Skip to main content

Angan atau Impian?

Assalamualaikum...

Aku memang gila pada barang-barang perhiasan rumah ni. Malas taip panjang-panjang. Aku nak berangan jap. Siapa-siapa yang nak berangan ngan aku, jom!!


Kalau dapat bilik macam ni. Fullamak. Nyaman nye rasa. Bilik atas pokok. Memang aku suka la... Tapi mungkin kene pasang tingkap kaca kot... supaya tak masuk nyamuk, tak masuk unggas-unggas.. atau terkena najis burung... heehheh.... tapi yang pasti nak fresh air... 


Cuba tengok tu.. kalau korang pencinta kedamaian dan ketenangan, mesti korang rasa cool tempat ni kan...



Cuba tengok bilik tu, cuba tengok rak buku tu... untuk orang yang ulat buku macam aku ni, aku rasa cukup nice, kan.. kreatif. Serius aku suka!



Rak di tangga. Boleh jimatkan ruang... Mungkin aku akan simpan barang-barang kasut aku kat sini..


Stok makanan dalam tin. heheh... cool kan? Senang kita nak tahu stok mana yang dah nak habis boleh cepat-cepat refill kabinet ni.. ^___^

Oleh kerana aku ni bukan nya master chef, jadi aku rasa, aku perlukan benda ini untuk menghiris bawang-bawang dan sayur-sayur yang sewaktu dengannya untuk meningkatkan kecergasan dan mutu kerja masak aku. ^___^

Bagus juga meja makan jongkang-jongket ni.. Bukan niat di hati nak buat macam dalam gambar ni, tapi aku rasa kalau ada meja ni di rumah, kita akan sentiasa ingat bahawa kita kena bertolak ansur antara satu sama lain, kalau tak salah sorang mesti jatuh.... cuma jarak ni jauh sangat la, tak boleh nak makan suap-suap.. ^___^

The psycologi of Colour untuk aku sharing dengan korang.. Aku memang suka warna warni macam ni pun.

Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi komen.
^___^



Comments

  1. oohhhooo...rumah atas pokok tu serius mengujakan...asalkan takde semut api!

    ReplyDelete
  2. perghh best gila rumah atas pokok tenang

    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/singgah-sat.html

    ReplyDelete
  3. rumah atas pokok tu comel la.sweet ^^

    ReplyDelete
  4. atas pokok org nmpk.. huhu xleh nk bermanja :P

    ReplyDelete
  5. sy suka pic no 2.. sedap tido dgr air sungai mengalir.. letak jer kelambu masa nak tido.. tp takut kalau ada bunyi yg pelik2.. mmg xdpt nak tido nyenyak.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.