Segala pengurusan tentang Dekon telah aku setelkan.. tinggal students aku saja yang gigih berlatih. Insyaallah esok malam aku akan bertolak ke LCCT. Kemudian akan terbang ke Negeri Dibawah Bayu...bersama student aku. Apa tu Dekon? Dekon = Deklamasi Lakon. Ia diilhamkan oleh Sasterawan Negara kita Dato' A. Samad Said menerusi penulisan novel Lazri Meon. Darimana munculnya ideo untuk membuat 'dekon'? Ok. Sewaktu A.Samad Said diminta untuk memberi ceramah tentang novel terbarunya yang bertajuk Daerah Zeni, A.Samad Said asyik berfikir macam mana caranya supaya khalayak menikmati karya-karya ciptaannya. Menurut A.Samad Said (Lazri Meon, 1992:vii); ".....jalan terbaiknya ialah dengan saya membantu mereka menghayati novel ini secara lebih akrab lagi melalui dekon........dengan dekon, saya sendiri dapat menyampaikan semangat dan intisari kehidupan Daerah Zeni melalui deklamasi dan lakon-cara saya". Menurut A.Samad Said, bukan pelakon teater saj...
Life only begins when you're truly happy