Assalamualaikum...
Mood hari ni : Masih boleh tersenyum. Masih boleh bergurau. Walau hakikat sebenar dalam hati rasa gundah gulana... not feeling well.
Entry ni lebih kepada luahan perasaan laa... boleh kan...
Ni haa, alkisah pasal Cik Semut, Nina dan Peah. 3 sekawan . Kawan ok...
PENGENALAN :
Peah
Kenal hampir 7 tahun
Kami kenal waktu join aktiviti sama-sama dulu.
Jumpe pun adalah 3kali je dlm masa 7 tahun ni..
Contact pun jarang-jarang sekali..
Memang tak rapat mana lah..
Nina.
Kenal daripada Peah.
Kenal tidak sampai setahun
Setiap hari contact.
Jumpe 3/4 kali dalam beberapa bulan ni.
Mula terasa rapat.
Nina dan Peah tinggal berdekatan.
Mereka dan Cik Semut jauh sepenanak nasi.
SITUASI 1:
Satu hari Peah contact Cik Semut. Dia bagitau yang dia dah lama kenal Nina. Peah dan Nina tidak lagi berkawan. Katanya Nina ni akan rampas siapa yang berkawan baik dengan Peah. Katanya lagi ramai kawan-kawan dorang memang tak suka kan Nina kerana dia suka merenggang-renggangkan persahabatan kawan-kawan disekeliling mereka. Kata Peah lagi, Nina suka buat-buat cerita memburukan Peah dan kawan-kawan mereka.
>>>Dengar je cerita dari Peah, Cik Semut terfikir. Betul ke apa yang dikatakan oleh Peah tu? Perlu ke Cik Semut mempercayai kata-kata Peah? Cik Semut kenal lama dengan Peah tapi tak rapat. Nina? Cik Semut baru kenal beberapa bulan tapi kami rapat. Tapi hati Cik Semut kata Nina tak macam tu. Cik Semut ambil keputusan untuk terus berkawan dengan Nina.<<<
SITUASI 2 :
Peah contact Cik Semut lagi. Kali ini dia sungguh emosi kerana mengetahui yang Cik Semut masih berkawan dengan Nina. Kali ni dia agak keras melarang Cik Semut berkawan dengan Nina. Katanya Nina tu cuba merenggangkan Cik Semut dengan Peah. Tapi Cik Semut masih enggan percaya lagi. Akhirnya Peah kata dia akan mengapa-apakan Nina kalau Cik Semut masih terus berhubung dengan Nina.
>>>Cik Semut mula memikirkan keselamatan Nina. Tapi dalam masa yang sama Cik Semut terfikir apa yang mampu Peah buat pada Nina? Sanggup ke Peah buat sesuatu yang tak baik kat Nina? Terhenti memikirkan kisah ini sampai di situ. Cik Semut ambil keputusan untuk tidak menghubungi kedua-duanya dan menerima panggilan kedua-duanya. Bukan memutuskan persahabatan, tapi merehatkan keadaan ini buat seketika.<<<
SITUASI 3 :
Nina hubungi Cik Semut. Cik Semut telah cool untuk menjawab panggilan. Nina memberitahu dia akan hadir ke majlis tari menari bersama Peah. Keesokan hari nya Cik Semut sengaja menelefon Peah. Cik Semut tahu dia ada di majlis tari menari berama Nina tapi Cik Semut pura-pura tidak tahu.
Cik Semut : Peah di mana?
Peah : Cik Semut di mana?
Cik Semut : bagitahulah Peah dimana?
(kenapa susah sangat Peah nak bagitau lokasinya?. Tergagap-gagap pulak tu macam ada yang tak kena)
Peah : Ada di Balairaya Kampung Pinang Sebatang.
Cik Semut : Ada apa kat situ?
Peah : Ada majlis tari menari.
Cik Semut : Owh, Nina and the gang mesti ada juga kan?
Peah : Ye ada. Tapi Peah tak bertegur pun dengan dorang. Peah naik kereta lain dengan group lain.
Nina dengan group dia. Kami tak bertegur pun..
>>>Emh, yang mana satu betul ni? Nina kata dia dengan Peah datang sekali? Peah pula kata dia dengan Nina berasingan malah tak bertegur sapa pun. Ok tak mengapalah. Mungkin belum masanya lagi Cik Semut menemui jawapan siapa benar, siapa salah. Berserah saja pada Allah. Dia akan tunjukan jalannya. Cik Semut tersenyum saja.<<<<
SITUASI 4 :
Sedang Cik Semut begitu kusyuk dengan facebook, tiba-tiba terkantoi gambar-gambar Peah dengan Nina di satu majlis tari menari begitu mesra dengan posing begini dan begitu. Terpampang besar-besar depan mata Cik Semut. Peah masih berkawan rapat dengan Nina? Seingat Cik Semut Peah kata dia memang dah tak berkawan dengan Nina lepas dia tahu perangai buruk Nina yang suka merampas kawan-kawan Peah dan suka memburuk-burukkan Peah. Nampaknya Cik Semut telah ditipu. Sangat kecewa ketika itu.
>>>Cik Semut tetap senyum walau kena tipu dengan kawan sendiri. Senyum kerana yakin Allah telah tunjukkan pada Cik Semut siapa salah siapa betul.<<<
tersepit
SITUASI 5:
Masanya telah sesuai untuk Cik Semut contact semula dengan Nina. Tapi
masih enggan menerima panggilan daripada Peah akibat rasa marah ditipu. Nina bertanya mana
perginya Cik Semut selama ini mendiam diri. Untuk tidak mengeruhkan keadaan Cik Semut memberi alasan
kehidupan yang terlalu sibuk. Kebetulan waktu itu Cik Semut menghadapi
saat-saat genting bersama tugas-tugas di dalam dan luar negeri. Cik
Semut memang work-a-holic orangnya. Dikesempatan itu Cik Semut hanya menumpukan
pada tugasan sahaja. Enggan memikiran soal kehidupan yang lain.
>>>Keadaan kembali seperti biasa. Cuma Peah tidak tahu kami berhubung antara satu sama lain.
Cik Semut minta Nina merahsiakan persahabatan kami. Nina bertanya
kenapa, Cik Semut menjawab supaya tidak mengeruhkan lagi
keadaan.Persahabatan kami kembali seperti biasa. Penuh gelak ketawa dan senyuman<<<
SITUASI 6 :
Bulan berganti bulan. Cik Semut menerima panggilan telefon dari Peah. Baru terbuka hati nak menjawab. Tidak ada apa-apa ulasan mengenai Nina. Tidak bertanya ini atau itu mengenai Nina. Cik Semut juga tidak mengeluarkan apa-apa statement mengenai Nina. Kata Peah ,dia ingin terus berkawan dengan Cik Semut. Tiada masalah. Di alu-alukan siapa-siapa pun boleh berkawan dengan Cik Semut.
>>>Kami kembali berkawan. Tapi lebih tidak rapat berbanding dulu. Itu yang terbaik.<<<
SITUASI 7 :
Dikala hubungan dua hala Cik Semut dan Nina baik.....
Dikala hubungan dua hala Cik Semut dan Peah baik.....
Suatu hari Cik Semut menghantar s.m.s kepada Nina. Tup-tup dijawab dengan handset Peah. Peah kata dia tolong jawab untuk Nina. Nina juga telah membalas s.m.s Cik Semut. Dengan nada bergurau seperti biasa Cik Semut membalas semula.
Cik Semut : "Nina ada bersamaPeah ye,siap tolong balas s.m.s lagi, hehehe ^__^"
(lebih kurang macam tulah)
Nina : "Perlu ke tanya macam tu? Perlu ke bagitau saya Peah ada dengan saya?"..
Tersentap juga lah Cik Semut dengan s.m.s Nina. Cik Semut tak pasti apa yang berlaku di sana.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . .
>>>...dan dikala ini Cik Semut telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada persahabatan mereka berdua. Andai Cik Semut ini penyebab mereka bergaduh-gaduh, sekarang Cik Semut ingin kembalikan kehidupan mereka seperti sediakala. Kadang-kadang rindukan persahabatan itu, tapi tidak mengapa. Cik Semut rasa tindakan ini terbaik supaya melihat orang lain gembira dan bahagia. Cik Semut juga masih ramai kawan-kawan sekeliling. Enggan ada yang bermusuhan. <<<
CERITA TAMAT.
menarik gila cara penulisan cik semut...
ReplyDeletepening ar ngan situasi2 kat atas tu, snang cite dua2 tu lain macam kan? sy stuju ngan awak, bila dah kena tipu ngan org yg kita sangka baik, mmg boleh berkawan balik,tapi hubungan tu xkan sama mcm dulu lagi...
nice entry..now memang susah nak cari kawan yang susah and senang..yang ada time kita senang je..kalo kita susah xde sape yang nak datang.gitu:)
ReplyDeleteAlongpx ~ terima kasih sudi membaca. betol tu, hubungan itu tak kan sama mcm dulu lagi.. tapi lebih baik dari memusuhi...
ReplyDeletesay to easy =) ~ terima kasih sudi baca... bertuah la kita kalau dah jumpa kawan yang sanggup susah bersama kita...
ReplyDeletecik semut kawan je dgn sy..situasi cik semut cm kisah adik sy..sy rasa keputusan cik semut tu terbaik...suatu hari tuhan tunjukan jjugak kt cik semut mana lebih baik
ReplyDeletemerahitujambu ~ terima kasih sudi bace n paling seronok..TERIMA KASIH SUDI jadi kawan saya... =)
ReplyDeletecik semut mmg baik...tak pentingkan diri sendiri dan masih fikirkan orang lain..:)
ReplyDeletesalam kenal dr ira.. :D
Julier-IRa ~ terima kasih. salam perkenalan juga... =)
ReplyDelete