Assalamualaikum semua...
Hari ni entri cintan-cintan sikit. Jarang laa Aku cerita pasal cinta-cinta ni kan... hehehe, bukan tak pernah bercinta. Tipulah kaann... Cuma tak ada idea nak bicara pasal cinta. Cuma hari ini, saat ini.... Tiba-tiba dalam hati terasa ada cinta yang hadir...cinta yang berbaur dengan rindu... chewah!. hehehheh.
Google je
Cinta Tanpa Sedar.
Itu yang berlaku pada Aku sebenarnya. Blushing jap bila teringat balik.
Sebelum ni bukan Aku tak pernah bercinta. Tipulah kaannn. Aku pernah bercinta. Tapi kecundang di tengah jalan.... Tapi lupakan perasaan Aku waktu itu kerana bukan tajuk utama entri ini. Ni nak cerita pasal cinta yang hadir dalam hati tanpa rasa disedari. Yeaahhh...
Penyataan : "Kini : Dengan izin Allah juga, aku telah menerima lamaran dari seorang kawan juga.
Bukan cinta pandang pertama. Moga tahun ni dapat menamatkan zaman bujang aku. Amin..."
Bukan cinta pandang pertama. Moga tahun ni dapat menamatkan zaman bujang aku. Amin..."
Jelas : I'm single but not available.. ^____^
Seseorang telah masuk meminang Aku. Seseorang yang asalnya seorang kawan baik Aku. Macam mana ini boleh terjadi??
Daripada seorang rakan sekerja -----> menjadi seorang kawan baik.
Diwaktu Aku telah putus cinta suatu ketika dulu. Aku sendirian. Melakukan segalanya dengan sendiri. Tiada lagi aktiviti sosial Aku selain Rumah ---> Pejabat ---> Rumah ---> Pejabat. Itu saja rutin harian Aku. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja pejabat, semakin hari Aku semakin lupa kisah kekasih hati yang menjauh pergi. Waktu itu kami membuat keputusan untuk terus berkawan. Daripada seorang boyfriend kepada seorang kawan baik. Siapa kata tak boleh? Aku boleh je, sampai sekarang kami K.A.W.A.N. Tak ada masalah pun..
Ok. Aku dan si dia hanya rakan sekerja. Aku ni memang dasar work-a-holic pun. Kalau dah mula kerja, gempa bumi pun Aku boleh tak perasan kot. (Kononlah begitu ibaratnya). Dalam ulang alik rumah ke office, office ke rumah... hari-hari jumpa muka yang sama. Dalam hari-hari kerja sehingga mengabaikan kehidupan sosial yang lain, hari-hari jumpa muka yang sama.Mungkin kerana kami sama-sama single di situ, maka orang-orang yang dah kahwin ni... yang muda ke, yang tua ke..terus menyakat-nyakat kami. Seriusly, hati aku tertutup rapat untuk semua lelaki. Maksud Aku, tak mau terjebak dalam dunia percintaan ini lagi. Dan serius! Aku tak punya rasa apa-apa terhadap dia.
Tapi mungkin kerana kebersamaan kami yang work-a-holic ni kerja sama-sama, hari demi hari, tahun demi tahun, ntah bila aku baru terperasan yang kami sememangnya rapat. Tak tahu sejak mana bermula semua ini. Kami adalah 'Gang'. Dia banyak kali datang rumah Aku jumpa mak Aku. Sembang-sembang. Malah
lebih banyak bersembang dengan mak daripada Aku yang kawan dia ni.
^___^. Sehingga suatu hari dia secara tiba-tiba juga bawa Aku jumpa mak dia untuk berbuka puasa. Bagi Aku biasalah bawa kawan berbuka rumah kawan kan. Waktu Aku sampai di rumah dia, Aku dapati famili dia menyambut Aku dengan mimik muka dan cara yang agak 'lain macam'. Pelik juga la. Dalam hati Aku kata, 'mesti dorang ingat aku ni girlfriend dia'.. maklumlah lumrah manusia. Hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan memang sentiasa disalahertikan..selalu dah Aku kena. Tapi senyum sajalah kerana Aku tahu apa yang Aku buat tidak melanggar tatatertib hidup.
Satu hari Aku demam panas. Tapi biasalah Aku tetap pergi kerja. Banyak kerja kot yang tak setel lagi. Menggunung atas meja Aku. Work-a-holic laa katakaannn yea. Dia perasan keadaan Aku. Dan dia nampak dia sangat cemas. Relax la, demam je pon.. Cepat-cepat dia paksa Aku pergi klinik dengan dia. Mungkin keadaan Aku yang memang teruk tu menyebabkan Aku hanya menurut. Lepas chek, doktor kata suhu badan Aku 45 degree. Mak aiii!!! terkejut jugak Aku. (Maklumlah Aku jarang demam, sekali demam itulah yang dapat). Aku diberi cuti 2 hari.
Dalam tempoh bercuti tu lah. Macam-macam Aku fikir. Otak Aku ni memang ligat sikit berfikir. Pantang tak buat apa-apa mesti mau fikir. Tapi hari tu banyak pula teringat pasal dia. Jeng jeng jeng.. Aku suka dia ke? Owh tidak mungkin! Tapi Mak aku suka dia (serius mak Aku ada cakap mcm tu). Mula juga fikir keadaan family dia yang 'semacam' menerima kunjungan Aku dulu. ...... fikir-fikir sampai aku tertido.
Aku tak sedar yang aku perlukan dia.
Aku tak sedar yang aku sentiasa ingatkan dia.
Aku tak sedar yang bila semua ni terjadi....
Mungkin perlu refresh balik.
dan Aku tak sedar Aku mula menyenangi dia dalam hidup Aku.
To Be Continued...
Terima kasih sudi membaca.
^___^
real story?
ReplyDeletesweetlah..
semoga dipermudahkan ^_^
ReplyDeletehopefully happy ending. :)
ReplyDelete@caDLyNN ~ yea real story lah ni.. =)
ReplyDeleteBiela Bell ~ aamiinn.. terima kasih,.=)
ReplyDeletecekodok epal ~ terima kasih. =D