Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

MEMBERI

  Google Mereka mengajarku memberi. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi biarlah ikhlas. Memberi barang, Memberi wang, Memberi makan, Memberi bantuan.... Memberi ilmu, Memberi idea... Memberi apa saja dengan ikhlas. Memberi seada mampu. "jangan berkira sangat la..."

Bergedil Ikut Suka Hati

Bismillahirrahmanirrahim.... Hari ni hari Sabtu. Jarang aku cuti hari Sabtu sebab hari Sabtu aku selalu je kerja ... Apakan daya bila kerja macam ni, tanggungjawab kenalah pikul dengan seikhlasnya. Masih menunggu masa untuk pengurusan masa diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah, hari ni dapat la cuti separuh hari. Dari pagi sampai laa jam 4.00 petang menguruskan rumah tangga. Basuh-membasuh baju, kemas-mengemas rumah, masak-memasak. Hari ni bikin bergedil. Ambil kesempatan ni untuk kongsi dengan kamu semua ye.. Awal-awal aku bagitau, aku main hentam je ni. Tak reti nak sukat-sukat.. sebab selalu ikot sedap rasa hati je nak campak-campak. Heheheh.... "Masak dari hati, masak with iman" bak kate Chef Amar. hehehe

IKHLAS

Kita tolong orang, Orang tolong kita. Kita sayang orang, Orang sayang kita. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi jangan mengungkit. Memberi jangan minta dibalas. Memberilah dengan ikhlas. NIAT . IKHLAS.

HORMAT

Kita membesar dewasa & berubah mengikut peredaran masa dan pengaruh alam sekeliling kita.  Kita yang dulu bukan lagi yang sekarang. Semuanya kerana asuhan, didikan, cara hidup & pengalaman yang berbeza. Uniknya, antara kita memang berbeza. Hormati sesama manusia. Hormati caranya. Caranya, hormat.

TENANG

.......kadang-kadang sesuatu perkara itu memang susah kita nak lupakan. tapi walau kita tak boleh lupakan terus... sekurang-kurangnya kita lupakan seketika pun sudah mencukupi untuk memberi ruang otak kita bernafas... & kembali tenang serta boleh berfikir dgn baik... Pengalaman hidup menjadikan kita seorang yang kuat, tabah n sabar ... itu yg lebih penting, buat bekalan kita di hari esok.. Hidup di dunia bukannya senang.. banyak cabaran, banyak halangan... hanya kekuatan akal dan hati yang akan membuatkan kita lebih tabah dan sabar... TAHNIAH utk MEREKA yang berjaya menghadapinya.

SSn1