Assalamualaikum..
Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry.
Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber GOOGLE.
MEMPERKENALKAAANNNNNN ......
'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'
Tarraaaaa aaaaaaaa
Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata, leher, bawah ketiak, celah paha, dalam hidung, dalam telinga dan lain-lain lagi. Malas aku nak taip panjang lebar semua lipatan yang ado... heheheh
Bila dia dah terkam kat kita punya urat darah tu, apa lagi, kita akan rasa apa anak-anak...,? Ye, betuuulll... kita akan rasa saakkiiittt yang amaaaatttt... Sakitnye tu Ya Allaaaaah. Sakit amat! Contohnya kalau kene kat belakang telinga, satu kepala rasa sengal, kebas-kebas. Kalau kene bawah ketiak, gerenti, satu lengan, satu badan rasa sakit yang memberat... Wilayah sakitnya memang besar kalau nak dibandingkan dengan satu gigitan dia.
Sekecil-kecil dia ni, bila hisap darah, boleh jadi lebih besar daripada bijik betik! Tapi tak kan lah kalau dah kene nak biarkan dia besar mcm tu kan... Kang kata kita ternak dia pulak. Diri kita yang sakit... Petua orang-orang tua... dari Nyang aku, taruk air tembakau kat dia. Nanti matilah dia tu.
Tu baru mukadimah aku. Panjangnya mukadimah! hehehe. Ni aku nak cerita pasal pengalaman aku kene binatang ni. Masa tu aku darjah 3. Kecil lagi la...Suatu hari aku rasa sakit dalam telinga. Macam ada sesuatu yang masuk dalam telinga. Bergerak-gerak. Geli-geli yang menyakitkan. Bila aku bergerak, makin sakit rasanya... Ya Allah, Dia saja Maha Mengetahui betapa sakitnya yang aku rasakan. Aku bagitau mak aku, aku bagitau nenek aku. Kata mereka mungkin semut masuk dalam telinga. Mak pun masukkan minyak dalam telinga aku dengan harapan semut tu akan mati dan keluar... Tak de lagi lah mengganggu dalam telinga anak dia sorang ni. hehehe.... jangan salahkan semut ye..
Tapi sakit tu masih rasa lagi. Makin lama makin sakit sampai aku menangis tak berhenti dah. Aku cuma tidur saja. Tapi tidur pun jadi tak lena sebab sakit dalam telinga bila dia bergerak2. Abah balik dari kerja. Mak dan nenek bagitau abah. Abah bawa aku ke klinik malam tu. Doktor cuma bagi ubat titik dan ubat makan. Kata doktor cuma bengkak dalam telinga saja. Semuanya lega. Aku hanya makan ubat yang akan buat aku mengantuk, dan aku cuma titiskan ubat dalam telinga. Selera makan memang dah hilang bila sakit-sakit macam ni.
Sakit tak kurang-kurang juga. Pak su aku sengaja takutkan aku. Katanya kalau dalam telinga aku ada ulat, aku kena potong telinga. Apa lagi makin sakit aku rasa. Aku memang tak boleh bergerak langsung. Waktu aku tak bergerak tu, aku masih rasa sakit juga. Abah bercadang kalau dua, tiga hari tak baik-baik juga, abah nak bawa aku pergi Hospital Pakar. Jumpa Pakar Telinga.
Sampai kat sana, doktor chek telinga aku. Katanya ada 'ULAT'. Terkejut aku sebab terngiang-ngiang kata paksu aku. Habislah aku kene potong telinga. Mak juga terkejut. Mak terus tanya doktor, "Ulat ke, kutu babi?" Doktor terketawa sikit. "Ye, ye. Kutu babi". Fuuuhhhh, aku lega sebab tak kena potong telinga. Heheheh... Then, doktor tu suruh aku baring. Dia nak buang Kutu Babi yang ada dalam telinga aku. Yang katanya hampir dengan gegendang telinga aku. Doktor sembang-sembang sambil suntik aku. Bius!. Pandangan ku makin lama makin kabur dan terus............BERMIMPI.
Aku tak tahu apa jadi ngan aku. Yang aku tahu aku mimpi naik Rollercoaster! ehhehe, pusing pusing... dan pusing pusing atas bawah! atas bawah! Pusing pusing atas bawah... Akhirnya aku hanyut dibuai mimpi naik rollercoaster. Bila aku sedar, pandangan aku jadi kabur-kabur.. aku melalut-lalut.... Cakap ntah apa-apa. Aku ingat aku pening sbb naik roller coaster tu. Macam real je mimpi tu. hehehe... Sampai ke hari ni aku masih ingat mimpi tu tau!
Aku memang tak boleh jalan. Kuat sangat ubat bius doktor tu bagi aku. Abah yang dukung aku. ehheh... Akhirnya selamat telinga aku. Doktor tunjukkan rupa Kutu Babi yang menginap dalam telinga aku hampir seminggu! Besar kot! Aku beransur sihat. Kenangan ini aku tak kan lupa sampai bila-bila la.... TAMMAT.
Terima kasih sudi singgah,
Sudi baca, sudi comment
^___^
Tapi sakit tu masih rasa lagi. Makin lama makin sakit sampai aku menangis tak berhenti dah. Aku cuma tidur saja. Tapi tidur pun jadi tak lena sebab sakit dalam telinga bila dia bergerak2. Abah balik dari kerja. Mak dan nenek bagitau abah. Abah bawa aku ke klinik malam tu. Doktor cuma bagi ubat titik dan ubat makan. Kata doktor cuma bengkak dalam telinga saja. Semuanya lega. Aku hanya makan ubat yang akan buat aku mengantuk, dan aku cuma titiskan ubat dalam telinga. Selera makan memang dah hilang bila sakit-sakit macam ni.
Sakit tak kurang-kurang juga. Pak su aku sengaja takutkan aku. Katanya kalau dalam telinga aku ada ulat, aku kena potong telinga. Apa lagi makin sakit aku rasa. Aku memang tak boleh bergerak langsung. Waktu aku tak bergerak tu, aku masih rasa sakit juga. Abah bercadang kalau dua, tiga hari tak baik-baik juga, abah nak bawa aku pergi Hospital Pakar. Jumpa Pakar Telinga.
Sampai kat sana, doktor chek telinga aku. Katanya ada 'ULAT'. Terkejut aku sebab terngiang-ngiang kata paksu aku. Habislah aku kene potong telinga. Mak juga terkejut. Mak terus tanya doktor, "Ulat ke, kutu babi?" Doktor terketawa sikit. "Ye, ye. Kutu babi". Fuuuhhhh, aku lega sebab tak kena potong telinga. Heheheh... Then, doktor tu suruh aku baring. Dia nak buang Kutu Babi yang ada dalam telinga aku. Yang katanya hampir dengan gegendang telinga aku. Doktor sembang-sembang sambil suntik aku. Bius!. Pandangan ku makin lama makin kabur dan terus............BERMIMPI.
Aku tak tahu apa jadi ngan aku. Yang aku tahu aku mimpi naik Rollercoaster! ehhehe, pusing pusing... dan pusing pusing atas bawah! atas bawah! Pusing pusing atas bawah... Akhirnya aku hanyut dibuai mimpi naik rollercoaster. Bila aku sedar, pandangan aku jadi kabur-kabur.. aku melalut-lalut.... Cakap ntah apa-apa. Aku ingat aku pening sbb naik roller coaster tu. Macam real je mimpi tu. hehehe... Sampai ke hari ni aku masih ingat mimpi tu tau!
Aku memang tak boleh jalan. Kuat sangat ubat bius doktor tu bagi aku. Abah yang dukung aku. ehheh... Akhirnya selamat telinga aku. Doktor tunjukkan rupa Kutu Babi yang menginap dalam telinga aku hampir seminggu! Besar kot! Aku beransur sihat. Kenangan ini aku tak kan lupa sampai bila-bila la.... TAMMAT.
Kasih ayah sepanjang masa.
Kasih nenak bersama petua,
Kasih paksu bergurau senda."
Terima kasih sudi singgah,
Sudi baca, sudi comment
^___^
bahaya nye kutu babi nie . haishhh
ReplyDeleteAah... sangat bahaya
DeleteDekat rambut boleh kena ke ?
DeleteKutu babi ni tak duduk atas rambut. Boleh jadi dia kena di kulit kepala. Kau kat rambut tu kutu rambut.
Deleteee..bahaya!
ReplyDeleteaah.. mmg bahaya pun... kalau kene gegendang telinga.... fuhhh.... dah laa kecik.. menyakitkan mcm rasa lumpuh anggota.
Deletebahaya kan kutu babi ni?kucing2 sy kt kg slalu wt balik kutu babi ni..
ReplyDeleteAah.. bahaya... tu salah satu pembawa laa.. rajin2 laa mandikan kucing awak... =D
Deletewahhhh kalau ak dia dlm telinga aku mesti ak pkai earphone bagi dia dgr music kuat2 mana lah tau dia nk keluar lps tu..
ReplyDelete(tak kena bole la ckp besar)
hahahha.... pastu di menari2 mcm disko dlm telinga ko kan... ehh.. rasa seronok pulak buat telinga ko jadi kediaman dia. ehheheheh
DeleteOhoiiii... masuk dlm telinga plak tu.. Dah seminggu plak tu. Seram betul. Saya pun pernah kena masa skolah menengah kat SMART. Masa tu dok hostel. Dia gigit kat tepi lutut. Kutu Babi ni kalo dia gigit pastu kita cabut masa gigi dia masih tertinggal kat situ, faedahnya, rasa gatal2 tu akan lama. Mcm saya, bila dah nmpk ada makhluk tu kat tepi lutut, terus je rentap. So, mmg gatal dia jgn cerita la. Smpai skrg pun, kat tempat yang sama tu, kalo cuaca terlampau panas ke, atau saya tersilap makan apa2 ke, bintat tu akan naik kat situ.
ReplyDeleteaah... dia boleh meninggalkan parut jgk tu... mmg bahaya binatang ni.. dia akan hisap darah sampai jadi gemuk mcm bijik betik. tapi kalau tak buang, comfirm kaki awak mcm orng lumpuh... sakit sengal... kebas... kalau dibuang mcm tu mmg sakit, gatal2.. dan berkesan la.. paling best kalau terjumpa yang sedang berlegar2 time tu dapat, terus picit smpai mati. heheeh
Deletebahayanya siap mustautin kat dalam tu seminggu.. nasib dapat detect awal kalau tak lagi membesar bagaikan johan dia kat dalam tu
ReplyDeleteFuhhh... masa tu kecik2 kaannn... mujur laa abah bawak pergi hospital terus.....
Deletepasti menjadi kenangan sampai bila2 kan...
ReplyDeletesampai ke tua comfirm tak kan nyanyok hal ni.. hehehhe
Deleteeeeeeeeeeee gelinya bila bc.. nasib baik telinga oke.. bahya jugak eyh.. first time dgr ni.. huhuh.. thx for sharing dear.. rinduuuu lama awak tak update hehe
ReplyDeleteaah,.. mmg geli... heheh, sharing pengalaman je ni....
DeleteAah.. mmg dah lama saya tak buat entry baru...
aku geli baca. salah satu faktor kegelian adalah namanya.yang kedua dia macam lintah.melekat kat kulit hisap darah je kejenye..
ReplyDeleteaah.. nama dia pun dah geli kan. heheheh.... betul, hidup utk makan! hahahah
Deleteanak aku baru kena, baru 2tahun lebih,selalu bila tanya je dia ckp tk sakit...dia tk nk bg aku usik telinga dia..aku dah hilang sabar dgn kutu ni,kesian kt anak aku tu, selalu ceria jer,ni asyik nk meragam jer...aku harap2 menatang tu keluar cepat...my lovely putri nur elisya...sabar yer hadapi dugaan.....
ReplyDeletemoga anak awak selamat dari menatang kecik yang bahaya ni.... orang dewasa pun sakit apatah lagi budak2...
DeleteKutu babi smggu dlm tlinga awk x brtlur ke?
ReplyDeleteAah... seminggu... seingat saya dah bertelur... warna hitam bintik2 mcm habuk.. tapi nasb baik doktor dpt selamatkan....
Deletesalam..aq pon bru kena serangan kutu babi ni..kt bwk ketiak n celah peha..sakitnye,,,gatal yang amat sangat..aku kena sblum puasa..klu cuaca panas n pas bru mkn makanan laut gatal2 mule la naik...masa tu hanya Allah saja yg tahu.
ReplyDeleteuuuiiihhhhh....
Deletemmg seboleh2nya nak elak binatang kecik ni...
kalau dia ada sekor pun, bising sekampung kami sekeluarga... punyalah nak berhempas pulas nak bunuh dia... sbb boleh membawa mudarat...
eee... bahayanya takutla sebab selama ni ada rasa gatal-gatal kat kepala tapi tak taula tu kutu babi ataupun tak...
ReplyDeletedia bukan setakat gatal2... tapi sakit mcm tak boleh sentuh area tu.... sakit dia tu... tak reti laa saya nak gambarkan... mcm sengal2.. mcm tu....
Deletebahaya nie ... dh la kutu, babi plak tu... ish3
ReplyDeleteaah... dua nama dia yang cukup ngeri... hehehe
DeleteMcm mba lah yg masuk dalam mata ek
ReplyDeletehuh... yang tu mmg tak tergambar...
ReplyDeleteSaya nak tanya kutu babi ni kat mana ye? Sbb saya nk balik kampung risaulah pulak....dan mcm mne nak elakkan menatang tu???
ReplyDeleteSaya nak tanya kutu babi ni kat mana ye? Sbb saya nk balik kampung risaulah pulak....dan mcm mne nak elakkan menatang tu???
ReplyDeleteselain jumpa dokter n air tembakau, ada tak kaedah lain nk buang sikenit ni sepenuh nye?
ReplyDeleteKutu babi ni biasanya terdapat di kawasan kg yang berhampiran dengan hutan/semak/belukar.... Kalau ada pernah ternampak babi hutan ke.. tapak kaki dia ke... maka, berjaga-jaga lah.
ReplyDeleteErr... setakat ni yang saya tahu air tembakau & jumpa doktor... kaedah lain belum saya tahu... =)
ReplyDeleteTapi kalau jelas n nyata nampak susuk tubuhnya, amik saja dia dan picit kasi mampus... cuma kesan gigitannya tu, kena laa letak ubat.
Letak ubat ape ye awk klau giginye trtinggal kat dalam.. Hmm dpt cabut badan die je.
DeleteTelinga tak leh dengar tak masa kutu tu dok hisap darah?
ReplyDeleteHospital kerajaan pun boleh pi?
ReplyDeleteTahun ni 3 org dalam family kene gigit kutu babi.., hailor serik pun ade
ReplyDeleteBaru je kna gigit. Mula2 ingt npe rs sakit2.tgk2 ad bntng tu..cabut smpai skung rs sakit n gatal2..huk2
ReplyDeleteawangiman : dengar je.. Telinga tak pekak, cuma rasa terganggu mcm ade benda gerak2 dlam telinga... tu je...
ReplyDeletehospital kerajaan pun boleh pergi... terus pergi Emergency laa sebab benda ni tak boleh tangguh2, takot makin dalam dia berjalan, kalau dah smpai gegendang... itu yang ngeri..
Therina Jopri : uuiihh memang serik pun... aku ni sampai ke tua mcm ni pun aku masih rasa serik lagi tau.. huhuhu.... penangan si kecik kutu babi ni...
ReplyDeleteNur Atiqah Mohd Basri : kalau tak masuk ke tempat terselindung tu tak pe... kawasan yang nampak ok lagi... tapi kalau jumpa dia, rasa berdendam betul! heheh
ReplyDeleteOhh.. Sakit woo.. Baru lepas kena. Dia duk kat tepi cuping. Smpai ke leher rasa sengal. Tak tau binatang apa.. Ingatkan daging tumbuh.. Dah 3 hari perati betul2 mcm berkaki. Tu yg cabut sendiri.. Kenyang hisap darah smpi hitam2.. Huh!
ReplyDeleteShushi and Capuccino.. huhuhu.... sakit tu aku mampu rasai lagi.... mmg berparut jugak laa tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMy daughter 3 tahun baru kena betul2 di bawah kelopak mata dia (pangkal bulu mata), terkena dari kampung minggu lepas. Dah 4 hari baru kesan, sebab matanya makin bengkak merah. Tengok2 tersedar ada kutu warna kelabu melekat dekat area tu. Susah betul nak bawa keluar. Last2 bawa ke klinik, 3 orang pegang badannya kerana nak sepit keluar kutunya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah ok. Sekarang kena pakai ubat mata dan sapu shj. Dendam pada kutu tu memang tersangatlah dalaaam. Kalau jumpa lagi mau mau dicincang 35 potong.
Skrg pn sy tgh menderita sakit kesan kena gigit kutu babi kt dlm tlinge.sakitnye lg kuat lps di buang kutu babi tu.x blh nk sntuh tlinge ni..Aduuii smpai bile sakit ni nk baik ye???
ReplyDeleteSaya baru kena gigit dalam seminggu lepas. Dua tiga hari lepastu pergi klinik nak cabut sbb taktahu tu benda apa. Dekat cuping telinga. Sakit dia mmg berpanjangan ke ? Kenapa tak baik baik lagi, dah seminggu cabut.
ReplyDeleteMohd Asmawi Mohd Anuar ~ Alhamdulillah... lega dengar bila budak2 terlepas dari azab kutu babi ni.... sampai ke hari ni saya masih boleh merasa lagi sakitnya tu.... dia seketul kecik tu, mmg jenuh nak keluarkan... sama jugak mcm saya, smpai ke hari ni saya cukup pantang bila nampak kutu babi (dah lama jugak tak jumpe ni)... memang macam tu juga saya, saya akan lumat2 kan keturunannya kalau jumpa!
ReplyDeleteAnonymous 1 : kena kat dalam telinga memang perit sbb kita tak nampak dengan mata kasar tang mana tang gigitnya tu.... in shaa allah, baik laah tu dalam seminggu dua lagi.... pasti baik kalau dia dah berjaya dikeluarkan..
ReplyDeleteAnonymous 2 : kalau kena kat cuping telinga memang menyakitkan, tapi beruntung sebab dia diluar... kita masih boleh nampak jasad dia, dan kat mana gigitnye tu... Yea, sakitnya memang berpanjangan... mungkin kerana bisa dia masih melekat. (orang-orang tua kata, gigi dia tertinggal kat situ) .. mudah2an cepat2 laah lepas dari azab gigitan kutu babi ni ye.. rajin2 sapu ubat.
ReplyDeleteSalam saya nak tanya m.saya kena kutu babi nihh .saya dah caput tapi still sakit rsanya sbb gigi dia masih lekat so apa nak buat
ReplyDelete@farah87
ReplyDeleteWslm. Selalunya memang mcm tu. cuba letak air tembakau jugak. tak pun, memang kena sapu ubat beli kat farmasi je. ubat gatal atau antiseptik.
@nazmi
ReplyDeletePakai antiseptik je. Ubat sapu beli kat farmasi. Bila kena kutu babi ni, letak air tembakau. Yang selalu orang buat rokok daun tu. Celup dalam air dan titis kat kutu tu. Nanti dia akan tercabut sendiri. Kalau yang kita paksa cabut ni, memang akan tinggal gigi dia tu. itu yang sakit. tapi sapu je antiseptik. Cuma akan tinggal parut..
Klo kena Bius iklan, Sy pernah nk cabut Keluar, sakitnya yang amat, ni nk keluarkan Kali kedua Harap kurang sakitnya
ReplyDeleteKlo kena Bius iklan, Sy pernah nk cabut Keluar, sakitnya yang amat, ni nk keluarkan Kali kedua Harap kurang sakitnya
ReplyDeleteDekat rambut tu bukan kutu babi... haha, lucu pulak. Kutu babi ni cari urat darah. kat kepala mungkin boleh kena.
ReplyDeletePernah kena kutu hinzir ni masa kecik. Ingatkan kayu apa hitam terserumbal dlm daging (peha). Dibiar je menahan sakit. Ya la budak kecik kan. Tetiba Mak tarik cabut ya Allah sakitnya, siap merajuk lagi tu dgn Mak. Hihi.
ReplyDeleteada juga kenangan terindah dgn mak berkaitan kutu ni ye... tapi betul tu.. kalau ditarik mcm tu mmg sakit tak terkata... petua orang2 tua, kena bagi dia kenyang betul, baru dia akan jatuh sendiri. tak kan tinggalkan kesan (gatal dan bengkak), tapi nak menahan membiarkan dia tu lah yang sakit tak tertanggung tu.
DeleteSeramnya dia boleh masuk dalam telinga jugak ya.....nasib baik la semuanya ok lepas tu tapi seminggu juga la sakitnya tu.
ReplyDeleteYa, dia mmg suka tempat terselit-selit, dia boleh terbang masuk, sbb tu kita tak perasan. Tapi bila dia dah mula hisap darah, kita dah mula rasa sakit, dibiarkan tu yang membesar.
DeletePode referir-se a uma caixa ou recipiente usado para armazenar produtos relacionados ao porco, como charcutaria ou outros itens alimentÃcios.
ReplyDelete