Assalamualaikum...
Aku menerima 'message' di laman sosial 'facebook' daripada seseorang yang aku tak kenal.
Tapi aku tak faham baris-baris ayatnya...
Berulang-ulang kali juga la aku membaca dengan penuh penghayatan dan penelitian...
Rupanya tak puas hati kat aku...
Tapi tidak mengapa, aku rasional dan positif.
Tidaklah perlu melatah.
Kerana apa? Kadang-kadang kawan baik kita sendiri belum tentu boleh memberitahu keburukkan kita...
Kadang-kadang orang-orang yang macam ni lah kita ambil sebagai rujukan membentuk peribadi dan tingkahlaku yang lebih positif.
Baiki kelemahan diri...
Mau saja aku mengucapkan terima kasih kat dia, tapi rasanya diam itu lebih baik daripada berkata-kata kerana antara aku dan dia sememangnya tidak mengenali antara satu sama lain.
Mungkin juga dia tersilap 'message'. Aku tak pasti.
Tapi aku agak TERSENTAP!
Tapi,
Aku pun pelik, dah la tak kenal minah ni dari mana asal usulnya...
Tapi itu bukan persoalan utama yang menjebakkan dirinya dalam 'facebook' aku...
Tapi yang aku persoalkan ialah bahasa yang digunakan...
Dah gaya Indon dengan ringkasan-ringkasan perkataan dan perkataan-perkataan yang aku memang susah nak sebut malah mengeja pun payah..
Aku betul-betul ingat minah indon mana yang tersesat 'message' kat aku...
Rupanya bangsa Melayu juga, perempuan yang sepatutnya penuh dengan budi bahasa yang sopan, dan muda.
Tapi Melayu sudah tidak Melayu pada bahasanya, kesopanan tidak tahu dimana tercicirnya...
Sempena bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa kita sepatutnya mengambil kesempatan ini sama-sama memartabatkan bahasa kita.
Bahasa Jiwa Bangsa. Hayatilah sedalamnya.
Bahasa kita sangat indah, sangat mudah.
Tapi tidak ramai yang bangga dengan bahasa kita.
Jika tidak kita, macam mana dengan generasi masa hadapan kita?
Aku yang bersisa patriotik.
ni mesti kes maki2 ni kan..
ReplyDeletejeles la tu..
ReplyDeleteada la tu yg sakit hati... ada sja yg iri hati....
ReplyDeletekiter samer, mmg pntg la
ReplyDeletetajuk entri takleh blah klaka hohohoo
ReplyDeletesabo je le :D
sabar jelahkan,,kita tkleh nak paksa org suka kt kita,,hermm ntahla,,
ReplyDeleteZureen ~ ye, Cik Semut tak pernah maki-maki orang, tersentap bila kene maki dari org yang tak kenal.. ehhehe
ReplyDeletetapi rasa glamor sbb ada jugak orang kenal Cik Semut.. ehehhehe
Dalila ~ hati orang siapa yang tahu kan...
eB ~ pantang betol... =)
Asrul "ILHAM" Sany ~ ce tiru dialog tu lembut2 heheh
missina ~ masih boleh bersabar ni.. =)
dia mesej apa kt awk??sabar je la eh..kadang2 diorg sengaja tu..jgn layan tau
ReplyDeletepulak??
ReplyDeletedia maki cik semut ker??
eka pun pernah org maki eka tau..kat fb..sedih,nak nanges pun ada..dia takut eka baca,dia g hide wall dia.padahal eka dah nampak dulu.
lepastu dia terus removed eka..
terkilan sangat..sedih pun ada..mcm tak matang..huhuhu
padahal dia salah anggap..cam hape jer
merah itu jambu ~ dia maki2.. perkataan2 yang negatif. saya nak taip pun segan la.. S***... tu lah..masalahnya saya tak kenal minah tu... tak tau pun ade yang mcm tu...
ReplyDeleteeka ~ betol cik eka.. tak matang lah macam tu.. tak profesional... tapi aku terima dengan hati yang terbuka je... yang aku tahu minah tu aku mmg tak kenal. kalau betol aku bagai dikata, aku berubah la kan... =)
ReplyDelete