, hari raya pertama biarlah di kampung suami, alang-alang dah menetap sini. Aku akan dahulukan keluarga suami di hari raya. Kemudian esok, lusa atau bila-bila masa, barulah pulang ke kampung aku. Suami setuju dan sampai sekarang Alhamdulillah, tak gaduh bab ni."

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.