JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari
kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa
yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu
individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua
walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
*********************************************************************************
*********************************************************************************
JENIS DARAH A
Keharmonian
dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan
diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap
sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu
melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda
agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga
perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda
itu, kesihatan diri pula yang terabai.
***********************************************************************************
JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam
perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih
gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu
tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara
anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel,
mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua
situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu
yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar
berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
***********************************************************************************
JENIS DARAH B
***********************************************************************************
JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk
berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun
ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda
perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan
biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
HAPPY READING!
Pssttt : Cik Semut akan outstation lagi.
Lokasi : Bukit Jalil Golf & Country Resort.
Akan meninggalkan blog lagi.. huu huhuh.
Lokasi : Bukit Jalil Golf & Country Resort.
Akan meninggalkan blog lagi.. huu huhuh.
Korang jaga diri bebaik ye, Jangan nakal-nakal.
Alamak. Tak tau la darah dalam badan ni jenis darah apa. Sabor jelah. Harus diperiksa nih. Hihihi.
ReplyDeleteSaya darah O :)
ReplyDeletep/s:outstation ke mana?
sy xthu sy darah jenis ape. aduiiii T__T
ReplyDeletewah :D thanks for sharing ^_^
ReplyDeleteSaya golongan darah A.. heee! XD
ReplyDeletechemay darah o.
ReplyDeletemacma sesuai je ape yg ditulis tuh.
heheh
rasa mcm darah o,..hehe
ReplyDeletedari kumpulan O
ReplyDeleteada betul kot~
ReplyDeletetaktahu darah apa..sob2..ntah bila nak check..
ReplyDeletesy berdarah A.. hahha.. mmg betul sy nampak degil dan bekerja sampai tak ingat dh nak mkan minum.. huhu.. suka entri ni hehe
ReplyDeletecik semut yg comel..sye darah o!!
ReplyDeleteehhh...silap2...darah AB..lupe lak..haha
ReplyDeletewohoo..berbanggalah cik teddy sbg glongn brdrah B...kui3
ReplyDeleteai cik semut,, lame tak menyinggah blog ku.. :D
ReplyDeletemaaf
saya darah B hehehe
ReplyDeleteDarah O..
ReplyDeleteA positive :) hehe
ReplyDelete