ASSALAMUALAIKUM...
Salam Jumaat penuh baraqah.
Dalam kesibukan dan kepeningan aku bekerja... aku ambik sedikit masa rehat untuk taip 1 entry.. Sekarang aku sibuk dengan urusan kemasukkan pelajar-pelajar baru di tempat kerja aku. Office aku ni pun dah macam office dorang. Keluar masuk kesuka hati... tanpa dapat dihalang lagi.. gitewww...
GOOGLE JE... |
Ok berbalik pada tajuk.
Aku ada impian aku sendiri. Aku ada kemahuan kita sendiri. Aku berusaha... Aku berdoa... pagi petang siang malam.... tak cukup dengan tu, aku bangkit mendirikan solat-solat sunat terutamanya solat hajat. Meminta Allah menunaikan kemahuan aku.
Aku terus berusaha dan berdoa....
Terus-terusan.... sehingga satu masa aku rasa kenapa aku masih belum dapat apa yang aku nak?
Kenapa Allah belum tunaikan???
Jangan menyalahkan Allah.
Perasaan dan fikiran begitu memang normal. Normal bagi kehidupan manusia. Allah kurniakan otak supaya kita berfikir. Suara-suara dalam diri mengiang-ngiang diminda... Jangan diikut suara-suara itu. Itu hanya bisikan syaitan yang turut berusaha menyesatkan aku.
Aku pun terus berusaha dan terus berdoa.
Tapi masih belum tertunai...
Aku pun terus berusaha dan berdoa.
Sehingga sampai satu waktu aku rasa Allah tak mendengar pun doa aku pun. Astagfirullahaladzhim...
Itu hanya andaian jauh di sudut hati, walaupun aku sebenarnya pasti, Allah itu Maha Mendengar.
Suatu hari, aku diuji.
Berada di hutan.
Handphone dah habis bateri.
Esok perlu bangun seawal 4pagi.
Macam mana ni???
(Selalunya bergantung pada 'alarm handphone')
Seperti biasa, sebelum tidur, aku berwuduk.
Istigfar, syahadah, dan doa.
Doa saja....
menyerah sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada bantuan Allah
Moga Allah kejutkan aku tepat pada waktunya.
Alhamdulillah.
Esoknya,aku bangkit seperti waktu yang aku kehendaki.
Sebenarnya Allah sentiasa mendengar.
Allah Maha Mendengar.
Berbaik sangkalah pada Allah
Tak mengapa.
Aku mula audit diri ... mencari dimana kesilapan yang ada...
Aku lihat dalam diri, mungkin ada cela yang harus dibaiki.
Aku cerminkan diri,
Upgrade segala yang ada.
***Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
**Aku. Hamba paling kerdil yang sentiasa perlu sedar untuk perbaiki diri.
aku pun selalu merungut, kenapa Allah tak bagi apa yang aku nak, padahal Dia kata mintak je apapun kat Dia...
ReplyDeletehurm...tapi leka, padahal Dia yang bagi nafas sampai harini, masih tak bersyukur..
Biasalah.. kita pun manusia.. Bersyukur kerana kita masih ingat dia...
ReplyDeleteSubhanallah...
kadang selalu jugak merungut. kenapa itu, kenapa ini. tak habis2 merungut. tapi sebenarnya sy buta. Allah dah bagi macam2, tapi diri sendiri asyik merungut je. jahil betul rasanya. sy cuba tanam dalam diri, macam mana Allah nak bagi itu ini kalau kau sendiri belum cukup usahanya ke arah itu. kadang apa yang kita nak tak dapat, tapi Dia bagi kita benda lain. ada sebabnya mengapa Dia buat macam tu. cuma kita manusia yang tak pernah berhenti mengeluh. my bad..
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeleteJangan lupa join segmen ABM juge
http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html