Assalamualaikum wbt. Insyaallah pada hari ini, matahari akan berada tegak di atas Ka'bah ( fenomena istiwa' ) pada jam 5:16 petang. Justeru, kita semua berpeluang untuk menyemak arah kiblat rumah / pejabat kita melalui bayang-bayang objek yang tegak, seperti tiang rumah, atau benang yang kita gantung di atas sesuatu. Caranya ialah: 1. Perbetulkan jam anda tepat pada waktu yang standard (semak di talian 1051) 2. Pastikan objek yang betul-betul tegak 90 darjah di lokasi yang ingin anda semak. Cadangan terbaik ialah bayang-bayang rumah kita sendiri, atau di tempat lapang, ikat tali/benang di atas tripod, dan letakkan batu ladung/pemberat di tali/benang berkenaan (kekurangannya ialah tali/benang tersebut mungkin akan bergerak). 3. Sediakan pen marker. 4. Tepat jam 5:16 petang, 28 Mei 2013, dalam tempoh lebih kurang seminit setengah sahaja, dengan menggunakan pen marker, tandakan bayang-bayang tersebut (garisan lurus tegak). Bayang-bayang akan cen...
Life only begins when you're truly happy