Skip to main content

Suara yang sayu-sayup.....

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih tak post entry baru. Alasan  seperti biasa. Tanggungan kerja yang tak tentu masa dan outstation... Masa untuk diri sendiri pun tak ada apatah lagi nak berblogging...

Hari ni nak cerita pasal apa yang berlaku di sekitar Cik Semut...


Semalam...
Cik Semut balik kerja lewat sikit dalam jam 6.30 petang macam tu...
Singgah la di sebuah restoran untuk dinner.. (memang awal dinner)...
Restoran tu lengang. Masa tu ada 1 meja saja yang ada pelangan. Pekerjanya pula begitu asyik menonton cerita Tom & Jerry... ( Cik Semut pun suka,boleh tumpang tengok sekali).

Minuman dan makanan yang diorder telah pun sampai. Kueh teow kungfu dan air limau suam.
Laju la sebab tak ramai orang kan. Nak kata sedap sangat, tak juga. Biasa-biasa saja.
Cik Semut pun makanlah dengan penuh nikmat. Tak lah pelahap sangat.
Tup..tup...sayup-sayup kedengaran satu suara yang merdu dikejauhan..
Cik Semut mengamati suara itu betul-betol...
Jam menunjukkan pukul 7.00petang. "Eh, dah nak Maghrib ni," bisik hati kecil Cik Semut.




Suara yang sayup-sayup dibawa angin itu makin lama terasa makin dekat di telinga...
Meresap ke dalam hati....

Ooohhh...suara orang mengaji dari surau berdekatan rupanya... Patutlah syahdu.
Tapi tak jelas kerana bunyi dari televisyen tu lebih kuat bunyinya...
Beberapa kali Cik Semut menjeling ke arah pekerja-pekerja restoran yang ada.
Tidak sedikit pun antara mereka yang berganjak untuk memperlahankan volume tv.
Tak perlu berganjak kot, remote mesti ada.... 
Terdetik juga dalam hati Cik Semut  yang mereka semua tu tak dengar ke?
Tapi macam mustahil je tak dengar... malah makin seronok pula mereka ketawa dengan telatah katrun-kartun dalam tv tu... Astagfirullah...

Peringatan kepada diri sendiri juga : 
Hormatilah bacaan-bacaan daripada surah-surah Al-Quran Karim...

Comments

  1. x taw lah kenapa ada segelitir org macam tu..syie pn pernah alami..waktu solat jumaat ada satu tempat pelancongan yang famos jugak ni..pasang lagu bukan main kuat..sampai macam berlawan-lawan dengan sound orang mengaji sblm solat jumaat...

    ReplyDelete
  2. hari tu kak ain tengok wayang hari jumaat ade jugak org lelaki tengok Ombak rindu...mcm tak de hari lain nak tengokk...

    ReplyDelete
  3. hormatlah. mcmlah paham klo tgk kartun tu pn. bukannya bercakap...

    ReplyDelete
  4. itu la realiti..kalo bulan puasa nak alert je dgr azan mgrib tnda bbka..btul x?

    ReplyDelete
  5. GincoMerahJambu ~ betl tu... berlawan-lawan sama kuat dgn azan... kita yang dengar ni jadi malu...

    ReplyDelete
  6. ainnoraini ~ emh, lelaki sekrang pun ramai je tak gi solat jumaat...

    ReplyDelete
  7. ChaCha ~ betl tu... kartun tu bila2 pun boleh tengok.... ulang-ulang lagi...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cik semut...die org tu pekak kot x dengar suara bacaan Al-quran tu kot...:)

    ReplyDelete
  9. cik cempaka ~yea, berpijak di bumi nyata tu

    ReplyDelete
  10. waalaikummussalam MASZULL ~ de pulak dorang guna bahasa isyarat, amik order ok je. hik hik hik

    ReplyDelete
  11. betul..kena la hormat ayat2 Allah tu... :)

    Stesen TV pun kena la mainkan peranan...ni tak..asyik nak tyg citer best time maghrib yg kejap tu juga..huhu

    ReplyDelete
  12. Iznie ~ betol tu... sekarang ni cite famous Tentang Dhia...

    ReplyDelete
  13. selalu mcmtu..diorang tak peka..

    mgkin kita blh mnta mereka slowkan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.