Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Waktu nak pergi kerja, ada terdengar segmen kesihatan dalam radio IKIM.FM mengenai kanser kolon... sebelum ni tak pernah ambil tahu pun. Tapi semalam terasa perjalanan pergi kerja tu macam lama je, so, sambil drive sambil menuntut ilmu pasal kanser kolon.
Panel yang diundang tu, Ybhg. Datuk Dr. Ismail Sagap - Pakar Pembedahan Kolorektar. Jap nak google gambar dia. heheh...
Ni haa orangnya... boleh Google insan hebat ni. Antara artikel yang menarik perhatian aku adalah Improved safety in high-tech surgery dan Rakyat Malaysia terima anugerah di Scotland |
Baru aku tahu rupanya kanser kolon di Malaysia ni merupakan penyakit No.1 yang dihidapi oleh kaum lelaki. Manakala kaum perempuan lebih terkenal dengan kanser payudara. Namun, jangan seronok sangat, sebab kanser kolon merupakan kanser kedua terbesar selepas kanser payudara. Allahu Robbi....
Simptom dia paling ketara adalah pendarahan sewaktu membuang air besar. Betul kata Datuk, ramai orang yang ambil mudah mengenai kanser kolon ni. Termasuk aku lah. Sebab apa? sebaaabbbb..... ramai orang ingat *berak berdarah ni adalah buasir sahaja. (Buasir adalah satu penyakit yang boleh diubati dan bukannya kanser). Mentality kita dah menganggap yang buasir tidak berbahaya. (maaf terpaksa guna perkataan *berak supaya lebih terkesan).
Antara simptom kanser kolon adalah :
1) Pendarahan sewaktu membuang air besar - Ini adalah major simptom. So, awas kamu!
2) Keluar lendir waktu membuang air besar
3) Perubahan tabiat membuang air besar
- contohnya kebiasaan membuang air besar 1x sehari,tetapi simptom menunjukkan 3x sehari
- contohnya kebiasaan tinja/najis besifat lembut, tetapi simptom menunjukkan cair/lendir.
4) Kehilangan berat badan secara tiba-tiba tanpa diet dan senaman.
5) Salah satu simptom/kesemua simptom diatas adalah berterusan.
Perbezaan kanser kolon, keracunan makanan dan buasir.
Ketiga-tiga penyakit ini adalah melalui jalan yang sama iaitu dubur. Walaubagaimana pun, kita boleh mengenalpasti perbezaannya jika kita faham sifat dan simptom penyakit ini.
- Buasir - Penyakit/Pendarahan di dubur sahaja. Rawatannya lebih slow & steady, rawatan sekali sekala, dan jarang punca maut.
- Keracunan makanan - bersifat sementara. Simptom beberapa jam cirit-birit & rasa sakit perut biasanya semalaman. Dan akan ok selepas 3-4 jam selepas rawatan.
- Kanser kolon - sejenis ketumbuhan, simptom berterusan dan sifat kanser itu adalah merebak dan boleh membawa maut.
Antara punca kanser kolon.
1) Kurang ilmu pengetahuan- Tidak didedahkan dengan kesihatan kolon.
2) Malu & tidak ambil peduli- jika terdapat simptom, pesakit malu untuk membuat pemeriksaan dubur dan memandang remeh pada simptom yang dialami.
3) Mentaliti- kebiasaannya orang yang lebih berusia menganggap simptom adalah sakit perut biasa.
4) Takut- pesakit berasa takut untuk melakukan rawatan seperti kimoterapi, endoskopi, dll.
5) High fat diet- amalan pemakanan cara barat spt memanggang contohnya satey,steak, dll
6) Red meat yang dibakar.
7) Keturunan - Anggaran 10-15% penyebab kanser kolon. Jika ada ahli keluarga yang menghidap kanser kolon, adalah digalakkan ahli keluarga yang lain untuk turut sama membuat pemeriksaan kolon.
Sumber gambar dari Google |
Apa yang menarik minat aku ialah penerangan Datuk mengenai Polip. Aku pun baru tahu pasal polip ni. Kanser kolon ni adalah ketumbuhan kecil berasal dari Polip. Polip sebenarnya ketumbuhan asal bukan kanser, tetapi bila keturunan kita ada polip ni, besar peluang kita mengidap kanser kerana polip ni akan merebak menyebabkan kanser. Lebih 100 polip dalam tubuh bermakna pesakit mendapat penyakit melalui keturunan/genetik. Hampir 100% individu berusia 30-40 tahun akan mendapat kanser. Allahu Akhbar!
Persoalan.
- Adakah kesukaran membuang air besar (sembelit) menjadi penyebab kepada kanser kolon? -kata Datuk, ia merupakan gejala yang sedikit terlewat. Allahu!
- Adakah bagus bergantung pada Laktosa untuk membersihkan kolon? -jawapan Datuk, Laktosa adalah rawatan untuk sembelit.
- Adakah menahan dari membuang air besar menyebabkan kanser kolon?-tiada kaitan.
- Adakah amalan membuang air besar seminggu sekali selama berpuluh tahun adalah simptom kanser kolon?-Mungkin itu adalah sembelit yang kronik -Bimbang jika itu adalah kanser -Tidak berbahaya tetapi ia merupakan gejala yang perlu pemeriksaan segera dan menyeluruh.
- Adakah makan pedas juga adalah penyebabnya?-ini mungkin boleh menyebabkan cirit-birit.
- Menghidap gastrik yang lama dan hanya bergantung pada ubat.-Gastrik cuma permasalahan di saluran penghadaman di peringkat perut.
- Adakah pembersihan kolon boleh mengelakkan kanser kolon?-Pembersihan kolon selalunya untuk tujuan endoskopi.
- Mempunyai simptom yang sama dan telah membuat endoskopi, adakah perlu untuk menjalani rawatan susulan?-Ya, tetap perlu membuat check up at least 3 bulan atau setahun sekali.
- Pilihan rawatan alternatif atau moden?-Rawatan moden mempunyai bukti-bukti dan insurans. Tiada masalah jika pesakit ingin membuat rawatan alternatif. Tetapi pesakit perlu juga membuat rawatan moden. Ikhtiar. (Rata-rata pesakit yang membuat rawatan altenatif, mereka terus meninggalkan rawatan secara moden).
- Selain mengenalpasti simptom, bagaimana untuk mengetahui tentang kanser kolon?-membuat screening iaitu pengesahan kanser melalui tinja/najis.
Bagaimana mengatasi kanser kolon?
1)Menimba ilmu pengetahuan mengenai kanser kolon.
2)Mencari punca bagi gejala-gejala/simptom yang dialami.
3)Jika gejala berterusan, jumpa doktor dengan segera.
4)Amalkan high fiber diet (makan ulam-ulaman)
5) Merebus lebih bagus daripada membakar/salai.
6)Membuang air besar sekali sehari (apa yang dimakan semalam, perlu dibuang selepas 24jam)
7)Jangan malu untuk membuat rawatan kerana doktor telah terlatih dan mempunyai cara yang profesional.
"Ini sajalah sedikit sebanyak perkongsian aku pasal apa yang aku dengar dari radio. Maafkan kalau aku ada tersalah info, ini bukan bidang aku, tapi atas faktor kesedaran, aku juga ingin berkongsi dengan semua. Semoga kita semua dapat jaga kesihatan bersama-sama."~SS~
Comments
Post a Comment