Skip to main content

LUDAH

 Google gambar kartun meludah lebih sopan daripada gambar-gambar yang real.


Assalamualaikum kawan-kawan...

Dah dekat-dekat penghujung Ramadhan ni, tekak selalu kering... kadang-kadang pas wuduk asyik rasa nak meludah je... takut pulak tertelan air paip... heheheh. Cik Semut teringat ustazah pernah pesan masa sekolah dulu, air liur orang yang berpuasa tu akan wangi di syurga nanti... Pastu adalah orang-orang tua pesan kalau kita meludah waktu kita sedang berpuasa, maka orang-orang yang tidak berpuasa itu seolah-olah akan berenang dalam air ludah orang yang berpuasa... waallahulam...

Tapi INGAT....jangan meludah merata-rata walaupun tempat tu kotor... Ada sebabnye ye kawan-kawan...

Dalam Islam sendiri ada cara meludah... Cik Semut masih ingat pesanan Ustazah masa zaman sekolah dulu. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa yang ada dalam mulut kita, tolonglah jangan meludah depan orang ramai...buruk benor perangainya ye kawan-kawan... dan jangan di depan orang yang menjamu selera... Potong selera dorang yang sedang menikmati juadah depan mata dorang... ok. not good! not goo! Adab kena jaga ye, kawan-kawan...

Jangan juga meludah di tempat-tempat yang kotor contohnya dalam longkang or dalam tandas... Bukan apa, udara kat situ dah la kotor.. Bimbang kalau-kalau boleh menyebabkan penyakit kepada kita pula ye, kawan-kawan...

Ustazah Cik Semut ada berpesan...Kita ada cara meludahnya... 
  1. Kalau kita meludah arah ke kiri bermakna kita meludah kepada syaitan dan iblis.
  2. Kalau kita meludah arah ke kanan bermakna kita meludah ke arah Nabi Muhammad S.A.W (nauzubillah)
  3. Kalau kita meludah ke arah depan bermakna kita meludah ke arah Allah S.W.T (nauzubillah)
Jadi di mana tempat yang sesuai? Haa...yang ni korang fikir-fikirkan lah mengikut panduan yang telah Cik Semut berikan seperti di atas itu ye....

"Selamat beramal ye kawan-kawan"

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.