Skip to main content

Define Beauty


ASSALAMUALAIKUM...

Komen aku di blog Spit Out Kata :

Cantik tu mcm mana? Baiklah, bagi pendapat saya secara fizikalnya, kita adalah ciptaan Allah yang paling indah. Itu normal laa kan... Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan. Itu pun normal. kita semua sedia maklum yang hari2 kita mmg perlu bersyukur kepada Allah. Cuma dlm konteks entry awak kali ni... saya tertarik jugak laa nak komen pendapat. Kriteria2 yg awak sebut di atas tu pun normal... itu semua ciri2 kecantikan seorang perempuan. Tapi pendapat saya, kalaupun kita berkulit gelap, mata tak buntang, alis tak lebat, badan tak kurus KITA TETAP NAMPAK CANTIK ANDAI KITA PANDAI MENGGUNAKAN KELEBIHAN YANG ALLAH BAGI KAT KITA TU... 




Sambung kat blog aku sendiri laa... 

Gambar hiasan dari Google

........Aku ada seorang kawan, perempuan. Gelap kulitnya macam Negro, mata pula memang kecil, badan pun tak solid (faktor keturunan)... dia pun beberapa kali frust dan rasa rendah diri. Paling ketara sewaktu sekolah laa... Zaman sekolah dulu-dulu comot-comot je kita ni... zaman sekarang je budak sekolah pandai bergaya. Kawan aku ni kene kutuk macam-macam, Kalau aku ditempat dia pun aku tak sure sejauh mana ketabahan aku. Tapi ye laah, Allah takkan uji hambanya kalau perkara itu tak mampu kita tanggung. Allah lebih tahu, kan.

Maka kawan aku pun hidup laa sampai sekarang... (dulu2 asyik kata nak bunuh diri laa, nak terjun lombong laa...) macam-macam emosi negatif yang terbit.

Tapi akibat dia sabar maka, indahlah kenangan itu.

Habis belajar, dia pun dah kerja... jadi pergilah dia menimba ilmu yang seluas lautan tu....

Tup-tup dengan zaman serba canggih ni, aku kembali jumpa dia.

Masih gelap

Masih tidak kurus

Masih mata sepet

Masih kening jarang-jarang.

Jadi, tang mana yang berubahnya?

Ye, penampilan dia yang berubah.

Dia pandai bergaya.

Belajar make up.

Belajar fesyen.

Jadi dari situ dia mula rasa yakin dengan diri dia. Dia pergi kursus-kursus motivasi. Dan dia praktikan segala ilmu yang dia belajar.

Kini, dia telah menerima diri dia seadanya. Malah dia sangat berbangga dengan diri dia.

Rasa yakin itu telah merubah hidupnya menjadi seorang yang sangat cantik.

Kulit, walaupun gelap, tapi sangat mulus...

Make-up light tapi dia dah jumpa produk yang sesuai dengan muka dan kulitnya. Sebab tu tulus mulus je...

Gemuk? tak ada masalah. Kerana dia selalu juga buat pemeriksaan kesihatan. Dia bebas dari penyakit. Syukur.

Paling aku suka dengan dia ni, tak lokek dengan senyuman.

Manis sekali..

Pandang tak jemu, pandang tak jemu....



Kesimpulannya : Cantik itu subjektif. Kita yang menjadikan siapa kita. Kata kuncinya adalah terima diri seadanya dan yakin pada diri sendiri. Budi pekerti yang tinggi dan adab yang sopan itu mengindahkan lagi fizikal yang sedia cantiknya. 




"Dah kawen dah kawan aku tu, Moga jodoh dan bahagia dia berpanjangan.."

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.