Skip to main content

25 Pengajaran dari Drama Curi-curi Cinta Astro Ria

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Walaupun ada babak yang tidak logik, tapi tetap ada pengajaran disebalik drama Curi-curi Cinta.


1. Bahagia dan mudahnya kehidupan seorang anak adalah berkat dari doa seorang ibunya walau sebanyak mana silapnya seorang anak. ~Makcik Asmah, Abg Is & Intan

2. Keinsafan harus dimaafkan, maka kebahagiaan akan dinikmati bersama. Malah lebih akrab dari sebelumnya. ~Peggy & Intan.

3. Seorang isteri yang tidak sempurna, dididik dengan sebaiknya oleh seorang suami sehingga menjadi isteri yang terbaik. Isteri adalah dari tulang rusuk. Andai bengkok luruskanlah dengan betul caranya. Salah kaedahnya, maka patahlah ia. ~Intan & Danny

4. Seorang anak yang memendam rasa mempunyai sebab untuk tidak bersuara kerana taat, kerana takut kata2 kesat yang lahir dari lidah seorang ibu dan demi menjaga hati ibunya walau jiwanya sendiri tersiksa. ~Fariza

5. Seorang ibu yang tidak mempercayai kata anaknya, mementingkan diri sendiri dan harta, turut akan berubah apabila berlaku sesuatu impak besar keatas dirinya. Buka mata hati dan bagi perhatian terhadap anak. ~Fariza & Mak Long/Baby

6. Kasih seorang abang terhadap adiknya sama seperti kasih seorang ayah sehingga sanggup korbankan dirinya. ~Abg Is & Intan

7. Adik beradik yang bergaduh tidak selamanya akan bermusuh kerana darah yang mengalir adalah darah yang sama yang akan menyulam rasa kasih. ~ Makcik Asmah & Mak Long/Baby

8. Kecantikan dengan cara syirik pasti ada keburukkan pada diri. ~Mak Long/Baby

9. Kalau dah jodoh, tak kemana. Allah dah aturkan setiap pertemuan dan perpisahan. Usaha ditangan kita, takdir Allah yang tentukan. ~Bad & Fariza

10. Segala rasa pahit dan perit yang telah dilalui menjadikan seseorang itu kuat dan tabah mengharungi kesulitan yang mendatang. ~Intan

11. Kekayaan bukan punca kebahagiaan. Dimana-mana pun boleh bahagia dengan kesyukuran. ~Mak Mah, Abg Iz & Intan.

12. Belajarlah dengan kehidupan, itu guru paling berharga. ~Intan

13. Fikir sebelum bertindak agar tidak menyesal kemudian hari. ~Danny

14. Sebuah kesilapan dibahagiakan dengan sebuah kemaafan dan penerimaan ~Intan, Peggy, Makcik Asmah, Danny, Dato' Sri & Suratman

15. Kesabaran walaupun pahit itulah jaminan kebahagiaan abadi. ~Fariza

16. Hidup bertuhankan nafsu hanyalah nikmat sementara yang memakan diri. Kesempatan dalam kesenangan orang lain menjadikan diri hanyut, tamak dan tidak bersyukur ~Adli/Anje & Tina

17. Menyedari kekurangan sendiri & menerima segala kekurangan darah daging sendiri adalah perkara rasional yang mendorong hidup bahagia. ~Intan

18. Tiada apa yang lebih agung & membahagiakan daripada mendahului ibu yang penuh kasih sayang dan menerima kekurangan anak seadanya. ~Abg Is.

19. Diam, mengalah & sabar adalah jalan terbaik berhadapan kata-kata dan tindakan manusia yang menyakitkan. ~Abg Is & Fariza.

20. Orang muda perlu diberi peluang untuk berdikari dan menghadapi cabaran sendiri. Orang tua nasihat sebaiknya dan kongsi rencah bahagia. ~Datin Sri.

21. Sahabat itu adalah yang memahami baik buruk sahabatnya, sanggup membantu ketika susah, saling menyokong perkara kebaikan, nasihat bila perlu, doakan kebaikan, sentiasa ingin sahabatnya sama bahagia & ada waktu diperlukan. Seorang sahabat tahu mana yang terbaik untuk sahabatnya. ~Ramli, Mael & Kak Tot.

22. Cinta tidak boleh dipaksa, ia hadir sendirinya. ~Danny, Intan, Bad, Fariza.

23. Bertepuk sebelah tangan jangan sampai jadi dendam. Hidup mesti terus dengan segala kebaikan. Maka kebaikan itu akan lebih berharga dari rasa cinta sesama manusia. ~Peggy

24. Kerja adalah punca halalnya rezeki yang dijaga rapi. Jadilah ketua yang memahami agar dapat bertoleransi dan dihormati.~Abg Ghani.

25. Jiran adalah saudara terdekat selepas keluarga sendiri. ~Kak Tipah.

Tahniah keseluruhan produksi #curicuricinta dan idea asal dari penulis novelnya Siti Rosmizah. 



"Drama bukan hiburan semata. 
Tengok dengan akal dan mata hati. 
Kehidupan kita juga sebuah drama realiti"

Comments

  1. seriously, aida x folo citer ni :)
    tau dari update frens di fb jer.

    ReplyDelete
  2. hehehe... kite ni sementara bulan tak busy, sekali terlayan, tu yang terlayan sampai habis episod. hehehe

    ReplyDelete
  3. suka tengok cite ni. follow dari awal sampai habis.

    ReplyDelete
  4. aah kan... kite ni bila dah mengadap 3 hari tanpa sengaja, terus laa terjebak. Lagipun tengok cara lakonan n jalan cerita boleh tahan laa..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.