Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Sentap Mak, Nok!!!

Assalamualaikum... Aku menerima 'message' di laman sosial 'facebook' daripada seseorang yang aku tak kenal. Tapi aku tak faham baris-baris ayatnya... Berulang-ulang kali juga la aku membaca dengan penuh penghayatan dan penelitian... Rupanya tak puas hati kat aku... Tapi tidak mengapa, aku rasional dan positif. Tidaklah perlu melatah. Kerana apa? Kadang-kadang kawan baik kita sendiri belum tentu boleh memberitahu keburukkan kita... Kadang-kadang orang-orang yang macam ni lah kita ambil sebagai rujukan membentuk peribadi dan tingkahlaku yang lebih positif. Baiki kelemahan diri... Mau saja aku mengucapkan terima kasih kat dia, tapi rasanya diam itu lebih baik daripada berkata-kata kerana antara aku dan dia sememangnya tidak mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga dia tersilap 'message'. Aku tak pasti. Tapi aku agak TERSENTAP! Tapi, Aku pun pelik, dah la tak kenal minah ni dari mana asal usulnya... Tapi itu bukan pe...

Berpanas Berhujan

Assalamualaikum... Dalam kesibukan harian Cik Semut... kali ini jemput kamu semut menonton gambar-gambar yang terpampang di bawah ini ye.... Selamat menonton... Students Cik Semut dibarisan hadapan gigih membuat latihan mengikut rentak muzik yang bergema di Dataran Pekan. Tidak ketinggalan yang boys yang turut gigih berlatih di cuaca yang panas sambil menyanyi-nyanyi. Students ni masih amatur tapi bakat yang ada harus digilap. Tahniah kepada mereka yang  memberi komitmen yang sangat tinggi dan gigih berlatih. Selepas berlatih, release kepala dan body jap, singgah di khemah Gasing dari Temerloh. Melihat contoh-contoh gasing, cara mengikat gasing dan cara membaling dan memangkah gasing. Warisan kita jangan dilupa ya... Singgah di khemah sebelah dari Negeri Terengganu. Berminat dengan kayu yang punya nama-nama unik ni... Haaa kayu-kayu ni boleh dijadikan batu cincin... ada juga yang boleh dibuat ubat. kata orang yang menjual tu lah...  ...

permainan tanya-tanya soalan menarik

Assalamualaikum... Lama betol jari jemari ni tak menaip... Bila outstation, kaki, tangan, badan, otak semua berkerja mengerah tenaga masing-masing... Bila dah masuk office j ari-jari mengembleng tenaga bersama otak untuk menyiapkan tugas-tugas menaip contohnya seperti yang anda semua sedang baca ini.... Mula-mula buka blog ni, Cik Semut di tag oleh seorang rakan blog Miss Marmalade .Ajak main tanya-tanya dan jawab-jawab soalan...Terima kasih.... Sekarang Cik Semut jawab ye dik.... Soalan-soalan yang ditanya akan dijawab seperti berikut : 1. Nama penuh & nick name   Jawapan mudah : Nama aku Afiza Azmi Nick name aku memang banyak, mari aku ceritakan. Fiza sempena nama penuh aku. Yang nakal sikit tu terus dibaginya aku Pizza Hut. Tapi aku tak kisah lah, aku memang suka makan Pizza Hut pun.. hehehhe Along sempena Cik Semut anak pertama . Zaman sekolah dulu semua orang panggil Along kadang-kadang terlupa nama sendiri sebab dimana-mana pu...

Seminar Seni Nusantara

Assalamualaikum ... Moga kamu semua yang sedang membaca ni, sihat-sihat dan jauh dari sakit demam ye.. Sejak kebelakangan ni, Cik Semut sangat-sangat sibuk dengan tugas-tugas. Nak update blog pun tak sempat.. apatah lagi 'blogwalking'.. mintak maaf  ye kawan-kawan... Salah satu aktiviti Cik Semut adalah ke USM, Pulau Pinang menghadiri Seminar Seni Nusantara. Seminar ni disertai oleh para mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dalam seni tari dan seni muzik, bukan saja dari Malaysia turut hadir peserta-peserta dari : UniMED (Universitas Medan ~ bidang muzik), PSU (Prince of Songkla ~ bidang seni tari ) dan  TSU (Takhsin Universiti, Songkla ~ bidang seni tari). Seminar ni 3 hari , 23 hingga 25 September 2011. Hari pertama dan kedua sempat ah kami bertukar-tukar fikiran mengenai seni, budaya, pemikiran dan cara hidup negara serumpun kita.. NUSANTARA... Kami menari tarian Randai bersama-sama.. sangat seronok. Malam hari kedua kami disajikan dengan persembahan dar...

merahitujambu

Assalamualaikum kawan-kawan.. Haaa nampak tak semut pink kat atas tu.. comel tak? Ini lah hasil daripada sahabat blogger Cik iaitu cik kak merahitujambu ... Blog dia, makin canggih dari hari ke hari... doodles dia semua comel-comel, geram Cik Semut tengok tau... Siapa-siapa nak tempah doodles boleh ke blog dia ye... nak senang cuma klik di sini merahitujambu . Cik Semut tak dapat komisyen pun.. saja nak buat entry ni, daripada tak ada topik memandangkan keadaan Cik Semut  yang sibuk, di kesempatan ni cuma ini je yang Cik Semut nak kongsi dengan kalian-kalian semua. Apa salahnya kita support sikit rakan-rakan sesama bangsa dan agama dengan kita ni kan...  Cik Semut memang berkenan dengan doodles hasil daripada cik adik manis tu...Korang ade? heheheh

Keajaiban Alam

Assalamualaikum... Sabtu dan Ahad lepas, Cik Semut sangat-sangat suka hati sebab dapat keluar dari sarang Cik Semut melihat keindahan dunia luar bersama teman-teman Cik Semut... Dah lama rasanya tak keluar bersosial dgn kawan-kawan... asyik kerja, kerja, kerja.... selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!. Ye, Cik Semut memang work-a-holic... kadang-kadang body pun stress, demam... tapi Cik Semut masih kerja. Ada kesempatan kawan Cik Semut ajak keluar jalan-jalan memandangkan jadual Cik Semut free time tu... apa lagi... kita ENJOY !!!! Apa yang Cik Semut nak cerita di sini, fenomena malam minggu yang lepas... Cik Semut ni pencinta dunia malam. Sebab bila malam, suasana dingin dan tenteram. Malam itu, Cik Semut perasan yang persekitaran malam agak lain macam. Sangat indah, sangat terang, sangat tenang.... Kerap jugak la Cik Semut mendongak ke bulan. Bulan tak mengambang penuh, tapi cahayanya sangat terang, sangat tenteram. Tidak seperti malam-malam yang biasa Cik Semu...

Sape nak murah rezeki??

  credit to  leoniginius Sahabatku, aminkan doa ini agak mendapatkan rezeki yg berkat. Insyallah. Bismillahirahmanirrahim... "Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas,  yang halal lagi baik,  tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah. Jika ada dibumi maka keluarkanlah.  Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah.  Jika sedikit maka banyakanlah.  Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak yatim, orang-orang miskin & orang-orang yang kesusahan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami."  Amin...amin... Ya Rabbal 'alamin...        ***usaha diiringi doa pasti berjaya***

Seks Bebas...

Assalamualaikum... Apa pandangan kamu semua dalam perbualan gambar di atas?? Semakin bijak manusia, semakin hilang jati diri...begitukah? Apa akan jadi dengan dunia? Yang hari-hari kita dengar di radio, Yang hari-hari kita tengok di suratkhabar, Yang hari-hari kita tonton berita-berita di televisyen... Itu belum lagi dengan kejadian-kejadian yang tidak dilaporkan... Cik Semut doakan kawan-kawan, para pembaca yang budiman... kita semua... dijauhkan dari malapetaka ini... Ingatlah Allah, DIA ada dalam diri. Kepada yang terlanjur, kembalilah ke pangkal jalan... Allah itu Maha Pengampun... Jalannya terbentang luas untuk kita para hambanya yang terpilih... Jangan sia-siakan hidup yang sangat indah ini... SUBHANALLAH...

Mereka Menemani Ku

Assalamualaikum.... Moga korang sehat sejahtera ketika membaca celoteh ku hari ini...dah lama sangat tak update ni disebabkan kesibukan Cik Semut menguruskan kerja dan aktiviti harian ye kawan-kawan. Teringin juga sebenarnya aku nak upload gambar-gambar dan menceritakan aktiviti aku kat sini. Mungkin di lain hari, di lain ketika kerana ketika ini aku masih dalam mood sibuk menyelaraskan aktiviti. Di kesempatan ini, aku hanya nak tunjuk mereka yang sentiasa menemani aku ketika di pejabat sewaktu aku gembira seperti ingin melompat bintang 150 kali , diwaktu aku stress hampir tidak siuman dan dikala aku berdukacita... Saksikanlah oleh mu wahai pujaan.... Pemberian sahabat-sahabat baik ku Cermin diri supaya sedar kekurangan dan kelebihan diri Tabung katak yang mengingat untuk berjimat cermat Robot sumber inspirasi ku Cawan teh dari China pemberian kawan ku Gift dari Sabah dari orang Sabah Potpuri, cawan putih comel, kotak gift : Sumber inspirasi utk KAHWIN ..he...

SSn1