Skip to main content

Anak : Anugerah & Ujian




Anak itu adalah anugerah Allah kepada hambanya. Kita juga seorang anak dan inginkan anak. Anugerah terindah ini lah yang akan membantu kita waktu kita dah meninggalkan dunia nanti. Kalau anak yang pergi dulu, dia akan menunggu ibu bapanya... kalau kita pergi dulu, anak-anak soleh solehah pasti akan mendoakan kita setiap hari... Indah kan....

Tapi nak membesarkan anak-anak?
Macam-macam ragam kan...?. Pening kepala juga nak handle lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar ni, kan...

Kadang-kadang, kita letih, rasa susah dan payah membesarkan anak-anak. Perasaan itu sebenarnya ujian kepada ibu bapa. Berusahalah untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak tanpa mengharapkan sebarang pulangan.

Bagi ibu yang bekerja, sudah pasti rasa sayu dan keterpaksaan bila meninggalkan anak-anak dibawah jagaan orang lain, kan? Tapi nak buat macam mana, keadaan ekonomi hari ini membuatkan ibu-ibu juga perlu bekerja membantu keluarga. Bila balik kerja, mesti nak balik cepat-cepat sebab nak jumpa anak, kan? Kawan-kawan aku selalu kata, bila tengok muka dan telatah anak ni, hilang penat kerja... hilang semua stress. Bestnyeeee... kan?!

Kadang-kadang ada ibu bapa yang terbawa-bawa stress tempat kerja ataupun masalah peribadi kepada anak-anak. Ye la... kita kan manusia biasa, kadang-kadang tak lepas membuat silap, kan. Ingatlah ibu bapa sekalian, seberapa teruk kita memarahi mereka, akhirnya mereka tetap berlari memeluk kita tanpa sebarang rasa dendam dan kecewa. 

Firman Allah "Dan ketahuilah , bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai  ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar" (Al-Anfal, 8:28)





"Hidup ini memang penuh ujian. Ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya."


Terima kasih-----Sudi singgah-----Sudi baca-----Sudi komen-----Happy bloging!
^____^

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.