Assalamualaikum kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah lagi...
Lagi sambungan kisahku di Thailand.
Ini kisah aku sebelum ni :
Pengembaraan di Hatyai bermula .......
Kami bangkit dengan penuh semangat. Semangat nak
shoping sebenarnya. ehheheh. Ramai dah tunggu di lobby. Nampak gayanya
ada yang lebih bersemangat daripada aku ni! hehehe... Bila semua dah naik bas,
kami pun pusing-pusing la di bandar Hatyai.
Cuba kamu orang tengok kabel di negara ini.
Berselirat! Aku pun tak tahu laa macam mana kalau ada lintar pintas, tak tahu
macam mana nak bezakan antara satu persatu wayar tu. Mungkin Thailand ada cara
tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Ataupun tak pernah ada pintasan
letrik? Siapa tahu?
Cuba kamu orang tengok pakcik/makcik ni pula.
(Aku gagal mengesan jantina). Dengan selambanya dia menjual kalungan bunga di
tengah-tengah jalan raya. Ish... aku pulak yang berdebar. Dia tak hiraukan
kenderaan berhenti atau bergerak. Di sini peraturan jalan raya tak ketat macam
di Malaysia. Semuanya nampak tiada masalah.
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama
kami iaitu ke Prince Of Songkla University (PSU). Tujuannya lawatan budaya.
Meneroka apa perbezaan di sini berbanding di Malaysia untuk penambahbaikan
kita bersama.
Kami mendengar penerangan yang disampaikan oleh wakil
pelajar PSU. Turut hadir pegawai-pegawai universiti. Prince of Songkla University adalah universiti
pertama di Selatan Thailand. Ia
mempunyai 14 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian yang terdiri
dari mahasiswa dalam bidang kedoktoran.
Pelajar di sini kebanyakannya tinggal di dalam kampus. Ada juga yang tinggal di
luar kampus tapi untuk datang ke kampus, mereka hanya menaiki tuk-tuk / teksi
ataupun motor. Tidak ada kereta yang dipandu pelajar ataupun bas. Patutlah aku
jarang nampak bas yang lalu. Kalau ada pun, mungkin bas tourism. Yang banyak
adalah tuk-tuk. Lepas meninggalkan dewan ni, kami melawat sekitar kawasan PSU.
Inilah rupa tuk-tuk yang ada di PSU. Semuanya warna biru.
Ini adalah kantin PSU. Aku tengok dah
ala-ala R&R di tempat kita.
Gelanggang badminton & bola
keranjang. Ada 2 gelanggang di sini.
Ini peralatan yang ada di sebuah
bilik gym yang besar dan besih. Nampak pengudaraan yang baik. Tapi aku tak
pasti bilik ni digunakan atau tidak memandangkan peralatannya banyak yang
berkarat. Sayanglah kalau tak digunakan. Bilik ni nampak macam lengkap.
Haaa...Kampus mereka siap lengkap dengan kolam renang lagi, ala-ala Olimpik tau! Memang luas.
Tengok cash money place mereka. Penuh dengan iklan bertampal. Kalau kampus dalam Malaysia aku tak sure ada macam ni atau tak. Harap-harap tak ada lah ye...
Ini asrama tempat penuntut PSU tinggal. Setiap bilik ada ampaian masing-masing.
Kalau di Malaysia, kita memakai uniform sekolah paling lama pun sampai form 6. Tapi di sini, walaupun anda masih penuntut Universiti, anda wajib memakai uniform. Kalau lah di Malaysia ni, semua penuntut IPTA/S pakai uniform, agak-agak mau tak?
Sebelum balik, kami makan di kantin PSU dulu. Mereka menghidangkan nasi ayam dengan kopi O ais.
Kopi dia, sedaaapppppnyaaaaaa!!!!!
Di kantin ni, segala pinggan mangkuk dan sudu garfu diasingkan kepada Muslim dan Non Muslim.
Salah satu cara untuk recycle botol-botol minuman plastik.
Macam biasa. Gambar kenangan.
Ok kawan-kawan. Sampai kat sini dulu lah ye... Next time cerita lagi...
Happy Blogging!
wayar elektrik berserabut.hehe
ReplyDeletelawanya kampus mereka, tapi upm pun lawa juga.hehehe
bagusnya ada makanan halal dan diasingkan segala peralatan
^^
Pengalaman berharga ni
ReplyDelete