Skip to main content

Wuduk & Pedicure

Assalamualaikum semua...

Itu hari, aku ada pergi pedicure & manicure.. saja laa, memanjakan diri kan... setelah penat lelah kerja... sekali-sekala aku memang suka manjakan diri dengan kerja2 macam tu... kadang2 pergi spa, massage2.... kadang2 pergi facial... macam tu laa.... 

Apa yang aku nak cerita ni, waktu aku buat pedicure tu, amoi tu kata "waaa bersih arr kaki you.... you selalu buat ini pedicure ke..?" aku jawab laa "tak selalu laa, jarang-jarang juga".... pastu dia balas "woaaa manyak bersih kaki you, macam selalu buat pedicure..." aku senyum je lah. Tak tau laa kalau-kalau amoi tu perli aku ke, kaannn..... tapi aku tengok je dia belek-belek kaki aku sambil angguk-angguk... 

Tapi kan, bila aku fikir-fikir balik mungkin ada betulnya, bukan aku nak puji diri aku, taaakkk... cuma aku terfikir mungkin betul laa kaki aku bersih walau aku memang jarang-jarang buat pedicure.... Mungkin juga disebabkan wuduk 1 hari 5 kali tu.... dan bila keluar, kita kan pakai stokin, jadi mungkin itu menyebabkan kaki itu bersih. Aku bersyukur.... nampak tak hikmah wuduk dan menutup aurat tu... Haaaa, indahnya Islam, kan?. =D 

Bukan kaki aku - Bukan tangan aku
Gambar sekadar hiasan - sumber : Pakcik Google








"Memang dari kecil lagi dah mak dah pesan, nak keluar rumah, pakai kasut. Nanti cacing masuk dalam kaki.. hehehe"

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.