Skip to main content

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Assalamualaikum....

Cik Semut ni masih bertaktih-taktih nak berblog. Nak wat segmen ni pun terkial-kial... ni pun main tibai je, betol ke tak tak tau lah...

Blog Cik Semut ni menjurus kepada blog peribadi sebenarnya... Cik Semut suka berkongsi pengalaman, pengetahuan dengan kawan-kawan di alam maya ini. Cik Semut ni sebenar-benarnya memang tak pandai. Tapi memberanikan diri jugak la nak mencuba. Orang kata kalau ada ilmu tak baik simpan sorang-sorang. Jadi, tak salah kan nak berkongsi. Sharing is Caring kan... 

Harapan Cik Semut :

1) Dapat belajar banyak lagi daripada sifu Ben Ashaari ni (walaupun kadang-kadang Cik Semut sangat berasa kerdil untuk tegur Sifu Ben ~ sekadar membaca entri-entri sifu je laaaa)

2) Dapat ramai kenalan di dunia blogging ni...

3) Dapat berkongsi idea, cerita dan pengalaman dalam apa saja ....

Itu saja yang mampu ditaip dengan jari yang terketar-ketar nak join...

Cik Semut : "Perasaan yang sangat merendah diri yang menebal "

Comments

  1. hai cik semut..
    dtg dri segmen abg ben..
    salam perkenalan...
    i follow u k...
    btw,nice blog.. =)

    ReplyDelete
  2. salam kenalan dari nyzham
    jejalan dari segmen Encik Ben
    dah follow belog awak dah
    kalo sudi follow la belog saya plak

    ReplyDelete
  3. slam perkenalan dr mama...:)

    http://maszull.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-baru-jer.html

    ReplyDelete
  4. marina, blogger baru membacer di sini...salam perkenalan :-)

    http://marinafazli.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-baru-jer.html

    ReplyDelete
  5. terima kasih uolss, tak sangka ada jugak kawan2 yang nak singgah tengok blog Cik Semut yang serba kerdil ini... cik semut berusaha gigih menjejak kamu-kamu semua.. sangat happy ni.. rasa nak lompat bintang 500 kali (mampu ke?)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.