Skip to main content

Masa yang menjarak...

Assalamualaikum kawan-kawan semua...



Saat ini, jam 4.34 pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan hari-hari esok yang entah apa yang akan mengejutkan aku. Terlalu lama aku tidak menulis di sini. Terlalu lama juga aku tidak bersama diri ku. Menghabiskan masa-masa seharian dengan aktiviti yang seperti tidak sempat aku mau bernafas... punyalah penat! Siang aku buat kerja-kerja offical... petang sampai ke malam, terus aku mengajar... sampai demam aku pun, nak keluar tak jadi nak keluar banyak kali. Ini membuatkan bdn ku semakin lemah. Makan pun ntah ke mana. Jadual makan dah tak menentu dah sekarang ni... Masa sempat, aku makan.

Rehat... mungkin di saat ini aku boleh berehat dengan lebih lama... sekarang jam menunjukkan jam 4.38pagi. Aku masih berjaga. Maafkan aku alam. Kerana telah melanggar fitrah mu yang meminta aku berehat... tapi aku masih tidak dapat berbuat demikian.

Aku masih risau tentang hidup aku.
Macam mana ni... aku tak sempat fikir persiapan untuk hari perkahwinan ku...
Aku dengan tunang aku pun belum sempat jumpa untuk duduk berbincang mengenai masa depan kami,
perancangan dan lukisan-lukisan hari bahagia kami...
Belum sempat. Kerana masing-masing di kala ini sangat sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing.
Pasrah saja. Mungkin ini terbaik utk kami dikala ini.

Terkilan. Ya, memang.
Tapi kadang-kadang, time free-free macam ni baru lah otak aku sempat berfikir tentang keadaan kami. Bila tiba siang nanti, pasti keadaan back to normal. Kami masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. S.m.s pun setakan dua,tiga kerat saja. Itu sudah mencukupi...

Insyaallah pasti ada waktunya.
Waktunya itu pasti tiba untuk kami.

Ya Allah, kepada  Mu, hati ini meminta.
Berikanlah peluang terbaik untuk kami mengatur hidup.
Sesungguhnya kami hanya merancang dan Kau Maha Menentukan.

Comments

  1. semoga cik semut diberikan kelapangan untuk meneruskan n merancang hari bhgia,....=)

    ReplyDelete
  2. owh.. terima kasih cik kina utk doa itu... moga cik kina juga terus maju n cemerlang.... =)

    ReplyDelete
  3. TErrima kasih saudara muzaffar.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.