Skip to main content

SIHIR SANA SINI #1

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Setelah sekian lama tak berkongsi cerita di laman ini, rasa janggal laa pulak. OK, tak nak mukadimah panjang lebar. Nak cerita pasal topik di atas je ni. SIHIR SANA SINI.

2018... Malaysia Baru, dunia semakin canggih.. pendidikan semakin mencabar... berlumba-lumba mengejar pembangunan negara dan diri sendiri. Tapi isu sihir menyihir ni masih di takuk lama. Kenapa mentaliti dan hati manusia masih tak boleh berubah? Kenapa mahu menghancurkan hidup orang lain? Tidak takotkah pada kifarah atas dosa-dosa syirik ini? Terlupakah mereka yang punya keluarga, punya pasangan, anak-anak, cucu-cucu... sama seperti orang lain? Ini bukan cerita pasal aku, tapi cerita ini berlaku disekelilingku. Allahu Robbi....

Dari Google

Janda atau Anak Dara
Anak dara ini namanya Nelly (Bukan  nama sebenar). Masih belajar. Nelly seorang yang sangat aktif, bersemangat waja dan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah. Jaga solat, jaga iman, jaga aurat... cantik dan baik. Suka membantu. 

Apa yang mengganggu hidup dia adalah, Nelly kerap histeria. Macam-macam cara dah bawa dia dapatkan rawatan di merata-rata. Nelly dan keluarganya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Islam yang bertauliah. Namun gangguannya tidak hilang serta  merta. Sembuh seketika, tak lama kemudian diganggu lagi. Perkara-perkara macam ni mengganggu kehidupan gadis ini. 

Apabila dah melalui pelbagai rawatan Islam, Nelly boleh mengawal gangguan itu dengan sendirinya. Banyakkan zikir, membaca Quran & tidak sendirian di mana-mana, adalah salah satu kuncinya. Namun, gangguannya masih ada. Cuma sekurang-kurangnya Nelly menjadi lebih kuat hati untuk menghadapi gangguan ke atas dirinya. Salah satu keistimewaan Nelly, dia boleh nampak makhluk yang ghaib. Allahu... 

Dalam banyak-banyak pusat rawatan yang Nelly pergi, pasti akan ditanya punca gangguannya. Dan rata-rata memberi jawapan yang hampir sama. Sejak kematian ayahandanya, ada mata-mata yang mula ingin mendekati ibunya. Namun, ibunya masih tidak terbuka pintu hati untuk menerima mana-mana pengganti arwah suaminya. Oleh kerana itu, ada yang tidak boleh menerima penolakkan itu, dan menggunakan jalan yang sesat untuk memuaskan hati mereka. Katanya "jika tidak dapat si ibu, dapat si anak pun tidak mengapa".


"Allahu Akbar, kenapa manusia jadi begini? 
Nafsu tu boleh dihalang. Hati perlu kuat, Akal perlu rasional."








Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.