Skip to main content

BARAQAH BEGGERS

Assalamualaikum.


Lama gila tak bagi berita... kawan-kawan pun agaknya dah ramai ingat aku tak aktif.. memang pun, tak berapa nak aktif menaip... banyak aktif outdoor. Tak banyak share cerita aktiviti aku, sbbnya dah jarang sangat dapat peluang nak menaip. Tapi hari ni aku gagahkan jugak.

Salah satu kumpulan nasyid kebanggaan aku. BARAQAH BEGGERSAsal jatuh bangunnya di Univerisiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah, diperjodohkan bertemu dengan sekumpulan mahasiswa yang asalnya ku sangka menceroboh pejabat aku. Siap soal siasat semua, rupanya mereka masuk dengan izin sahabatku. Tapi mereka seperti tiada hala tuju. Malam itu juga, mereka terus luahkan permasalahan mereka, dan dengan hati terbuka aku ingin membantu mereka. Bermula dari situ, aku menjadi penasihat mereka. Dugaannya masyaallah...Allah saja yang tahu. Nama itu pun kami cari sama-sama dan idea asal adalah daripada salah seorang ahli yang mesra dipanggil Peling.

Bermula dari Baraqah Band, yang membawa genre muzik berunsur ketuhanan. Kemudian pertama kali menyertai pertandingan di UKM membuatkan kami cabut lari sebab mmg awal-awal dah kena kick! ehheheh, pengalaman kan. 

Pastu ahli bersilih ganti. Perkara paling susah adalah nak cari ahli yang komited terhadap kumpulan, yang boleh ditegur. Yang nak belajar. Tapi siapa sangka, hari ini mereka mampu bangun dari rebah semalam. Walaupun dah 5batch. Alhamdulillah. Sekarang, Baraqah Band telah bertukar kepada Baraqah Beggers yang membawa konsep nyanyian nasyid acapella.

Apa yang lebih berharga adalah hubungan kekeluargaan kami. Nilai kasih sayang yang disemat dalam hati kerana Allah dan nasyid dijadikan medium untuk berdakwah. Moga-moga telinga yang mendengar nyanyian mereka dapat menjentik hati mereka walau pun sedetik. Moga usaha kami diredhai Allah.

KLIA2, Pergi bersama harapan.

Top3

Selepas dinobatkan Naib Juara

Bergambar bersama pemenang Top3

Bergambar dengan Mr. Bie


Pergi bersama harapan,
Pulang membawa kejayaan...

Comments

  1. Semoga dipermudahkan dan berjaya... Salam ukhwah dan blogflying ke sini..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Capt Pepatung.. heheh =D

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.