Skip to main content

Lif Berhantu...

Google saja

Assalamualaikum...

Cik Semut memang betul-betul tak sempat nak post entry baru kerana kesibukan tugas dan kehidupan Cik Semut di sini.. Maklumlah sekarang hujan tak tentu masa, Cik Semut gigih mencari makanan untuk simpanan di hari ujan nanti.. heh heh heh... begitulah ibaratnya... nak blogwalking pun tak sempat la kawan-kawan.

Hari ni Cik Semut nak cerita pasal LIF.

Semua orang pernah masuk lif kan... PASTI. 
Kita pun mesti pernah tengok budak-budak dalam dukungan mak ayah menangis-nangis waktu lif bergerak turun naik.... kan? 
Ada juga yang imagine terperangkap dalam lif bila naik seorang diri... (Cik Semut lah tu) heheheheh...
Bukan apa, sebab banyak sangat tengok cerita hantu dalam lif. Terpengaruh dengan cerita tu lah.
Cerita LIF BERHANTU pun banyak kali dengar kat hotel-hotel. Ada yang kata kat hotel selalu tak ditutup aras 4 sebab ada hantu suka naik lif dari aras tu. Macam-macam lah. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.
Tapi itu lah,sebelum naik lif paling suka nak tekan punat turun naik lif tu.
Bila dah masuk lif kadang-kadang berebut nak tekan nombor aras kan...

pun Google juga

Bila lif dah mula bergerak, semuanya terdiam. Sunyi sepi dalam lif. Kadang-kadang telinga berdengung...
Bila pintu dah mula buka, cepat nak melompat keluar sebab takut lif tertutup...
Dah banyak kali dah kene kepit dengan pintu lif. Kalau kepit bagi kurus tak apa lah juga.. heheheheh.

Bila kali pertama kamu semua naik lif seorang diri atau dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang yang lebih tua?? Seingat Cik Semut, Cik Semut mula naik lif sendiri pada usia 9 tahun. Tak tahu lah usia itu terlalu awal atau terlalu lewat. Sebelum tu memang tak pernah naik lif sendiri. Selalu masuk pun mak ayah pimpin lagi... 

Suatu hari pada tahun 1993, waktu itu mak Cik Semut di hospital nak melahirkan adik lelaki Cik Semut. Ayah Cik Semut menjaga adik kedua Cik Semut  menjaga mak. Sementara nenek Cik Semut baru sampai. Nenek takut naik lif. Tapi tak dapat guna tangga sebab lututnya sakit. Jadi ayah minta tolong Cik Semut bawakan nenek. Masa tu teruja juga sebab rasa macam dah besar bila jalan seorang diri.Sampai je depan lif berdebar-debar la juga rasa hati. Takut bercampur teruja. Tapi Cik Semut tak keseorangan sebab ada lagi orang yang nak turun lif. So Cik Semut melangkah masuk. Memerhati semua yang ada dalam lif. Nombor-nombor aras, dan loceng kecemasan. Masa tu rasa tak takut sebab terfikir masa akan datang kalau terperangkap dalam lif tekan je butang loceng tu.... Cik Semut tersengeh-sengeh. 
Sampai aras bawah, nenek Cik Semut terkejut sebab yang turun tu Cik Semut seorang saja. Nenek macam tak yakin. Nenek tanya berani ke Cik Semut. Cik Semut pun dengan tersenyum-senyum bangga menjawab dengan penuh keyakinan yang Cik Semut sangat berani. Chewah! Akhirnya nenek tak ada pilihan lain. (Agaknya macam mana lah perasaan nenek waktu tu ye). Akhirnya sampai juga di aras yang tuju dengan selamat.  Lepas dah berjaya turun naik lif seorang diri tu apa lagi.... Seronok pula main turun naik lif berpuluh-puluh kali... Hahahahhahaha.....

Sekarang dah tak hairan. Siap posing dalam lif lagi. Tersangkut dalam lif pun dah pernah. =)

Posing kejap dalam lif!


Comments

  1. wah! cantik-cantik gila yang dalam lif tu! ;p

    ReplyDelete
  2. sy setiap kali naik umah mesti kena naik lif..dari kecik sampai besar umah sy melangit...tu sbb bli umah bawah untuk ibu dh puas naik lif..=p

    ReplyDelete
  3. mcm cik ana jgk.. kalau naik lif msti tpk mcm mna kalau terperangkap ka... haha

    ReplyDelete
  4. hekhek...sume kat dlm lif cantik2...nak g mana ni...Sy sentiasa harapkan lif tersangkut bila ada seowg jejaka yg encem kat dalam lif tu...;d

    ReplyDelete
  5. zureen ~ masa ni nak gi dinner s/u tengok Anuar Zai.. heheheh

    ReplyDelete
  6. merahitujambu ~ owh umah tinggi tu yer.. ehheheh, ok lah tu. msti dari kecik dah pandai naik lif sorang2 kan..

    ReplyDelete
  7. cik ana ~ dah pernah terperangkap, cuak jugak la... naseb baik tak lama sgt.. masih boleh bernafas. tapi tekan je button loceng tu... =)

    ReplyDelete
  8. Run Away ~ uits.. bahaya jugak tu kalau ade laki hensem.. ehehheh

    ReplyDelete
  9. eh eh, saye baru je buat entry pasal lift jgak.

    sehati sejiwa la kite. hehe~

    ReplyDelete
  10. ni baru balik dinner ke apa?
    nama sama kaler je-biru

    ReplyDelete
  11. Lea Isnawi ~ bukan baru balik...baru nak pergi dinner jumpe anuar zain hehehe...
    tema biru putih..ehehhe cik semut terselit jugak tu...

    ReplyDelete
  12. nurul iman rosman ~ ye ke.. heheh, nak terjah blog awak jugak ni

    ReplyDelete
  13. huhu... plg ngeri kalu nak tersepit kat lif. rs trauma..

    ReplyDelete
  14. ingat citer lif berhantu.. upe2nya pengalaman nek lif la ni? hehe

    ReplyDelete
  15. heheh..btol 2 cik semut..mase kecik2 dulu naik lif sorang2 mesti bayang macam2..tapi sekarang dah leh posing dalam lif jugak..heheh

    ReplyDelete
  16. mykhalish ~ itu mmg ngeri tu kak.. tak dapat nak bayang ni

    ReplyDelete
  17. hyz ~ ye... lebih kurang la... suke cite antu ye... =)

    ReplyDelete
  18. GincoMerahJambu ~ hah itu lah pasalnye... imaginasi tinggi mmg mudah sgt fikir mcm2... posing lebih baik, tak de lah nak rasa seram sejuk heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.