Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Dari Thailand ke Indonesia

Assalamualaikum ... Aku memang agak sibuk di penghujung tahun ni.. 13 -18 Disember 2012, Aku ke Thailand. Ada khidmat komuniti di sana.  Patung Duyong ni antara gambaran yang sinonim dengan Thailand. Siapa-siapa yang menjejak kaki ke Tanah Siam tu, pasti akan ke sini... * * * * * * * * * * * * * * * * * Kemudian sehari pulang dari Thainland, tanggal 19 - 23 Disember 2012 Aku ke Kepulauan Riau. Menjejak sejarah kesultanan Pahang.  Masjid di Pulau Penyengat, kalau dah di Kepulauan Riau, aktiviti wajib tentu sekali singgah di Pulau Penyengat dan Masjid Penyengat ini adalah tarikan utama di sini.  Next time, dah free-free aku cerita lagi pengalaman di dua negara ini ye. ^___^

SHORT TERM MEMORY LOST

Tengah sibuk-sibuk siapkan kertas-kertas kerja... Tiba-tiba ada agent call... Aku pun jawab call... Perbincangan yang melibatkan angka & masa .... Aku kelam kabut kat mana nak catit butiran perbualan... Ah, capai saja apa ada depan mata sementara pen masih ada di tangan... Catit.... berbual....catit....berbual.....catit...berbual... "Ok, terima kasih encik..." berakhir dengan senyuman. Ganggang diletakkan. Kembali siapkan kertas-kertas kerja... Teringat pasal perbualan dan catitan dengan agen tadi... Yang perlu dimasukkan dalam kertas kerja.. "Eh, kat mana aku catit tadi...???" Sekian, terima kasih. ^^,

Wordless Wednesday #13

Surprise Holiday!

Aku sekarang sedang merancang sebuah percutian bersama orang tersayang. Siapa lagi, suami aku lah!. Birthday dia dah tak lama. Ini sebagai hadiah untuk suami aku. Cadangnya bulan Januari 2013. Dimana? Itu biarlah rahsia dulu. Suami aku pun aku tak bagitau . Yang tahu hanya aku dan kawan-kawan yang menolong aku merancang destinasi kami. Tinggi harapan aku supaya percutian ini berjaya.  Aku dan suami bekerja tak tentu masa. Kadang-kadang tumpuan kami lebih kepada kerja masing-masing daripada meluangkan masa bersama. Perkahwinan baru berusia hampir 6 bulan. Kadang-kadang aku outstation, bila balik dia pulak outstation. Kadang-kadang tak sempat jumpa. Bila balik outstation, banyak kerja nak kene siapkan kat rumah. Sejak kahwin belum honeymoon mana-mana. (Honeymoon bagi aku bercuti berdua. Meluangkan masa rehat bersama-sama). Yang penting jauh dari kerja. Jauh dari segala tekanan. Sejak kerja dengan events ni, aku dah jarang bercuti. Dulu-dulu masa riang ria ...

SSn1