Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua...
sekadar audit diri aku dan perkongsian bersama.
Allah berfirman "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, makad damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu: dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Al-Hujurat . Ayat :10
PENYAKIT LIDAH
Imam Al-Ghazali menyenaraikan sifat-sifat orang yang berpenyakit lidah iaitu orang-orang yang membawa kehancuran kepada perpaduan.
AL-NAMIMAH
Mengadu domba / merosakan hubungan baik sesama manusia.
Al-GHIBAH
Menceritakan keburukan orang lain dengan niat jahat sama ada kecacatan pada badannya, agamanya, keturunannya, perangainya, perbuatannya, kedudukannya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya sama ada melalui isyarat pelbagai isyarat seperti tangan, mata, godaan, celaan, tulisan, gerak laku dan segala sesuatu yang boleh difahamkan oleh orang lain.
AL-ISTIHZA'
Mengejek,mengutuk, menghina atau menerangkan kecacatan seseorang dengan tujuan untuk mentertawakannya melalui apa cara sekalipun.
Membongkar rahsia orang lain
Satu kehinaan bagi orang-orang yang berpengetahuan dan menjadi celaan di kalangan orang-orang disekelilingnya.
Hilang kepercayaan orang.
AL-FAHSH
menyatakan sesuatu yang tidak enak didengar sehingga menimbulkan perasaan sakit hati kepda orang lain yang ditujukan perkataan tersebut.
AL-KHUSUMAH
bermusuhan antara satu sama lain sehingga menimbulkan kebencian antara kedua-duanya. (merasa senang dengan penderitaan dan kesedihan orang lain).
Gembira apabila orang lain ditimpa bencana
berpuas hati diatas kegagalan orang lain serta mencari kesalahan mereka.
Akhlak mazmumah yang berkaitan dengan hati, lidah dan tingkah laku boleh merosakkan perpaduan.
"Kata-kata yang lahir dari lidah itu adalah satu doa. Maka, ucapkanlah yang baik-baik sajaa..."
Comments
Post a Comment