Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Kad Raya Untuk Rakan Blogger

Psst: makan kuih raya tu ingat-ingat kat Cik Semut ye...

Teh Tarik Panas!!!

 google je senang! Assalamualaikum kawan-kawan... Malam ini merehatkan diri sebentar di depan pc di kampung halaman... Ada sedikit ketensionan  yang melanda Cik Semut di kala ini dengan P.C kt rumah ni... PERTAMA : Cik Semut tak dapat nak comment kat entry-entry kawan-kawan sekalian... TAK TAHU KENAPA... KEDUA : Cik Semut tak dapat nak bukak akaun facebook Cik Semut... TAK TAHU KENAPA... Tapi yang adik-adik punya boleh pulak... KETIGA : Ada sesetengah blog kawan-kawan yang Cik Semut tak dapat nak bukak .... TAK TAHU KENAPA.. Cik Semut ni bukan pandai sangat hal ehwal yang berkaitan dengan I.T dan P.C ni... Asal Cik Semut guna P.C kat rumah ni je, msti tak boleh buat  semua yang seperti di atas tu... Selama ni guna p.c kat office je...(kantoi)... Kesudahannya, Cik Semut bikin TEH TARIK PANAS punya , sambil menaip entry ini.. Sluurrppp, sluurrpppp....

Penat Shopping Raya

Gambar ehsan daripada Google Assalamualaikum kawan-kawan... Cik Semut baru je balik daripada shoping sakan sempena raya ni... Penat juga la seharian berjalan-jalan... tak pe lah.. boleh kurus kan, kawan-kawan.. heh heh heh....  Teman adik bongsu Cik Semut ni lah pergi beli barang dia... ni haa gambar dia...  Interframe kejap... Baru form 1...biasa lah budak-budak baru nak membesar ... nak bergaya macam ni lah, macam tu lah...budak-budak zaman sekarang ni faham-faham saja lah.... beli kasut, beli baju, beli tudung, beli ini, beli itu....itupun tak cukup lagi... macam 1 shopping mall tu dia nak beli. .. haiiihhh...  Jalan-jalan tadi sempat lah terserempak dengan kawan-kawan Cik Semut. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah, rakan sekerja semua kelihatan ceria membeli belah......kat bandar Kuantan hari ni raaaaammmaaaiiii sangat manusia... Padat beb! Macam-macam gelagat . Kemudian terserempak lah dengan Cik De  adik beradik shopping di tem...

Dugaan ku Hari ni

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang Cik Semut kasihi sekalian.. Hari Jumaat yang indah permai hari ni, suasana di Bandaraya DiRaja Pahang ini begitu tenang dan dingin.. Subhanallah... Tapi hati Cik Semut di kala ini tidak setenang hari ini... bukan memikirkan pasal baju raya atau kuih raya ataupun pasal duit raya, t api ada satu dugaan daripada Allah untuk Cik Semut... Cik Semut hanya perlukan ketenangan di saat ini.. Menaip entri ini mengharap mudah-mudahan terluah sedikit rasa yang terpendam di hati... Bukan senang nak senang, dan tidak susah nak susah... peribahasa datuk nenek kita dulu. Kita perlu berusaha untuk kesenangan yang kita impikan... Jika ada badai yang menghempas kita sewaktu kita gigih berusaha, jangan lah kita melatah... Cik Semut percaya Allah sedang menduga. Monolog : "Dugaan hidup tak pernah putus  Dugaan ini membuatkan kita lebih kuat,lebih tabah  Dugaan ini mendekatkan diri kepada Pencipta  Dugaan ini melatih hati dan...

LUDAH

  Google gambar kartun meludah lebih sopan daripada gambar-gambar yang real. Assalamualaikum kawan-kawan... Dah dekat-dekat penghujung Ramadhan ni, tekak selalu kering... kadang-kadang pas wuduk asyik rasa nak meludah je... takut pulak tertelan air paip ... heheheh. Cik Semut teringat ustazah pernah pesan masa sekolah dulu, air liur orang yang berpuasa tu akan wangi di syurga nanti... Pastu adalah orang-orang tua pesan kalau kita meludah waktu kita sedang berpuasa, maka orang-orang yang tidak berpuasa itu seolah-olah akan berenang dalam air ludah orang yang berpuasa. .. waallahulam... Tapi INGAT....jangan meludah merata-rata walaupun tempat tu kotor... Ada sebabnye ye kawan-kawan... Dalam Islam sendiri ada cara meludah... Cik Semut masih ingat pesanan Ustazah masa zaman sekolah dulu. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa yang ada dalam mulut kita, tolonglah jangan meludah depan orang ramai...buruk benor perangainya ye kawan-kawan... dan jangan di depan ora...

JOM TEST MATA KORANG

Assalamualaikum kawan-kawan... mata pelik ditemui dlm google Apa macam kehidupan korang hari ini? happy tak?  Dah ada plan nak masak apa-apa ke petang ni?  Atau berbuka di luar? Ataupun tapau saja..?? Entri baru dah update ke??  Lama mengadap lappy korang ek... Jom kita test masa sekejap... Cuba cari huruf B..ada 2 huruf B di sini... RRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRBRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRBRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRR Kalau dah jumpa 2 huruf B tu.. Sila cari nombor 1 pula.. IIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIIIIIIIII IIIIIIIIII...

FACIAL

Assalamualaikum...  Apa khabar kawan-kawan di bulan puasa penuh barakah ini... Baru-baru ni Cik Semut sempat la gi facial. Maklumlah raya kan dah tak lama (sebenarnya saja je teman kawan gi buat, alang-alang teman tu, buat la facial sekali..) First time Cik Semut pergi SPA tu... Owner Melayu tau... Ok lah... Not bad... Kita kenalah support perniagaan orang-orang Melayu... Spa ni tak de lah besar sangat, tapi boleh menguntungkan kalau beautician tu pandai memainkan peranannya dengan suasana yang penuh ketenteraman... Masuk je SPA tu, kami terus didendangkan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran... sungguh tenang dan mendamaikan... Jom tengok gambar-gambar yang sempat Cik Semut Snap... Mula-mula masuk terus ke kaunter... boleh la membelek-belek pamplet yang ada kat situ...   Ini lah produk-produk yang digunakan untuk rawatan SPA di situ... Nampak tak, ada piala-piala atas almari ni...tu lah pencapaian Owner spa ni dalam bidang perniagaan ...

WORDLESS WEDNESDAY #4

Cair di Mulut, Tidak di Tangan...

Assalamualaikum kawan-kawan... Tengah Cik Semut online ni.. tetiba je teringat kat kudapan yang favourite Cik Semut.. Dulu, Kini dan Selamanya... gitewww.... tu lah... korang2 msti ada jugak yang suka makan benda alah ni kan... Tak sangka pulak yang students Cik Semut same suka benda tu... ape lagi, dorang menjadi supplier terbesar kepada Cik Semut... apakah benda itu.... jeng jeng jeng...  * * * * * * * * tak surprise pun... saje je... Google je lah gambo ni.. Gambar yg aku snap ntah kat mana aku simpan.

Diet Rasullullah

  Assalamualaikum kawan-kawan dan Salam 1 Malaysia… Baru-baru ni Cik Semut ada dengar tazkirah mengenai Diet Rasullullah s.a.w. Sempatlah Cik Semut catit sedikit sebanyak untuk kongsi dengan kawan-kawan semua. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana penjagaan makanan seharian . Rasullullah memang contoh terbaik untuk kita. Kita semua mesti takut dengan penyakit darah tinggi, kencing manis, lumpuh, gaut, sakit jantung, keracunan makanan dan macam-macam lagi penyakit lebih-lebih lagi hari  tua kita… Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu ye kawan-kawan, ilmu ini boleh diturunkan kepada generasi akan datang ye supaya generasi esok lebih cergas dan cerdas ye… Rasanya lepas ni tak perlulah kawan-kawan menghabiskan wang ringgit nak makan pil kurus.. Insyaallah dengan mengamalkan ilmu ni, kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan lagi… Insyallah boleh kurus dan sihat. Jangan makan susu bersama daging Janga...

Spontaneous Thursday #3

"Bersedekahlah kepada orang-orang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi, Rabbul Izzati." ~ ~ Al-Fatihah...~ ~ Rasullullah, nabi-nabi dan sahabat-sahabat baginda ... ibu bapa kita... Hamba Allah yang diuji... Anak-anak yang tidak bersalah ... Saudara mara, sahabat handai, dan para muslimin muslimat yang disayangi Allah...

10 Cara Meraikan RAMADHAN

Assalamualaikum kawan-kawan, di hari baik, bulan baik ni..a pa salahnya kita sekali sekala menulis entry pasal sesuatu yang boleh memberi manfaat pada diri kita dan orang lain. Mudah-mudahan ktia dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik-baiknya.. kumpul pahala banyak-banyak kerana bulan ini amat sesuai kita menyemai kebaikan, merebut pahala yang berlipat kali ganda . Insyaallah.  Cik Semut ingin berkongsi sikit sebanyak cara meraikan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, mudah- mudahan kita semua beroleh keberkatan hidup di bumi Allah ini. Insyaallah. 1.Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasiq. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka A llah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga. ´ (Riwayat Bukhari). Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa itu adalah perisai . Sekiranya seorang itu berpuasa, maka janganlah dia bercakap lucah, berbuat fasiq dan ...

Blog Pun Nak Raya

Assalamualaikum kawan-kawan... relax-relax di bulan puasa ye... Rasanya bandar-bandar dah penuh dengan manusia-manusia yang membeli belah untuk persiapan raya. . Korang pula macam mana? Baju baru berapa pasang? Kain langsir baru? Sarung kusyen baru? Bahan-bahan buat kuih dah beli? Ni yang dapat BONUS lagi lah sakan membeli ye dak? Biar berpada-pada ye kawan-kawan. time gaji nanti 2nd round punya shopping kan kan kan. .. Hari ni Blog Cik Semut berwajah baru. ... macam blog pulak nak raya, tapi apa salahnya kan... Amacam? ok tak? Blog sebelum-sebelum ni semua yang 3 column... n i 1st time 2 column je, warna pun tak banyak ... Mungkin lebih relax. Cik Semut nak kawan-kawan kat sini rasa relax setiap kali singgah kat blog Cik Semut ni ye... So, ape KOMEN korang tentang wajah ini? menarik ke tak? relax ke tak? lambat loading tak? bla...bla...bla... Sekian, terima kasih.

Puasa tak Hari ni....???

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183 * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * *  *** * * * * *  ** * **  Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."  * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * *  *** * * * * *  ** * **   Assalamualaikum kawan-kawan...  Puasa tak hari ni? Bulan puasa, tak baik tak puasa dengan sengaja tau... apa pun Cik Semut sekadar ingin berkongsi mengenai PUASA ...

Tips Kejutkan Orang Bangun SAHUR

 Assalamualaikum, pagi tadi sempat sahur tak kawan-kawan....?  google je   Time-time puasa ni msti ada yg susah nak bangun sahur kan, adik? Abang? Akak?   tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Jom cuba tips di bawah ni : Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya .. 1. pegang lembut anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.. 2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan dengan penuh kasih sayang ..sambil panggil nama dia... 3. Renjis-renjis manja air kat muka dia...sambil panggil nama dia... 4.Tampar- tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia... 5. tutup kipas/air cond…biar dia berpeluh, dia bangun sendiri… tapi kalau still tak ada effect 1. jerit nama dia kuat kuat... 2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit 3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang (yerkkk!!) 4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam...

SSn1