Assalamualaikum...
Jam menunjukkan jam 12.26 tengah malam. jeng jeng jeng....
Bukan cerita seram saja je.. nak kasi tau, aku tengah tunggu husband aku balik kerja..
Sementara tu, lepak depan TV sambil online... at least riuh juga rumah dengan suara dari TV kan...
Aku ada dapat satu mesej dari sahabat aku sorang ni... aku tertarik dengan mesej dia. jadi, aku nak share dengan semua rakan-rakan yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.
Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar, dan saling berteriak (meninggikan suara).
Syeikh tersebut berpaling kepada anak muridnya dan bertanya "mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"
Salah satu muridnya menjawab, "kerana kehilangan sabar, makanya mereka saling berteriak."
Syeikh terus menguji murid-muridnya "tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang tepat berada disebelahnya? Bukankah pesan yang disampaikan, boleh dia ucapkan dengan cara halus?".
Murid-muridnya saling beradu jawapan, namun mereka tidak mempunyai jawapan sepakat.
Akhirnya Syeikh berkata :
"Bila dua orang sedang marah,maka hati mereka saling menjauh. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak agar perkataannya dapat didengari. Semakin marah, maka akan semakin keras teriaknya kerana jarak dua hati semakin menjauh."
"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta."
"Mereka tidak saling berteriak antara satu sama lain. Mereka bicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara ke dua-dua hati sangatlah dekat."
"Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi?. Mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih sayang. Pada akhirnya, bahkan mereka tidak lagi perlu berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."
Syeikh memandang murid-muridnya dan mengingkatkan dengan lembut, "Jika terjadi pertengkaran diantara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuatkan hati kian menjauh kerana jika kita biarkan, suatu hari nanti, jaraknya tidak akan lagi dapat ditempuh..."
***Selepas aku hadam mesej ini, aku perhatikan sekeliling ku. Ye, ada betulnya. Jadi bila aku dah mula faham akan hati yang sedang berjauhan ini, aku cuba mengawalnya. Anda dia yang jauh, kita cuba lah rapatkan kembali. Bagaimana? Kita jangan berteriak... tapi, berlembutlah. Dan berdoalah moga-moga Allah bantu untuk dekatkan hati kita dengan hati dia...
"Marah tandanya sayang. Paling dinanti waktu hanya pandangan yang berbicara. Magic je rasa."
Comments
Post a Comment