Assalamualaikum. 15 - 18 April lepas, aku terlibat dengan program pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)... Cuaca kat sana Allhurobbi, panas amat! Terik terasa menyengat kulit ni tau! Balik dari USIM 19 - 20 April 2016 aku terus shoot pergi Istana Budaya, Kuala Lumpur pula. Balik dari KL, aku dah mula rasa tak sedap badan. Macam nak demam ni. Sakit tekak dan pedih-pedih mata. DEMAM 2016 bermula..... Malam tu, balik rumah, aku dah menggigil. Suami kata, badan aku panas sangat macam seterika. Malam tu, dia lah yang jagakan aku, lap-lap badan aku, bungkus kepala aku dengan air sejuk, supaya panas badan aku tak berterusan. Terima kasih, Terharu sangat dapat suami yang ada masa melayan aku. Rasa macam puteri pulak. hehehe bila lagi, kan. Ala, bukan suami aku baca blog aku pun, heheheh.... tapi ye lah, duk cerita2 pasal dia ni, kot2 laa dia terbatuk2 ke kan. hehehe... Esoknya dia bawa aku pergi klinik. Klinik Ummu Roihan. Paling hampir dengan rumah. Da...
Life only begins when you're truly happy