Assalamualaikum.
Dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Bermakna pola hidup aku juga telah berubah bulan ini. Bangun lebih awal daripada biasa untuk persediaan bersahur. Jadi kadang-kadang pergi office pun masih mengantuk.. Mata tu toksah cakap la, memang kuyu, layu. Muka pun pucat tak bermaya. Bila kita layu, kita pun rasa tak bersemangat nak buat kerja. Badan rasa tak sihat, orang tengok kita pun tak bersemangat jugak.
Hah, tengok tu muka aku hari ni. Macam mayat hidup je... Pucat tak bermaya kan... Tapi tak pe, aku ada magic skill untuk menampakkan wajah layu ini menjadi segar bugar... Peralatannya tak banyak. Cuma 3 alat saja digunakan selama 3-5 minit sahaja.
3 alat magik untuk segarkan wajah yang aku sangat-sangat suka. |
~ Tak ada bau.
~ Tak ada rasa.
~ Tidak melekit
~ Hanya untuk melembabkan bibir je okeh.
2) IN2IT Xtra Lasting Liquid Eyeliner
~ Mudah digunakan sebab bukan mata halus
~ Cepat kering dan tidak comot
~ Senang nak wuduk. Cuci dengan air mutlak pun boleh tanggal, apatah lagi pencuci muka.
3) REVLON CustomEyes Waterproof Mascara
~ Ada 2 setting lash, boleh twist-twist sama ada untuk melebatkan atau memanjangkan.
~ Walaupun waterproof tapi bagi aku senang je nak cuci. Dengan pencuci muka pun dah tanggal.
Dan ini lah hasilnya. Sekejap je. Lagi pantas daripada menaip entry ni tau!
Aku lebih confident, lebih ceria! Mulakan hari dengan terus tersenyum ....
MAGIK TAK???
Sorry kalau gambar tak memuaskan. Aku snap guna handphone cikai je... Gambar pun kira 'boley laaa'. Masih nampak la rupa bentuk tu kan... hehehehe.
Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.
Ini saja aku nak sharing hari ni.
Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi komen.
Love u all, ^___^
sblum n slpas dimekapkn... kuasa megik hihi
ReplyDeletewaa , terus berseri muka . heheh :)
ReplyDeleteteya pun guna lip ice tu . best2 .cantik
tada..magic kan.hihi
ReplyDelete=D
magic sungguh :)
ReplyDeletehehhehehe..lesu dah bertukar ceria..
ReplyDelete:) suke suke suke...
kita pun pakai limp balm same :)