Skip to main content

Ditimpa musibah




Assalamualaikum.

Hidup di dunia penuh pancaroba. Itu ujian dariNYA. Menguji sejauh mana kita mengingati Yang Kuasa. Selagi mana kita hidup di bumi Tuhan ni, selagi itulah kita punya waktu untuk bertaubat. Allah kan, Maha Penyayang.

Begitu juga dengan manusia. Fitrah kita berkasih sayang. 
Ar-Rahman....
Ar-Rahim...
Allah lebih dekat daripada urat nadi dileher kita. Allah ada bersama-sama kita. Allah indahkan kita dengan sifat kasih dan sayang. macam Nabi Muhammad s.a.w ampunkan umat... itu sudah cukup membuktikan betapa baginda sayangkan ummat. Apatah lagi kita. Ramai yang menganggap "itu nabi, bukan kita.... kita tak sebaik nabi...". Betul, kita insan lemah yang serba kekurangan, tapi kita kan punya contoh. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik untuk kita. Hidupkanlah sunnah.
Susah nak buat? Takpe, perlahan-lahan laa...

Kita, ummat Nabi Muhammad s.a.w,
Kita punya hati, rasa dan akal.
Kita punya rasa kasih dan sayang.
Kita masih punya waktu untuk belajar banyak perkara dalam hidup.
Belajar untuk memaafkan, 
Belajar untuk memperbetulkan,
Belajar untuk mencari penyelesaian...

Bersyukurlah kalau ada yang menegur kita, tandanya ada yang mengambil berat tentang kita. Tak semua orang mampu berbuat macam tu. 

Marah itu tandanya sayang
Tak kasih, tak sayang
Muafakat membawa berkat
Berhentilah menyalahkan diri sendiri
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Ayuh, bangkit bersama sinar 
Kekal tabah,
Senyumlah.





"Tika ditimpa musibah, maka muhasabahlah"

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.