Assalamualaikum wbt.
Insyaallah pada hari ini, matahari
akan berada tegak di atas Ka'bah (fenomena istiwa') pada jam 5:16 petang.
Justeru, kita semua berpeluang untuk menyemak arah kiblat rumah / pejabat kita
melalui bayang-bayang objek yang tegak, seperti tiang rumah, atau benang yang
kita gantung di atas sesuatu.
Caranya ialah:
1. Perbetulkan jam anda tepat pada
waktu yang standard (semak di talian 1051)
2. Pastikan objek yang betul-betul
tegak 90 darjah di lokasi yang ingin anda semak. Cadangan terbaik ialah
bayang-bayang rumah kita sendiri, atau di tempat lapang, ikat tali/benang di
atas tripod, dan letakkan batu ladung/pemberat di tali/benang berkenaan
(kekurangannya ialah tali/benang tersebut mungkin akan bergerak).
3. Sediakan pen marker.
4. Tepat jam 5:16 petang, 28 Mei
2013, dalam tempoh lebih kurang seminit setengah sahaja, dengan menggunakan pen
marker, tandakan bayang-bayang tersebut (garisan lurus tegak). Bayang-bayang
akan cenderung ke arah timur. Arah qiblat yang tepat ialah ke bahagian barat.
Anda juga boleh mengambil gambar foto bayang-bayang bangunan dari tingkat
bangunan yang lebih tinggi. Itulah arah qiblat sebenar anda.
Ingat, pastikan anda perbetulkan jam
pada waktu yang tepat, serta fenomena ini hanya berlaku mulai jam 5:16 petang,
selama lebih kurang seminit setengah sahaja.
Sedikit vodcast panduan ringkas
langkah praktikal untuk membuat semakan, boleh rujuk :
Ala, terlepas.. Huhu~~
ReplyDelete