Bismillahirahmanirahim...
Sekian lama aku tak menatap blog aku ni... memang tak de apa yang menarik pun, tapi ye lah, dah memang minat menulis dan menaipkan. Tapi tak ada masa yang lama untuk aku mengadap. Jadi kesempatan ini saja, kerana terlalu rindu dan gian nak menaip entry.
Dah lama juga tak singgah blog kawan-kawan, maafkan aku.
Pengurusan masa aku masih belum stabil. Kerja, kerja, kerja! Aku tak mengeluh ni tau. Malah aku suka. Aku memang gila kerja, kerana dengan bekerja aku mendapat kepuasan hidup yang maksimum.
PERHUBUNGAN
Bila kerja, aku sebagai manusia ni masih dapat berinteraksi sesama manusia. Dunia sekarang kan dah canggih, duk sebelah-sebelah pun nak ber'wassup' ber'message'. Tapi dengan kerja aku, handphone boleh simpan dalam beg dan aku boleh tumpu pada perhubungan dua hala antara aku dan pelajar-pelajar aku.
MASALAH
Bila kerja, aku akan berdepan dengan banyak masalah dan kepuasan maksimum aku bila aku dapat atasi semua masalah tu. Masalah itu kan cabaran. Walau kadang teremosi, tapi alhamdulillah, aku dapat atasi dengan tenang. Malah akan memudahkan urusan orang lain. Melihat orang lain gembira, cukup membuat hati aku berbunga-bunga.
WAKTU
Aku lebih sukakan waktu malam daripada waktu siang. Memang daripada kecil lagi dah, aku memang suka berjaga malam. Zaman sekolah dulu pun, aku lebih hyperactive bila waktu malam. Jadi aku kerja pagi waktu pejabat sehingga jam 5.30 petang. Kerja-kerja2 menaip, perbincangan bersama pelajar, kemas aset-aset unit aku... lepas waktu pejabat, aku mengajar. Pelajar pun akan ada banyak waktu untuk latihan pada waktu malam. Jadi kelas aku bermula selepas Isyak dan paling lewat kelas aku berakhir pada jam 3.00 pagi.
FOKUS
Bila mengajar aku jadi fokus. Lagipun buat sesuatu yang kita minat, akan membuatkan kita puas. Kalau ada masalah yang berkumpul di benak fikiran, dapat aku lupakan seketika dan memberi nafas kepada otak aku untuk berfikir. Kadang-kadang bergelak ketawa dengan pelajar membuatkan aku rasa bahagia. Ketawa kan penawar duka... ecehh ceehhh...
"Hidup ini banyak perlu belajar. Perjalanan yang sentiasa ada ranjaunya. Tenanglah diri. Allah ada bersama.
Ingat Allah, hati akan jadi kuat".
Comments
Post a Comment